Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Pensyarah UiTM beri 15 sebab kenapa Beauty And The Beast patut ditapis

Pensyarah UiTM beri 15 sebab kenapa Beauty And The Beast patut diharamkan

Disney membatalkan tayangan Beauty and The Beast di Malaysia ekoran timbul permintaan daripada pihak Malaysia supaya elemen-elemen gay di dalam filem tersebut ditapis.

Ramai diantara peminat-peminat kisah dongeng tersebut mengeluarkan reaksi dan persepsi yang membantah tindakan tersebut.

Berikut 15 alasan netizen yang menyokong filem Beauty and The Beast dan 15 jawapan darpiada seorang pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,  Ahmad Farami Abdul Karim, Mengapa Karya itu patut ditapis.

1. “Kalau ada adegan bunuh rompak, ‘hang akan ban filem tu jugak ke? Bukankah itu pun langgar undang-undang??”

Farami: Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran perlu ada ‘poetic justic’ (yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan hujung cerita paparan pembunuh serta perompak harus negatif)

Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang award. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat disuruh insad dan menerima homoseksualiti.

2. “Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang”

Farami: Ini falasi ‘false comparison’. Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekrianya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.

3. “Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan peculik) dalam Beauty and The Beast boleh pulak”

Farami: False comparison. Kalau ada adegan ‘bestiality’ ia juga akan ditapis seperti ‘gay moment’

Pensyarah UiTM beri 15 sebab kenapa Beauty And The Beast patut diharamkan4. ‘Just ada satu karektor dalam tu openly gay dan tertarik dengan watak lelaki.. itu saja .. walhal bukan aksi lucah pun”

Farami: Lucah tak semestinya eksplisit. ‘Gay moment’, idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan ‘suggestive’ dalam B&B juga lucah (indecent) berdasarkan sensitiviti tempatan.

5. “Tak payah tengok kalau tak suka”

Farami: walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan ‘gay moment di pawagam (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah ‘socially acceptable’.

6. “Nak sekat-sekat macamlah orang tak boleh tengok online

Farami: Tengok online, itu private domain. Tanggungjawab sendiri. Tapi dalam public domain, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.

7. “Benci aku, sensitif sangat bila nak majunya?

Farami: ‘Maju dengan menerima ‘gay moment’ di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propagandan dan normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada perjajahan budaya.

8. Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke”

Farami : ‘Resistance’ terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti


9. Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem??

Farami: Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth A.S. Tapi, homoseksualiti cuba dinormalisasi melalui filem kontemporari. Ini menyebabkan ‘desensitisation’ (cair sensitiviti) masyarakat terhadap penyimpangan LGBT.

10. ” The world has moved on and it’s time we equip our young children with facts of life of this present day and age”

Farami: Kita perlu sama ‘moveon’, walaupun ke arah yang salah? ada hadith saihi menggesa tidak meniru mereka, “moving on’ bersama merak sejengkal demi sejengkal.

Kita ada pegangan nilai tersendiri yang jelas dan bersifat tetap.

11. “Bodoh lah nak sekat”.

Farami: Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding masalah awam.

12. “Effiminate male characterts in Malaysia movies?dramas made the cut but a ‘gay’ scene from an innocent classic must be removed”

Farami: ‘Effeminate’ (lembut) tak semestinya amalkan homoseksualiti. Dalam B&B, wataknya ‘openly LGBT’, jelas seorang gay. LGBT adalah orientasi seksual dan gaya hidup, bukan sakadar sifat “lembut”

13. “I hope Malaysia will be open-minded enough to let it show”

Farami: Perlu ‘open-minded’ untuk faham etika relativisme budaya – apa yang biasa di Amerika Syarikat (AS) tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikoit B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.

Pensyarah UiTM beri 15 sebab kenapa Beauty And The Beast patut diharamkan

14. “Our self-appointed guardian of moraliti — The Cencorship Board. They think they’re doing the parents a favour, not realising they’re a bit behind time.”

Farami: Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau cencorship board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoal tanggungjawab moral agensi tersebut.

15. “Why some parents think their kids are easily swayed and influenced by movies”

Farami: In sociology, kids learn/internalize values and cultural norms through mas media. Ini disebut ‘socialization process”

 

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad