Biasiswa Mymaster: Perkara yang Wajib Anda Tahu Jika Ingin Sambung Pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Biasiswa Mymaster

Pasti ramai yang pernah mendengar mengenai program ini, tetapi masih ramai kurang pasti apakah itu program Biasiswa Mymaster. MyMaster yang diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Apa syarat kelayakannya?

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYMASTER

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari tahun pengambilan
  • Pemohon mestilah :
    i. Orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap
    ii. Kakitangan swasta
    iii. Pensyarah IPTS
    iv. Kakitangan kerajaan/badan berkanun/IPTA (kontrak/sambilan/sementara)
  • Pemohon yang bekerja di luar negara tidak layak memohon.
  • Pemohon tidak memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf semasa memohon MyMaster.
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:
    i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan PNGK 3.00 – 4.00 atau setara
    ii. Berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan mendapatkan Sijil Perakuan Accreditation of Prior Experiantial Learning (APEL) bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana (tahap 7,
  • Kerangka Kelayakan Malaysia) dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran tidak bersyarat daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT. Pengajian mestilah di peringkat Ijazah Sarjana atau sijil profesional yang setaraf dengan Ijazah Sarjana sahaja
  • Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama, kecuali yang dibenarkan sahaja seperti berikut:
    i. Pemohon kategori orang awam yang tidak bekerja dan tidak berpendapatan tetap boleh menerima elaun pembantu penyelidik siswazah atau pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
    ii. Pemohon kategori kakitangan swasta dan pensyarah IPTS boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain atau pembiayaan tambahan daripada majikan masing-masing, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
    iii.Pemohon kategori kakitangan kerajaan/badan berkanun/Universiti Awam (kontrak/sambilan/sementara) boleh menerima pinjaman pelajaran daripada penaja lain, dengan syarat ia bukanlah pinjaman boleh ubah atau biasiswa penuh.
  • Mod pengajian yang perlu diikuti oleh pemohon adalah secara sepenuh masa sahaja
  • Pemohon boleh mengikuti pengajian dalam semua bidang sama ada di Universiti Awam atau IPTS bertaraf Universiti dan Kampus Universiti Luar Negara.

PROSUDER PERMOHONAN

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) melalui laman web MyBrain15
  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses
  • Pemohon hendaklah memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui dan disahkan oleh penyelia. Pengesahan perlu dibuat pada muka surat pertama rancangan penyelidikan tersebut. Sila rujuk Lampiran A untuk panduan penyediaan
  • Pemohon dikehendaki mencetak, mengisi dan memuat naik Borang Pengesahan Maklumat Pemohon melalui permohonan ini
  • Semua dokumen sokongan yang disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal dan disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik (upload) dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil(capture) menggunakan kamera tidak akan diterima
  • Jika tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut perlu diakui sah oleh pegawai Kerajaan / badan berkanun dari Kumpulan
  • Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penggawa / Ketua Kampung / Ketua Masyarakat

Dokumen sokongan format PDF yang perlu dimuatnaik adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan (280 KB)
  • Rancangan penyelidikan (proposal) yang disahkan oleh penyelia (muat turun format di Lampiran (Pemohon yang mengikuti pengajian secara Mod Penyelidikan sahaja) (300 KB)
  • Salinan transkrip akademik di peringkat Ijazah Sarjana (400 KB)
  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, dan pindaan surat tawaran (jika berkenaan) (200KB)
  • Borang Pengesahan Maklumat Pemohon (400 KB)

KEPUTUSAN PERMOHONAN

  • Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan penilaian oleh suatu Jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang bermesyuarat secara berkala.
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel dan sms dalam tempoh 7 hari selepas keputusan Jawatankuasa dan pemohon perlu mencetak surat tawaran secara atas talian.
  • Jika berjaya, pemohon dikehendaki mengemukakan semua dokumen seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak Dokumen Tawaran MyBrain15 ke Bahagian Biasiswa, KPT dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat tawaran program.
  • Kegagalan pelajar untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kelulusan yang diberikan ditarik balik dan terbatal.
  • Pelajar juga bertanggungjawab untuk memberikan sesalinan surat tawaran program kepada pihak Bendahari dan Sekolah Pengajian Siswazah IPT serta memastikan invois yuran pengajian bagi setiap semester dihantar ke Bahagian Biasiswa, KPT.

IKATAN PERJANJIAN

Pelajar akan dikenakan ikatan Perjanjian dengan Kerajaan bersama seorang penjamin. Walau bagaimanapun, tiada ikatan Perjanjian untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak selepas tamat pengajian. Perjanjian boleh ditamatkan dan tuntutan ganti rugi boleh dikenakan terhadap pelajar sekiranya:

  • Menarik diri atau menangguh pengajian tanpa kebenaran
  • Pelajar diberhentikan pengajian oleh IPT kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang telah ditetapkan di bawah peraturan IPT berkenaan
  • Pelajar gagal dalam pengajian

Soalan lazim mengenai MyMaster bagi yang berminat untuk membuat permohonan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE