Nota Editor: Artikel ini pada asalnya dikongsikan oleh Syakier Salleh mengenai pengajian Asasi UiTM berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang pelajar Asasi UiTM
Macam mana keputusan SPM yang diumumkan haritu?
Dah mohon mana-mana biasiswa?
UPU dah isi ke belum?
Masih keliru nak pilih kursus di UPU?
ASASI UiTM
Baiklah sebagai pelajar Asasi Sains Hayat di UiTM Puncak Alam 2014/2015, saya ingin kongsikan sedikit beberapa perkara mengenai Asasi UiTM yang diharapkan dapat membantu adik-adik (adiklah sangat padahal beza setahun) lepasan SPM 2014 membuat pilihan bagi menyambung pelajaran.
1. Syarat Kemasukan Asasi UiTM.
Syarat kemasukan ke asasi UiTM adalah minimum 2A 2B bagi mata pelajaran elektif. Contohnya bagi yang masa SPM ambil aliran sains tulen, empat mata pelajaran tersebut ialah Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan juga Fizik. Majoriti yang mohon sememangnya punya keputusan SPM yang hebat-hebat, straight A+ pun ramai juga.
2. Kursus Asasi di UiTM.
Di UiTM terdapat beberapa kursus Asasi dan antaranya ialah Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Teknikal (Kejuruteraan) di Puncak Alam, Asasi Undang-Undang dan Asasi TESL. Khabarnya bermula batch 2015/2016 (bagi semester kedua), semua asasi akan ditempatkan di kampus baharu di Dengkil. Untunglah kampus baru, mesti semua pun baru.
3. Subjek di Asasi.
Memandangkan saya merupakan pelajar asasi di Puncak Alam yang cuma terdapat dua kursus asasi jadi maklumat saya terhad kepada Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan sahaja. Seperti biasa subjek yang akan diambil dalam program Asasi Sains ialah Matematik, Kimia, Biologi, Fizik, ELC (Bahasa Inggeris) dan CTU (Pendidikan Islam). Manakala bagi Asasi Kejuruteraan pula subjek yang diambil sama seperti Asasi Sains kecuali Biologi ditukar kepada subjek CSC (Computer Science). Semester dua pula ada perubahan bagi subjek Matematik di mana Asasi Sains akan ambil Mathematics For Scientists dan Asasi Kejuruteraan akan akan ambil Mathematics For Engineers, silibus tak sama. Jadi dalam kesemua subjek ini mana yang paling senang? Semua senang asalkan fokus dalam kuliah, siapkan tutorial dan kurangkan main-main di Asasi.
4. Pengiraan Pointer UiTM dan Pointer UPU.
Pengiraan pointer setiap subjek terdiri daripada 50% carrymarks ( Test 1&2, Kuiz, Assignments, dan Lab Reports) dan 50% lagi datang daripada markah Final Exam. Senangkan untuk skor A? Tapi kenalah jaga carrymarks, belajar kena konsisten gitu. Pengiraan Pointer UiTM dan UPU sangatlah berbeza di mana Pointer UiTM mengambil kira semua subjek yang diambil (6 subjek yang dinyatakan di atas tadi) jadi bolehlah dikira dengan jari bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UiTM. Pengiraan CGPA pula dikira daripada purata markah semester satu dan semester dua, misal kata masa semester satu Biologi dapat 69, B+ dan lepas study bermati-matian jaga carrymarks untuk semester dua dan score masa final dapatlah Biologi 87%. Hasil tambah markah semester satu dan dua tadi ialah 156 dan dibahagi dua untuk purata dapatlah 78%, A. Mudahkan? Pengiraan Pointer UPU pula berdasarkan 3 subjek iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik. Jadi boleh fokus hanya pada dua subjek sains, misal kata tak minat Fizik yang asdfghjkl beribuuu formula nak diingat, boleh fokus dan dapatkan A untuk Kimia dan Biologi untuk 4.00 flat UPU. Bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UPU sangatlah ramai belum tengok pelajar matrikulasi lagi, besar saingan.
5. Biasiswa.
Alhamdulillah setiap semester, KPM akan beri biasiswa dalam RM1960. Biasiswa ni sangatlah cukup kalau guna duit ke jalan yang betul (HAHAHA kemain ke jalan yang betul) maksudnya tak guna untuk online shopping dan sebagainya. Biasiswa yang diberi ini boleh guna untuk bayar yuran pengajian dan yuran penginapan.
6. Peperiksaan (Test).
Setiap semester akan ada dua test yang perlu diambil dan setiap satu test mewakili 10-15% carrymarks. Bagi setiap semester juga ada final exam dan macam mana kalau failed final exam, gred C- (45-49% dan ke bawah). UiTM tak akan terus buang pelajar yang gagal, akan ada ujian ulangan untuk ditapis mana-mana pelajar yang punya peluang lagi untuk teruskan ke semester dua. Selain itu, para pelajar yang failed juga akan ditawarkan ke diploma oleh UiTM. Prihatin kan UiTM?
7. Persekitaran.
Puncak Alam dan Tangga Kejayaan sememangnya sinonim, rasanya tangga ni merupakan adik-beradik tangga Batu Caves. Sangatlah tinggi dan boleh jadi punca kejang kaki. Memandangkan batch lepas ini akan berada di Puncak Alam untuk satu semester nahh saya sertakan gambar Tangga Kejayaan.
Tangga ini punya kira-kira 171 anak tangga tak termasuk lagi 41 anak tangga menuju ke Plaza Satelit B. Sangat seronok naik dan turun tangga nak pula dalam sehari naik turun dua tiga kali. HAHAHA.
Keseronokkan naik dan turun tangga ni belum habis lagi, masih ada banyak lagi tangga-tangga di UiTM Puncak Alam yang tak sabar tunggu untuk didaki. Kelas-kelas Asasi biasanya terletak di aras 7 Fakulti Sains Kesihatan 1,5 (FSK 1,5) dan cuba teka? Memandangkan pelajar asasi setiap tahun terlalu ramai dalam 3000 pelajar, lif selalu penuh dan selalu rosak. Jadi alternatif lainnya ialah? Naik tangga lagi sampai aras 7! Yeayyy seronokkan? Belum lagi kalau ada kelas di FSK 6, bangunan fakulti paling tinggi di UiTM Puncak Alam (16 tingkat) dan ramai juga yang sanggup beratur panjang untuk naik lif.
Baiklah rasanya itu sahaja yang ingin saya kongsikan buat masa ini, harap dapat membantu adik-adik sedikit sebanyak. Doakan kami juga pelajar-pelajar asasi yang dah nak habis ni, final dah dekat. Study week tak ada pulak tu. Selamat memilih 🙂
2 Responses
Nak betanya mengenai penjamin. Iaitu penjamin ayah kepada anaknya. Masaalahnya ayah sudah bersara. Bererti tiada pendapatan bulanan. Bagaimana borang pengakuan kedudukkan kewangan penjamin itu..? Adakah borang itu perlu diisi atau dibiarkan kosong. Saya yang kurang faham….
Nak tanye. Saye spm 4a 5b yg 3a- 1a kalau physics dan addmath dapat a- dan bio dan chemy dapat b, bole masukke? Saye umur 27 tahun ni cadang nak amik tahun depan. Sebab saye dulu benti blaja sebab dapat mental illness. Depression dan manic.