Masalah mental pelajar boleh bawa kesan serius jika tidak dirawat

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Masalah mental pelajar boleh bawa kesan serius jika tidak dirawat

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan keadaan kesihatan mental di kalangan pelajar Malaysia semakin teruk, dari satu dalam 10 orang pada tahun 2011 kepada satu daripada lima pada 2016.

Masalah mental pelajar ini sering dikaitkan dengan faktor keresahan atau kemurungan.

“Keresahan berlaku disebabkan trauma, gangguan emosi, gangguan pemakanan seperti bulimia, gangguan perkembangan seperti hiperaktif, gangguan tingkah laku dan tekanan teruk terhadap masalah keluarga,” kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Suhaimi Mohamad.

Beliau berkata keresahan boleh berpunca daripada tekanan menghadapi peperiksaan yang mungkin menyebabkan pelajar menjadi takut.

“Keyakinan diri yang rendah akibat daripada itu juga boleh membuatkan seseorang pelajar berada dalam keadaan bimbang dan tertekan, ditambah pula dengan desakan ibu bapa dan guru yang sentiasa menekankan pelajar untuk berdaya saing.

“Bukan sahaja terhadap pelajaran, malah kebimbangan terhadap perasaan malu yang ditanggung akibat sesuatu perkara turut membawa pelajar kepada keresahan yang melampau,” katanya kepada Bernama.

Akibat terlalu resah, seseorang pelajar bakal berdepan beberapa situasi seperti sentiasa berpeluh dan jantung sentiasa berdebar- debar, tidak boleh tidur di waktu malam atau menghidapi insomnia yang akan menjejaskan kesihatan pelajar jika berterusan berlaku.

“Kemurungan pula menjadikan seseorang itu mengasingkan diri daripada semua orang,” kata Suhaimi dan tanda bagi seseorang pelajar itu mengalami kemurungan yang teruk ialah berlaku kecelaruan ‘mood’, perubahan emosi secara tibatiba yang membawa kepada kemarahan melampau.

Ini juga boleh berlaku atas faktor keturunan yang diwarisi daripada anggota keluarga yang pernah atau sedang mengalami masalah mental, katanya.

Dari segi statistik laporan kajian kesihatan dan morbiditi kebangsaan pada tahun 2011, menunjukkan 12.5 peratus pesakit mental terdiri daripada remaja perempuan dan 10.0 peratus remaja lelaki.

Suhaimi memang tidak menolak antara punca utama masalah mental pelajar ialah ibu bapa yang suka memberikan tekanan kepada anakanak terutama dalam bidang akademik.

“Dalam hal ini ibu bapa seharusnya sedar dan membantu anak- anak mereka menjalani kehidupan normal dan bukannya memaksa anak-anak belajar sematamata untuk memenuhi harapan mereka,” katanya.

Menurut Suhaimi, jika dikesan anak-anak mengalami masalah mental, rawatan boleh dilakukan melalui biopsikososial iaitu seseorang perlu berinteraksi dengan pesakit supaya mereka tidak berasa keseorangan dan tidak bertindak agresif.

“Di samping itu, pemberian ubat-ubatan secara berkala mampu mengawal seseorang daripada terus mengalami gangguan mental,” katanya.

Beliau berkata bimbingan dan sokongan juga perlu daripada orang sekeliling terutama ibu bapa untuk membina semula tahap keyakinan pesakit.

“Ibu bapa perlu memberi sokongan dan dorongan kepada anak- anak yang mengalami masalah mental supaya tidak menjadi lebih teruk,” katanya.

Suhaimi menjelaskan sekiranya masalah mental ini tidak dirawat, ia akan menyebabkan pesakit tidak kenal diri sendiri dan mencipta dunianya sendiri.

Beliau berkata faktor lain seperti pengaruh dadah boleh dikaitkan dengan masalah mental namun keresahan dan kemurungan memainkan peranan utama dalam masalah ini.

“Jika perkara seperti ini berterusan berlaku, ia akan membawa pelajar kepada kemurungan teruk lantas pelajar akan terdedah dengan situasi skizofrenia iaitu mempunyai niat dan ingin bunuh diri.

Suhaimi bimbang masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sehingga mampu membawa kepada perbuatan bunuh diri ini boleh berlaku jika tidak diubati dalam tempoh dua tahun.

Proses ke arah bunuh diri ini terjadi apabila pesakit mengalami masalah mental yang teruk, mula berhalusinasi, bercakap seorang sendiri dan berada dalam dunianya sendiri, kata Suhaimi.

“Isu ini amat serius tetapi sering diabaikan,” tambahnya. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE