Biasiswa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2017

Program ini bertujuan untuk menyokong penuntut yang layak dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi tempatan. Pelajar yang menerima biasiswa ini diwajibkan mengikuti program berikut :

Program Induksi
Program induksi akan dikendalikan untuk semua penerima Anugerah Biasiswa PIDM bagi memastikan mereka memahami mandat, visi, misi dan nilai-nilai PIDM.

Program Mentor dan Bimbingan
Seorang mentor daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif PIDM akan dilantik bagi setiap penerima biasiswa. Mentor itu akan menyediakan bimbingan dan memantau kemajuan secara konsisten dan berterusan sepanjang program itu. Ini adalah bagi memastikan penerima biasiswa mendapat sokongan yang diperlukan dan dapat memanfaatkan pengalaman pasukan pengurusan kami.

Program Latihan Praktikal
Sebagai satu ciri strategik program itu, penuntut akan ditawarkan peluang program latihan praktikal berbayar selama enam bulan di PIDM untuk mengguna pakai ilmu yang dipelajari dalam konteks operasi (‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir).

Tarikh Tutup

17 April 2017

⁠⁠⁠Kriteria

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN UMUM

  • Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.
  • Notis tawaran bagi biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan mulai 2015. Para penuntut yang telah memulakan pengajian sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  • Pemohon seorang warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun (pada 1 Januari 2017) dan merupakan penuntut sepenuh masa
  • Pemohon hendaklah mencapai keputusan akademik yang cemerlang dalam peperiksaan SPM/STPM atau yang setara dengannya (dengan kelulusan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
  • Anda seorang penuntut sepenuh masa dan telah diterima masuk bagi mana-mana kursus yang berkaitan dengan bidang pengajian yang disenaraikan di sini, serta dilulus dan diakreditasi oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN), dalam kolej atau universiti di Malaysia yang diluluskan oleh PIDM
  • Tidak dapat meneruskan pengajian kursus tanpa bantuan atau anugerah kewangan
  • Tidak menerima biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan lain daripada mana-mana institusi atau mana-mana organisasi atau yayasan lain
  • Tidak pernah diberhentikan atau ditamatkan daripada penerimaan biasiswa, bantuan atau anugerah kewangan daripada mana-mana institusi, organisasi atau yayasan, atas sebab tindakan disiplin terhadap pemohon
  • Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya mereka memenuhi kriteria kelayakan dan bidang pengajian yang khusus serta senarai kolej dan universiti yang diluluskan oleh PIDM.

 

IPTA/IPTS yang layak memohon adalah :

IPTA (UNIVERSITI AWAM)

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

  • Multimedia University (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  • Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  • Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  • Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC)

 

PRASYARAT
Senarai prasyarat merangkumi:

  • Keperluan untuk menyediakan maklumat mengenai pendapatan pemohon dan/atau ibu bapa
  • Menyediakan esei bertulis 1,000 patah perkataan dalam Bahasa Inggeris mengenai bidang pengajian yang dipilih dan aspirasi anda dalam menyumbang kepada landskap perkhidmatan kewangan dan kepada negara secara umumnya
  • Tawaran biasiswa itu akan tertakluk kepada penerimaan terma dan syarat perjanjian biasiswa dengan PIDM
  • Penerima biasiswa dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam perjanjian biasiswa termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengekalkan ‘Purata Nilai Gred Kumulatif’ (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau sekurang-kurangnya ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN BIASISWA BERTERUSAN 

PIDM boleh menamatkan biasiswa atau sebahagian daripada biasiswa itu, pada bila-bila masa sekiranya penerima biasiswa:

  • Tidak berupaya untuk meneruskan pengajiannya, atas apa-apa sebab
  • Gagal mencapai Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) minimum 3.00 mata untuk mana-mana semester
  • Gagal mengekalkan kelakuan yang selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kolej atau universiti dan diletakkan di bawah percubaan atas kesalahannya
  • Melanggar mana-mana terma dan syarat perjanjian biasiswa PIDM.

⁠⁠⁠

Amaun

  • Program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM20,000 setahun bagi setiap individu.
  • Pembiayaan sehingga RM10,000 setahun bagi yuran kursus atau kos sebenar, yang mana lebih rendah
  • Pembiayaan sehingga RM20,000 sebagai elaun untuk bahan sokongan pembelajaran, termasuk buku, komputer, alatulis, dan bahan lain bagi setiap semester atau sehingga RM4,000 setahun
  • Elaun maksimum sehingga RM 6,000 setahun atau RM500 sebulan
  • Penerima biasiswa tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM dan tidak dikehendaki membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan
  • Manakala, semasa tempoh latihan praktikal dengan PIDM kelak, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000 bagi tempoh enam bulan

⁠⁠⁠

Disiplin

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pentadbiran perniagaan
  • Kewangan
  • Perniagaan Antarabangsa
  • Perbankan Islam
  • Perbankan dan Pengurusan Kewangan
  • Sains Komputer/Teknologi maklumat
  • Ekonomi
  • Ekonomi Kewangan Antarabangsa
  • Statistik
  • Sains Aktuari
  • Undang-undang/undang-undang syariah
  • Pengurusan Sumber Manusia/Pembangunan Sumber Manusia
  • Matematik (Aktuari)
  • Pengurusan Risiko dan Insurans
  • Insurans

 

Cara Memohon

Untuk memohon secara online boleh klik di sini untuk ke portal permohonan.

Permohonan online tersebut perlu dilengkapkan dan dihantar berserta dengan dokumen sokongan seperti mana yang dikehendaki pada 17 April 2017.

Hanya pemohon yang terpilih sahaja akan dihubungi

 

⁠⁠⁠Hubungi

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi :

 

Tel: +603 2173 7436 / 2265 6565

Faks: +603- 2260 7432 / 2173 7527

Talian Bebas: 1-800-88-1266

Emel: info@pidm.gov.my

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad