Ada Apa Dengan MDS?

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Salam satu UiTM geng,

Minggu Destini Siswa atau MDS amat sinonim dengan pelajar tahun satu yang mendaftar di UiTM. Minggu ini merupakan minggu orentasi para pelajar semester satu dimana pelajar akan diberi pengenalan kepada fakulti mereka dan juga suasana di UiTM cawangan masing-masing. Wah! Formal sangat penerangan chuolls.

Namun baru-baru ini hangat diperkatakan tentang Minggu Destini Siswa yang tidak lagi releven pengisiannya untuk para pelajar yang semakin matang katanya pada era ‘new media’ kini.

Sebenarnya terdapat ‘pro’ and ‘cons’ (ayat buat report sangattt) dengan setiap aktiviti yang mereka jalankan pada minggu ini. Walau sematang mana pun kita , sesetengah aktiviti yang dianggap tidak releven mungin akan mengajar kita untuk lebih hormat pada budaya tempat tu dan para senior seperti dalam budaya kita yang menerapkan budaya hormat pada yang tua. Bak kata pepatah, masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek.

Biasanya kalau kita datang ke tempat orang, budaya dan adat mereka akan kita hormati. Jadi begitu juga lah dengan situasi disini. Selalu kita lihat , anak muda senang untuk menerima dan meniru budaya luar malah mengagung-agungkan lagi budaya luar, jadi kenapa tidak disini.

Kalau bercakap tentang budaya ‘raging’ semasa minggu ini yang kononnya tiada dinegara luar, adakah kita benar-benar pasti?

Saya tidaklah menyokong sepenuhnya, banyak aktiviti yang perlu diberi pembaharuan dan nafas baru seiring dengan”kematangan” adik-adik junior kita ni. Pihak yang terlibat dengan MDS ini , terutamanya kakak abang PM, fesi, seki atau mt harus lebih kreatif dan up-to-date dengan semua aktiviti yang dijalankan.

Tidak perlu lagi chicken dance, tidak perlu lagi gejala ‘raging’ roll call bangun 2,3 pagi semata-mata untuk bagi adik-adik ni tak cukup tidur dan sebagainya.

Mungkin kalau banyak lagi aktiviti yang lebih matang dan berilmiah seperti memberi info yang lebih mendalam tentang ‘course’ mereka, suasana fakulti, kemudahan asas dan pengangkutan awam yang boleh mereka gunakan apabila sesi pembelajaran bermula, adik-adik kita ini mungkin akan lebih hormat pada kakak-kakak dan abang-abang senior mereka yang banyak membantu daripada minta ‘sign’ para senior yang akhirnya kompilasi tandatangan tu akan dibuang juga tanpa apa-apa manfaat yang berguna, (lainlah kalau ada yang tinggalkan phone number, hewhew).

Biasanya para junior ni akan kenal sendiri senior mereka bila start sem nanti, so don’t worry ye seniors. Yang penting sikap dan budi bahasa kita yang perlu dijaga supaya semua saling hormat-menghormati. Sebab nanti ada juga perkara yang boleh dibantu para senior, dan ada juga para junior yang boleh membantu para senior terutamanya ‘time’ buat ‘events’ yang memerlukan ramai para junior untuk jadi seki kennn.

Kesimpulannya, kita datang untuk menimba ilmu, untuk belajar menjadi lebih matang dan mengumpul pengalaman hidup sebelum beralih ke dunia pekerjaan yang lebih mencabar. So jangan stress sangat sebab sebelum masuk bekerja nanti pun kita still akan kena ‘raging’ juga masa practical. So , nak cara ‘raging’ yang lebih matang dan bersifat kedewasaan? Tunggu bila masuk kerja nanti. Buat masa sekarang, adik-adik ‘just go with the flow’ je dulu ye. Layankan je, lagipun seminggu pertama je korang akan melalui benda-benda ni dan satu hari nanti perkara pahit yang terjadi semasa MDS, akan menjadi kenangan manis dan masin-masin sikit buat korang bila masing-masing dah habis ‘study’ nant. Meanwhile, have fun!

 

-Tun Teja-

==========================================

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE