Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Kecekalan Seorang Pelajar PhD Berjaya Menyelamatkan Malaysia Daripada Virus Nipah

Pada 1999, Malaysia telah diserang sejenis virus misteri yang boleh membawa maut dalam masa yang sangat singkat. Virus ini merebak sepantas kilat.

Pada ketika itu, tiada sesiapa pun yang mempunyai maklumat mengenai virus maut ini mahupun Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada masa yang sama, WHO juga telah meletakkan virus ini ke dalam senarai virus yang berpotensi menjadi wabak global.

Virus baru itu dipanggil sebagai Nipah – sempena nama bandar dimana virus itu mula merebak – penyakit misteri ini seakan Ebola, tetapi bukan menyerang saluran darah, ia menyerang otak.

Pada ketika laporan surat khabar melaporkan kematian berlaku disebabkan Virus Nipah hampir setiap hari, ianya bagaikan suatu mimpi ngeri buat penduduk negara ini pada ketika itu. Apa yang lebih membimbangkan lagi ialah virus ini merebak pada kadar yang sangat pantas.

Seseorang yang sangat sihat boleh bertukar menjadi sakit tenat pada keesokan harinya dimana otak mereka mula membengkak dan tidak mampu berjalan mahupun bercakap.

Pada masa itu, Dr Chua Kaw Beng sedang menyiap PhD dalam bidang Virologi di Universiti Malaya. Beliau tidak punyai masa walaupun untuk makan kerana sibuk menghabiskan masa di makmal penyelidikan Universiti Malaya mencari penyebab kepada Virus Nipah yang telah maragut lebih 105 nyawa ketika itu.

Beliau menolak slaid di bawah kanta mikroskop, lalu dihidupkan cahaya skop dan melihat di dalam. “Berdiri bulu roma saya” kata Chua. “ia menyala hijau terang, terang seakan-akan lampu.”

Pada ketika itu, di tangan Chua, merupakan  sejenis virus yang tidak pernah dilihat dunia sebelum ini. Dan pada ketika itu jugalah, Dr Chua mengetahui bahawa ianya merupakan salah satu virus yang paling berbahaya di dunia. Beliau mempunyai virus yang cukup untuk membunuh semua orang di dalam makmal tersebut.


“Saya menelefon ketua jabatan saya di rumahnya. Saya berkata, ‘Prof, sila datang. Saya mahu menunjukkan kepada anda sesuatu,'” kata Chua.

Ketua jabatannya itu memberitahu dirinya untuk membuang eksperimen tersebut – bahawa Chua telah membuang masa. Tetapi beliau tidak membuang kerjanya itu. Sebaliknya beliau membawa sampel virus itu ke Amerika Syarikat untuk dikaji.

Pihak berkuasa tempatan juga tidak memberikan perhatian penuh mereka terhadap bawak ini, mereka percaya bahawa ianya merupakan kejadian Japanese Eencephalitis (JE) dan nyamuk sebagai punca virus ini merebak.

Namun Chua tidak berputus asa

Beliau memujuk profesornya untuk menghantar dirinya ke Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan  di Fort Collins, Colo. Ini kerana mereka mempunyai mikroskop yang canggih yang akan menunjukkan dengan tepat jenis apakah virus ini dan bagaimana ianya merebak.

Apabila saintis institut tersebut meletakkan sampel ke dalam mikroskop, barulah Chua tahu bahawa virus ini adalah sejenis virus yang menakutkan : paramiksovirus.

Virus-virus ini datang daripada binatang ternakan, bukan  nyamuk. Dan mereka sering menjangkiti paru-paru. Jadi mereka boleh merebak dengan cepat melalui udara. Campak adalah sejenis Paramyxovirus, dan ia adalah salah satu virus yang paling mudah berjangkit di Bumi.

Setelah menyedari betapa bahayanya virus ini, Chua terus menelefon Kementerian Kesihatan Malaysia. “Hentikanlah memerangi nyamuk!” katanya kepada mereka. “Ianya datang dari babi!!”

Satu perkara yang menguatkan lagi dakwaan Chua ini ialah tiada satu pun dikalangan pesakit Virus Nipah yang mati datang daripada kaum Melayu-Islam, hanya kaum Cina.

“Kita semua tahu orang Melayu tak makan ataupun berurusan dengan babi, jadi tak mungkin virus ini berpunca daripada nyamuk.

Kerajaan Malaysia terus mengambil langkah drastik setelah mendapat maklumat daripada Chua dengan mengerahkan angkatan tentera.

Kubur gergasi digali. Khinzir-khinzir ditolak, lalu ditembak.

“Khinzir-khinzir ini menjerit, dan ada yang menitis air mata,” kata Muniandy, seorang pekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. “Ianya menyedihkan.”

1 juta ekor khinzir dimusnahkan. Ternyata, ianya berkesan.

Serangan terhenti. Virus pembunuh pun hilang.

Sedekad kemudian, barulah diketahui khinzir-khinzir ini dijangkiti daripada kelawar.

Dan sifat berkelompok ladang khinzir telah menjadikannya sebagai ‘kilang virus’.

Wabak ini telah mengubah industri ladang khinzir menjadi lebih bersih.

Wabak Nipah di Malaysia juga menjadi inspirasi buat filem Contagion (2011).

Kini

Dr Chua kini berkhidmat sebagai Penyiasat Prinsipal Kanan di Temasek Lifesciences Laboratory di Singapura. Beliau juga menemui virus Kampar pada tahun 2006. Beliau menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir di atas usaha menemui virus Nipah.

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad