HAPPY NEW YEAR PROMOTION!
— Made in UiTM (@madeinuitm) January 1, 2019
Get RM 10 Off For Your UiTM Sweater
Enter Coupon Code : HNY19
Hurry! Limited For 30 pcs Only
Visit https://t.co/HqVMTHITBq to find out more. pic.twitter.com/Q269PjntBC
Kenyataan seorang Professor dari Universiti Havard, Lant Princett yang dilontarkan ketika menghadiri forum Dasar Awam Asia 2017 di Subang, menyifatkan bahawa kualiti graduan-graduan di Malaysia adalah setaraf Pelajar Sekolah Denmark yang tercicir sudah cukup untuk membuatkan ramai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia tidak senang duduk.
Ramai pihak mempersoal sama ada kenyataan berikut dibuat berdasar fakta dan kajian mendalam atau sekadar pandangan yang semberono dan ikut sedap mulut sahaja.
Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengulas mengenai perkara ini berkata, pandangan daripada Professor Universiti Harvard itu sebagai satu penghinaan kepada graduan universiti di negara ini. Mahdzir menyatakan bahawa adalah “kurang cerdik” untuk mengemukakan pandangan tanpa memlakukan kajian terperinci mengenai sistem pendidikan di Malaysia yang berasaskan negara maju.
BACA: Lant Pritchett Dakwa Kenyataan Mengenai Graduan Malaysia Diputar belit FMT
Lant Pritchett, Profesor dalam bidang Practice of International Development di bawah Kennedy School of Government, Harvard University berkata majoriti pelajar sekolah rendah dan menengah di Indonesia dan Malaysia lebih banyak menghafal berbanding memahami subjek yang diajar. Apabila pelajar tamat sekolah rendah dan menengah, mereka melanjutkan pengajian ke peringkat universiti tetapi hakikatnya tiada pemahaman mendalam tentang subjek yang diajar sebelum ini melainkan menghafal, kemudian menduduki peperiksaan, lulus peperiksaan, masuk ke peringkat seterusnya dan rutin yang sama berulang sehingga tamat pengajian.
Adakah anda bersetuju dengan pandangan professor ini? Pada pendapat saya, ianya bergantung kepada kerajinan seseorang pelajar itu sama ada dia mempunyai inisiatif untuk memahami apa yang diajarkan atau sekadar menghafal untuk lulus peperiksaan. Dalam usaha melahirkan generasi yang cerdik dan berguna di masa hadapan, banyak pihak yang perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan usaha itu. Ini kerana institusi pendidikan tidak cukup untuk dijadikan sebagai platform utama untuk mendidik dan membentuk negara bangsa. Intitusi kekeluargaan juga penting dalam memupuk semangat cintakan ilmu dan juga melatih displin anak-anak supaya rajin menelaah buku.
Budaya menghafal itu sudah semesti menjadi pilihan pelajar-pelajar yang malas berusaha memandangkan sistem pendidikan negara kita adalah berorientasikan peperiksaan untuk menguji tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar.
Generasi masa hadapan harus sedar bahawa sektor perkerjaan hari lebih menghargai graduan yang memahami dan mengaplikasi akan apa yang telah diajar dan dilihat lebih mudah memperolehi pekerjaan berbanding pelajar yang menghafal selepas tamat pengajian. Sekiranya pelajar yang menghafal ini mendapat pekerjaan, kebiasaanya mereka tidak bekerja dalam bidang yang sama ketika belajar di universiti. Ini kerana mereka gagal mengaplikasi apa yang dipelajari hingga tidak diterima oleh majikan.
Oleh itu, segala-galanya terletak pada diri sendiri. Walau apa pun sistem yang diguna pakai ianya tidak akan mengubah apa-apa sekiranya individu itu yang enggan mengubah diri mereka.
Sumber : FMT
Zip Up Hoodie. Now comes with more colors. Perfect for Convocation gift ! Register & get 10% off for every item purchased when you register at https://t.co/VXeEKdI1qO pic.twitter.com/XQM2sBDLSi
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 17, 2018
1 thought on “Kualiti Graduan di Malaysia Setaraf dengan Pelajar Sekolah Menengah Denmark yang Tercicir- Profesor Harvard Universiti”
Pingback: Lant Pritchett Dakwa Kenyataan Mengenai Graduan Malaysia Diputar belit FMT