Menghadapi kesukaran semasa komunikasi bukan suatu perkara yang mudah. Tidak kira anda yang masih belajar ataupun yang tengah melalui alam pekerjaan.
Ia akan menjadi satu lagi masalah yang tidak akan selesai kepada mereka yang takut dengan konflik dan yang akan buat apa sahaja untuk lari daripadanya.
Anda perlu tahu, jika anda lari daripada kesukaran untuk komunikasi, ia akan membawa perkara yang lebih buruk lagi kepada diri anda dimana secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif kepada sesebuah pasukan atau organisasi secara keseluruhan.
Daripada anda mengelak untuk menghadapi perbualan yang sukar ini, cuba cari keberanian untuk memulakan perbualan dengan cara yang membina iaitu dengan kemahiran yang betul dan membawa sifat empati.
Ini antara 7 cara yang boleh anda lakukan bagaimana untuk mengurus konflik dan menyelesaikan ketakutan ketika berkomunikasi.
1. Letakkan Kaki Anda Di Tempat Mereka
Ini adalah perkara yang paling ideal untuk anda lakukan. Letakkan kaki anda di tempat mereka.
Maksudnya disini cuba anda fikirkan apakah faktor yang menyebabkan mereka untuk bercakap atau bertindak dengan cara yang mereka lakukan tersebut.
Fikirkan adakah tindakan yang anda lakukan tersebut merupakan tindakan yang betul jika anda di tempat mereka? Apa yang mereka cari untuk keluar daripada situasi ini?
Mengetahui dari segenap perspektif ini mampu membantu anda untuk mencipta situasi win-win dan mampu menyampaikan mesej dengan keadaan yang lebih tenang.
2. Fokus Kepada Menyampaikan
Periksa dan semak kembali apa niat pertama anda untuk mengadakan sesi komunikasi ini.
Jika niat anda berpontensi menyebabkan orang sekeliling sakit hati, bagaimana anda boleh lihat perkara dan komunikasi ini pada perspektif yang berbeza?
Tanya diri anda, bagaimana komunikasi yang akan dilalui ini mampu mencipta nilai kepada diri anda, orang lain dan organisasi?
3. Teguh Kepada Fakta
Pertama sekali, pastikan anda jelas dengan niat dan keinginan yang anda kehendaki daripada sesi komunikasi yang akan dijalankan.
Seterusnya, tulis apa yang telah berlaku dan pastikan ianya adalah fakta yang jelas.
Pastikan anda sudah kenalpasti dan ambil tanggungjawab ke atas bahagian anda di dalam situasi tersebut. Ini untuk mengelakkan daripada perkara yang sama akan berulang lagi.
Dengan rasa hormat, letakkan kaki anda di tempat mereka. Fikirkan bagaimana jikalau anda sendiri mahukan rasa hormat daripada orang lain.
Bagaimana cara yang anda mahukan dari orang lain, itulah cara terbaik anda lakukan pula pada orang lain.
4. Sentiasa Pegang Pada Objektif Dan Mempunyai Rasa Belas Kasihan
Sebelum anda berbincang, fikirkan perkara-perkara yang positif dan ambil nafas yang panjang. Anda mampu untuk laluinya.
Pastikan komunikasi tersebut berfokus kepada objektif dan matlamat yang anda inginkan pada awalnya.
Made from real passion! Be proud of what you're made of. Get yours now at https://t.co/W2FAwFep4V or visit https://t.co/VXeEKdqq2e pic.twitter.com/tjgHDV7fVU
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017
Dan mula berkongsi pandangan dari kedua belah pihak dan berbincang mengenai penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Sentiasa mempunyai rasa belas kasihan kepada diri anda dan orang yang mendengar apa yang ingin anda sampaikan.
5. Fahami Kenapa Ia Amat Penting Kepada Diri Anda
Jika anda perlu lalui saat yang sukar untuk berkomunikasi, mula untuk bertanyakan kepada diri anda sebab utama anda perlu lalui situasi tersebut.
Mana yang lagi sukar, anda lalui untuk berkomunikasi, atau buatkan ianya tergantung sepi? Jika anda mempunyai perkara yang jelas ingin disampaikan, ia bukan sesuatu yang sukar untuk anda berkomunikasi.
Ia akan lebih sukar apabila banyak perkara yang anda sembunyikan daripada menyatakan kebenaran.
6. Pastikan Komunikasi Anda Mempunyai Nilai GRIT
Apa itu GRIT ? Generosity, Respect, Integrity And Truth.
Tiada siapa yang suka berhadapan dengan niat untuk bermusuhan. Apa yang perlu anda buat adalah, buat hubungan komunikasi tersebut untuk membantu, dan komunikasi tersebut akan menghasilkan suasana yang lebih baik.
Celebrate this convocation with us. 15% off for all items when you enter KONVO87 upon checkout. *Limited time only pic.twitter.com/Na8vN3oXRk
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 15, 2017
Situasi itu akan mengelakkan daripada suasana permusuhan dan menjadi komunikasi yang natural untuk membantu antara satu sama lain.
Sebaiknya pada permulaan komunikasi, anda memberikan penyataan mengenai niat anda terlebih dahulu bahawa perbincangan yang dijalankan ini untuk membantu dan mencapai kesefahaman bersama merupakan cara yang paling terbaik untuk memulakan sesuatu komunikasi.
7. Jangan Ambil Ia Sebagai Sesuatu Yang Personal
Setiap komunikasi yang dilalui pastikan anda tidak ambilnya sebagai hal personal. Walaupun mengatakan yang jujur itu pahit, tetapi itulah penawarnya. Daripada anda mengatakan yang bohong, sedangkan itu adalah racun segalanya.
Apa yang perlu dilakukan adalah, sentiasa jujur dan fokus kepada pencarian solusi kepada masalah yang berlaku.
Sumber – Job Kartel