Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Kisah menarik sepanjang belajar di UiTM.

Kisah saya bermula dengan memasuki kolej bersekutu UiTM iaitu Kolej Universiti Bestari (UCB) di Setiu kerana saya gagal melengkapkan permohonan UPU. Oleh kerana abang sulung saya belajar di UiTM, saya juga mahu mengikut jejak langkah nya untuk memasuki UiTM. Di kolej tersebut hanya dua pengajian sahaja yang ada untuk belajar di bawah UiTM iaitu pengajian Pengurusan Perhotelan dan Pegurusan Pelancongan.

Saya lebih tertarik dengan Pengurusan Perhotelan dan sejak itu saya adalah pelajar dibawah naungan UiTM walaupun tidak belajar di kolej induk. Setelah tamat pengajian diploma selama 3 tahun, saya mahu melanjutkan pelajaran saya lebih tinggi iaitu ijazah. Hampir 6 bulan saya menunggu keputusan, akhirnya permohonan saya berjaya untuk melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah dalam pengajian yang sama di UiTM Dungun, Terengganu.

Berat hati sebenarnya kerana saya berharap saya dapat melanjutkan pelajaran di UiTM Puncak Alam. Tetapi saya berfikiran positif dan anggap ini satu permulaan untuk saya belajar di kolej induk UiTM.

Tepat pada 20 haribulan 9 saya dan tiga lagi sahabat seperjuangan semasa diploma pergi mendaftar. Rasa gembira yang tidak terhingga kerana macam tidak percaya dapat belajar di kolej induk dan berjumpa dengan pelbagai ragam di hari pendaftaran.

Hanya 7 orang sahaja daripada 21 orang yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Empat orang di UiTM Dungun manakala tiga orang lagi di UiTM Puncak Alam. Oleh kerana saya sangat menyukai pantai, saya rasa sesuai bila ditempatkan disini.

Hanya di UiTM Dungun sahaja yang kolej nya berhadapan dengan kawasan pantai. Sangat indah rasa nya berada di depan pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Disini sebagai pelajar ijazah kami tidak diberikan hostel, tetapi saya bernasib baik kerana sahabat seperjuangan saya semuanya dari Terengganu dan saya hanya memberi pendapat dari jauh untuk rumah yang bakal kami duduki.

Keesokkan harinya kuliah pertama berjalan seperti biasa walaupun jadual tidak dapat sepenuhnya. Tiba sahaja di kelas yang di tetapkan, kami antara pelajar yang terawal sampai. Selalu nya bulan pertama memang akan tiba awal. Bila sudah biasa, kamilah akan jadi pelajar yang lambat tiba ke kelas.

Di dalam kelas saya terdapat pelajar yang datangnya dari tiga universiti yang berbeza iaitu kolej bersekutu UiTM, UiTM Penang dan UiTM Dungun. Majoritinya dari UiTM Dungun dan saya mula menyesuaikan diri dengan mereka kerana kami merupakan satu kelas dan memerlukan komunikasi antara satu sama lain.

Pada mulanya terasa bagai diri ini dicabar dan tercabar dengan mereka kerana saya datang dari kolej yang biasa. Tetapi bila kelamaan saya rasakan kami ini sama cuma membezakan hanya kerajinan dan ketekunan semasa di dalam kelas. Yang saya paling suka bila berada di kelas Karah kerana bangunannya sangat unik. Ramai yang mengelarnya ‘reban ayam’. Pada mulanya kami hampir sesat tidak tahu yang mana tempatnya. Hampir seluruh kawasan saya dan kawan- kawan mencari dan saya hanya mampu meneka.

Semasa menyertai program siswa/ siswi, saya dapat mengenali lebih ramai pelajar daripada pelbagai pengajian. Dari situ saya dapat berjalan satu kampus kerana aktiviti yang dijalankan adalah ‘explorace’. Kami perlu melengkapkan klu-klu yang dibeikan untuk memenangi pertandingan tersebut. Pada saya, ianya bukan sekadar pertandingan. Ianya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara kami pelajar-pelajar baru. Kami berlari hampir ke hujung hostel untuk mencari klu. Sebelum ini saya tidak pernah sampai ke kawasan hostel, cuma kawasan kuliah sahaja. Ianya merupakan pengalaman yang sangat berharga sebagai pelajar baru di UiTM Dungun.

Selain itu, saya berasa bersyukur kerana mempunyai PA yang baik dan bertanggujawab terhadap kami iaitu Puan Malina Hanum Binti Mohd Kamal. Dia merupakan lecturer dalam subjek accounting. Saya selesa bila di dalam kelasnya. Selama 3 semester dia mengajar kelas kami iaitu HM240 C/D. Walaupun lama-kelamaan dia mula menunjukkan sifat garangnya, tetapi saya tahu ianya kerana untuk kebaikan kami semua. Kelas saya banyak digabungkan dengan group HM240 A/B kerana semester kami sama cuma membeza kan group A/B belajar selama 3 tahun kerana semasa ijazah, mereka menukar pengajian.

Sememangnya adat bila antara kami semua bertikam lidah kerana tiada persefahaman, tetapi melalui itu kami dapat mengenali mereka dengan lebih lagi. Sewaktu menjalankan aktiviti mesti akan berlaku perkara sebegini. Ini kerana setiap orang mempunyai idea dan cadangan mereka tersendiri. Jujurnya mengenal mereka merupakan perkara yang terindah.

Semasa saya cuti semester, saya dikejutkan dengan berita bangunan karah terbakar atas sebab yang saya sendiri tidak ketahui. Bangunannya betul terletak di depan jalan. Ianya merupakan kerugian buat warga UiTM Dungun. Bangunan tersebut adalah bangunan yang paling lama di situ dan merupakan simbolik untuk kami semua sebagai bekkas pelajar di UiTM Dungun.

Tempat menduduki peperiksaan akhir semester juga berbeza sewaktu ijazah. Ini kerana, kami menduduki peperiksaan di Dewan Aspirasi. Boleh memuatkan hampir 200 pelajar. Kedudukan kami telah ditetapkan dan perlu duduk di tempat yang betul. Setiap kali peperiksaan, saya wajib membawa sweater dan stokin kerana keadaan di dewan tersebut sangat sejuk bagaikan di kutub utara. Ianya boleh membuat saya hilang fokus jikalau terlalu sejuk. Hanya dua kali sahaja saya dan kawan- kawan menduduki peperiksaan di kelas yang dibuka sebagai dewan untuk mengambil peperiksaan kerana dewan aspirasi penuh.

Waktu peperiksaan sangat menakutkan kerana ianya adalah penentu kepada masa depan saya. Jika saya dapat menjawab dengan jayanya, ada kemungkinan saya dapat keputusan yang cemerlang.

Tambahan lagi, semasa saya di semester 5, perubahan demi perubahan yang dilakukan antara contohnya adalah bangunan karah atau dikenali ‘reban ayam’ telah dilengkapi dengan penghawa dingin yang sebelumnya cuma mempunyai kipas.

Ianya dapat memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa. Warga UiTM juga telah membina kawasan rehat di belakang kawasan gerai makan yang dipanggil ‘starbuck’ dikalangan pelajar UiTM Dungun.

Sampai sekarang saya tidak mengetahui kerana apa dipanggil ‘starbuck’. Di situ pelajar boleh duduk berehat sambal menikmati makanan yang dibeli. Design nya juga sangat cantik dengan pokok-pokok hijau dikelilingnya.

Semasa datang menghadiri konvokesyen UiTM ke-86, tempat untuk menangkap gambar bersama family itu dipanggil ‘dastu’. Ianya juga lihat sangat ketara perubahan nya kerana sudah mempunyai penghadang dan dilengkapi dengan kipas. Sebelum ini ‘datsu’ hanyalah tempat terbuka. Saya sangat suka dengan impak baru yang diberikan untuk kemudahan pelajar-pelajar di UiTM Dungun.

Semester demi semester berlalu dengan pantas dan saya mula menyesuaikan diri di UiTM Dungun dengan keadaan sekeliling dan kawan-kawan. Saya sememangnya tidak aktif semasa di UiTM Dungun bukan kerana terlalu sibuk tapi saya hanya tahu pergi dan balik sahaja. Tidak ada peluang untuk mengikuti aktiviti disana. Memang ianya sangat rugi kerana tidak dapat menyertai program yang mereka jalankan.

Semester yang paling tough yang saya hadapi adalah semester ke-6 kerana semester ini saya perlu membuat research bersama pasangan saya. Supervisor saya merupakan PA saya sndiri iaitu Puan Malina Hanum Binti Mohd Kamal. Banyak yang saya pelajari melalui beliau dan beliau merupakan seorang yang sangat teliti kerana beliau meneliti research kami satu per satu. Setiap ayat yang tidak tepat mesti di tegur.

Kami mengorbankan waktu tidur kerana research. Akhirnya saya dan pasangan berjaya menyiapkan research kami dengan waktu yang ditetapkan selepas bersusah payah sejak awal semester ke-6. Rasa seperti beban sudah hilang di bahu kami. Menunggu detik untuk presentation sahaja.

Walaupun research kami ditentang hebat oleh pihak juri, tetapi kami tetap berasa lega kerana sudah selesai semua nya selama 2 tahun di UiTM Dungun.

Kesimpulan yang dapat saya katakan, belajar di UiTM Dungun merupakan pengalaman yang sangat berharga dan bernilai untuk saya. Sampai saya berasa berat hati hendak meningggalkantempat yang banyak memori pahit manis bersama kawan-kawan.

Suatu hari nanti pastinya sayaakan datang kembali ke sana untuk mengingati segala memori.

UiTM Dungun THE BEST EVER!

Terima kasih kerana menerimaku disana.

Inilah kisah saya sewaktu bergelar pelajar UiTM di Dungun, Terengganu. Terima kasih kerana

sudi membaca.

Norhayati Binti Ahmad

HM240

IJAZAH DENGAN KEPUJIAN PERNGURUSAN PERHOTELAN

===================================================

Anda ada cerita UiTM yang ingin dikongsikan ?

Hantar Story UiTM anda ke salam@madeinuitm.com

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad