UiTM dan UNISSA perkasa jalinan kerjasama

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UiTM dan UNISSA perkasa jalinan kerjasama
Menandatangani bagi pihak UNISSA telah Doktor Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, manakala Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato ‘Doktor Hassan bin Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, menandatangani bagi pihak UiTM.

SHAH ALAM 29 MAC – Universiti Islam Sultan Sharif Ali, UNISSA dan Universiti Teknologi MARA, UiTM, Malaysia  telah bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam bidang akademik, penyelidikan, program mobiliti pelajar, staf akademik dan juga program pertukaran pelajar. Perjanjian itu termasuk di dalam Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 24 Mac yang lalu.

Dr. Awang Haji Norarfan menjelaskan, hasrat dan iltizam UNISSA sebagai sebuah Universiti Islam Tulen akan tetap dipertahankan bahkan dipertingkatkan mutu dan peranannya dari semasa ke semasa.

“Di sini, UNISSA telah mengenal pasti bahawa UiTM adalah antara rakan strategik yang dapat membantu membawa UNISSA bergerak ke hadapan sebagaimana yang dihasratkan,’’ katanya.

Majlis penandatanganan bagi membaharui MoU tambahnya, memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada UNISSA dalam mengeratkan dan menguatkan peranan, sumbangan dan penglibatannya dalam pengembangkan ilmu di rantau ini.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said dalam ucapan balasnya antara lain menjelaskan kunjungan berkenaan merupakan kesinambungan kepada kerjasama yang sedia terjalin di antara kedua-dua buah universiti.

Yang Berbahagia Profesor menyatakan, kerjasama berkenaan amat penting dalam usaha untuk memantapkan pelbagai jalinan kerjasama, bukan hanya dalam aspek akademik tetapi juga dalam aspek-aspek lain yang boleh memberi manfaat kepada pelajar, warga universiti dan masyarakat keseluruhannya bagi kedua-dua buah negara.

“Saya yakin dan percaya, MoU yang dimeterai pada hari ini merupakan komitmen UiTM dan UNISSA untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang iaitu penyelidikan dan penerbitan, perkongsian sumber mobiliti pensyarah dan pelajar, pemeriksa luar serta penganjuran Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB) dengan UiTM Sarawak dan UiTM Sabah yang diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir di universiti Kepulauan Borneo dan program-program kerjasama lain yang diterokai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis penandatanganan tersebut ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Pembaharuan MoU tersebut adalah dihasratkan untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama yang sedia terjalian di antara kedua-dua buah institusi pengajian tinggi tersebut, lebih-lebih lagi dengan terdapatnya kampus UiTM Cawangan Sarawak dan UiTM Cawangan Sabah yang merupakan sebahagian dari 35 buah kampus UITM di seluruh Malaysia.

Kerjasama aktif dan rapat di antara UNISSA dengan UiTM khususnya UiTM Cawangan Sabah dan Sarawak adalah merupakan faktor yang mendorong untuk memperluaskan lagi bidangan kerjasama yang sedia ada.

Di antara bentuk kerjasama yang telah dijalankan oleh UNISSA dan UiTM adalah penganjuran bersama KAIB yang mana UNISSA telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan KAIB Ke-8 pada tahun 2015.

Persidangan KAIB yang diadakan secara kolaborasi setiap tahun adalah merupakan aktiviti dan wadah bagi para penyelidik dan para tenaga akademik berkongsi penemuan terkini dan hasil kajian mereka di samping membahaskan isu dan permasalahan yang dihadapi serta bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman untuk mempelajari cara terbaik menangani sesuatu isu.

KAIB juga dihasratkan dapat menyemarakkan lagi kegiatan ilmiah dalam kalangan para akademik di institusi-institusi pengajian Islam di rantau ini dan di Borneo secara amnya, dan di UNISSA dan UiTM khususnya.

Persidangan KAIB yang diadakan secara bergilir oleh IPT di Kepulauan Borneo tersebut juga pernah diadakan di Universitas Lambung Mangkurat (ULM), Banjarmasin Kalimantan Selatan, Universitas Mulawarman (UNMUL) Samarinda Kalimantan Timur, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), dan UiTM Sabah dan Sarawak.

Selain itu, wakil UNISSA juga telah menghadiri Persidangan Rektor-Rektor Universiti Borneo pada tahun 2016 atas jemputan UiTM Sarawak yang berlangsung di ULM, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia bagi merancang dan membincangkan bentuk kerjasama yang lebih erat antara institusi-institusi pengajian tinggi di Kepulauan Borneo.

Juga hadir pada majlis penandatanganan tersebut ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan, Pengarah-Pengarah Kementerian Pendidikan, pegawai-pegawai utama dan kanan UNISSA dan pegawai-pegawai dari UiTM.

Profesor Emeritus Dato ‘Doktor Hassan bin Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Majlis itu disaksikan oleh Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Pemangku Menteri Pendidikan. Menandatangani bagi pihak UNISSA telah Doktor Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, manakala Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato ‘Doktor Hassan bin Said, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, menandatangani bagi pihak UiTM.

Turut hadir Doctor Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan dan Dayang Hajah Anis Fauzulana binti Dzulkiflee, Timbalan Setiausaha Tetap Pemangku (Pengajian Tinggi) Kementerian. Pemeteraian MoU dilihat sebagai kerjasama yang kuat yang menghasilkan perpaduan dan keakraban untuk mencapai kemajuan dan pembangunan dalam bidang penemuan pengetahuan dan penyelidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE