10 Perkara dan Tindakan Sebelum Anda Sambung Master/PhD

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

10 Perkara dan Tindakan Sebelum Anda Sambung Master/PhD

10 perkara yang perlu ada dalam minda dan tindakan anda sebelum sambung master (by research) / PhD, khususnya bidang social science.

1.) Basically, sesiapapun boleh dapat PhD, dari (OKU) orang kurang upaya, yang celik, yang buta, muda dan tua sehinggalah yang masih bujang yang sudah  berkahwin, tidak kira siapapun anda boleh sambung PhD.

2.) PhD adalah satu proses belajar membuat kajian ‘independently’, kajian yang suah dilakukan sebelumnya yang di ‘review’ terlebih dahulu, dengan ‘method’ dan analisis data yang juga telah digunakan bukan kajian baru yang belum dibuat tiada berkaitan dengannya.

3.) Persiapkan diri dengan kemahiran asas sebagai ‘researcher’. Jika anda kurang pasti anda harus ikut sahaja bengkel berikut walaupun anda belum mendaftar lagi sebagai calon:

a.) Analisis data numerikal – SPSS dan setara

b.) Reference manager – Mendeley dan setara

c.) Advanced MS Word + Latex (bagi engineering)

d.) Analisis data qualitative – Atlas.ti dan setara

Pengetahuan dan kemahiran bengkel di atas, akan membuka jalan untuk anda lebih mudah untuk anda memahami artikel yang bakal anda baca, dan meletakkan anda sebagai calon yang ‘a step a head’ dan anda perlu yakin dan cuba ‘google web’ “MPWS” yang menganjurkn pelbagai bengkel.

4.) Selain itu, juga anda harus ketahui senarai journal-journal yang terkemuka dalam bidang yang ada ingin membuat kajian dan penyelidikan cari  sahaja mana-mana artikel dalam bidang anda, ada juga tersenarai journal-journal yang dirujuk di bahagian ‘references’. Seterusnya, journal-journal yang sering dirujuk adakah ‘indicator’ journal yang perlu ada dalam senarai anda.

5.) Anda perlu ketahui bahawa semua informasi asas termasuk potential supervisor anda boleh ‘google‘ sahaja tanpa perlu bergerak kemana-mana dan  perlu semak publication mereka dari website IPTA masing-masing.

6.) Ingat, anda hanya boleh dapatkan tajuk kajian tanpa perlu mengeluh dan selepas itu anda tidak tahu hendak melakukan perkara seterusnya “preliminary literature search and reading” anda perlu baca kajian terkini dalam bidang anda supaya kajian,penyelidikan anda berjalan denan lancar.

7.) Anda perlu ingat tajuk yang baik adalah tajuk yang ada teori yang mantap dan konsisten dalam mainstream kajian dan relatively banyak artikel yang bersedia untuk dirujuk.

8.) Anda akan disarankn empat perkara berikut seperti satu skrip klise sebaik sahaja anda melangkah ke dunia reseach. Anda perlu baca terdahulu jika anda ingin tahu kenapa empat perkara berikut hanyalah satu andaian yang klise yang tidak reflect.

a.) Buat kajian yang tidak banyak orang buat kajian.

b.) buat kajian yang tidak banyak artikel dalam data bases sebab tidak banyak orang yang buat.

c.) Buat kajian untuk isi gap, sesuatu yang terlompong yang tidak dibuat dalam kajian terdahulu.

d.) Buat kajian yang mesti memberi impak mengubah polisi dan ‘society’.

9.) Seterusnya, anda perlu rajin ke perpustakaan supaya dapat banyak info serta segala maklumat dan disamping itu anda boleh rujukan untuk dibincangkan bersama kawan.

10.) Akhir sekali anda perlu ketahui data bases Emerald, Sciencedirect, Wiley dan lain-lain yang banyak menerbitkan jornal dalam bidang anda.

Sumber – Dr. Othman Talib

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE