Malaysia tidak kurang juga menghasilkan anak-anak yang boleh di kategorikan sebagai genius, tapi entah di mana silapnya, ada dalam kalangan dorang yang sampai jadi pelacur, kena penjara dan menagih dadah. Jom kita lihat nasib pelajar-pelajar genius yang pernah menggemparkan Malaysia satu masa dahulu.
1. Sufiah Yusof
Lahir 1984 ialah seorang genius Matematik dari United Kingdom. Dia pertama kali menjadi bahan berita hangat pada tahun 1997 apabila melayakkan diri ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk mengkaji matematik pada usia 13 tahun.
Meskipun berwarganegara British, kerajaan Malaysia tampil ke hadapan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan Sufiah, meskipun dimaklumkan bahawa bapanya yang berketurunan Pakistan pernah disabitkan kesalahan jenayah kerana penipuan berkenaan gadai janji. Rakyat Malaysia memandang beliau sebagai contoh bakat luar biasa orang Islam kerana keturunan ibunya.
Setelah gagal peluang pertama, Sufiah telah diberikan peluang kedua untuk kembali menyambung pengajian sarjananya di Oxford. Namun begitu, peluang kedua yang diberi ini sekali lagi disia-siakan apabila dia berhenti pada tahun ketiga apabila penceraian berlaku di antara dia dengan suami yang dikahwini ketika usianya 19 tahun.
Semenjak daripada peristiwa ini, kehidupan Sufiah mula terumbang ambing sehinggakan dia mula terlibat dengan aktiviti pelacuran akibat daripada kesempitan hidupnya.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia pernah merancang “Program Menyelamatkan Sufiah” untuk memulihkan Sufiah dan “membawanya kembali ke pangkal jalan yang betul,” tetapi tidak lama kemudian menghentikannya.
Melalui temuramahnya dengan satu program tv pada tahun 2015, Sufiah menceritakan bahawa kehidupanya kini agak bercelaru apabila dia sering melarikan diri dan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain di Britain bagi mengelak dari dijejaki oleh keluarga dan pihak media.
2. Shukri Hadafi
Mohamed Shukri Hadafi Aziz, kanak-kanak pintar yang menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 70an. Beliau yang pada ketika berusia 4 tahun telah menunjukkan keupayaan luar biasa kerana mampu mampu membaca dengan lancar. Shukri merupakan anak kepada Aziz Kechik, seorang peneroka di Felda 12, Jengka, Pahang. Beliau kemudiannya telah diserahkan sebagai anak angkat kepada pasangan yang tinggal di Merbau Pulas, Kedah.
Kepandaian Shukri ini telah menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sampaikan beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Mungkin sebab mahu melahirkan pelapis yang hebat sepertinya, Ungku Aziz telah menampung segala keperluan pembelajaran bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.
Bukan setakat itu sahaja, pengarah filem terkenal Malaya pada masa itu, Tan Sri Jins Shamsuddin juga telah mengambil dia berlakon dalam filemnya iaitu Menanti Hari Esok dengan gandingan mantap dari penghibur tanah air yang lain seperti Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.
Kesenangan yang Shukri kecapi telah membuatkan dia terus hanyut dan lupa arah tuju hidupnya. Akibat masalah displin yang belarutan, akhirnya dia telah dibuang sekolah.
Pada tahun 90’an, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kisah hidupnya yang bekerja sebagai penebar roti canai dan ada jugak berita kami jumpa mendakwa dia terjebak dengan penyalah gunaan sehingga gelaran genius yang pernah dimilikinya hilang begitu sahaja.
3. Chiang Ti Ming
Tak banyak kisah mengenai Chiang Ti Ming yang menjadi pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech). Chiang, ketika berumur 15 tahun pada masa itu, bukan sahaja pelajar termuda California Institute of Technology (CalTech). tetapi juga di kalangan “Top 5″ keputusan terbaik.
Bukan setakat pelajar termuda yang pernah memasuki Intistut berprestij tersebut, Chiang Ti Ming juga berjaya menjadi pelajar termuda yang pernah menerima Anugerah “Undergraduate Students Merit Award” selama dua tahun berturut-turut di CalTech.
Chiang Ti Ming telah ditawarkan 13 jenis biasiswa dari organisasi yang berbeza untuk melanjutkan pelajaranya.
Kerana kepandaiannya yang luar biasa ini juga, dia kemudiannya melanjutkan pelajaran diperingkat PhD dalam bidang fizik zarah di Cornell Universiti, New York dan telah dilantik sebagai tetamu kehormat dalam Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan yang kedua tertua di dunia.
Pada tahun 2002 dia telah dimasukkan ke HKL selepas dikatakan mengalami gejala-gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk.
Dia kemudiannya meninggal pada 6 Januari 2007 di Seremban pada umur 33 tahun.
4. Nur Fitri Azmeer Nordin
Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan masalah budak genius. Kali ini melibatkan seorang pelajar genius Matematik tajaan MARA yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di United Kingdom kerana kantoi memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak dan ada di antaranya beliau sendiri yang ambik.
Nur Fitri yang ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu.Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.
Polis telah bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba milik Nur Fitri yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.
Ketika ditahan, polis mendapati Nur Fitri yang juga pemegang biasiswa Matematik memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C..
Tapi yang peliknya, menurut laporan daripada akbar huffingtonpost UK, pihak MARA sendiri tak ambik tindakan tegas terhadap pesalah ini.
Malahan MARA sanggup bagi biasiswa kat budak ini bagi meneruskan pengajianya di universiti tempatan bila dah habis tempoh hukuman penjara dengan alasan beliau seorang pelajar contoh dan asset bernilai kepada negara.
Walaupun pada mulanya pelajar genius Nur Fitri Azmeer Nordin dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, dengan surat sokongan pensyarah, laporan psychiatric dan kelakuan baik, dia akhirnya hanya perlu menghadapi 9 bulan penjara sebelum dibebaskan. Bagaimana kesudahan kisah pelajar ini sama-samalah kita nantikan bila dia balik Malaysia nanti.
5. Adi Putra
Kira-kira sedekad yang lalu negara dihebahkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri.
Ketika berusia hanya enam tahun pada ketika itu, Adi Putra Abdul Ghani mengakui bahawa kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah pemberian Allah untuknya.
Yang lebih mengejutkan, budak ini baru berumur 6 tahun tetapi kepintaranya telah berjaya menarik minat setiap golongan masyarakat dekat Malaysia pada masa tersebut. Sampaikan dia dinobatkan sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.
Adi juga telah menghasilkan 235 formula matematik dan 12 daripadanya telahpun diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk Seni Matematik Islam. Bukan setakat itu sahaja, bukunya juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei, tetapi malangnya ia masih tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.
Bagaimanapun beberapa tahun selepas itu ramai pihak mula melahirkan kebimbangan apabila Adi Putra mengambil keputusan untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak selepas menyifatkan sistem pendidikan sedia ada tidak sesuai dengannya.
Malah masih teringat kata-katanya ketika itu apabila beliau mengumpamakan dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’.
Tanpa sebarang sijil ini jugaklah beliau gagal untuk memasuki mana-mana universiti terbaik luar negara. Namun begitu, Adi Putra masih lagi seorang genius dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatanmalahan turut menerima jemputan untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam untuk berkongsi kepakaranya dalam Matematik.
Sumber – Daily Rakyat