5 Sebab Masa Terbaik Untuk Mulakan Perniagaan Di Universiti

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

5 Sebab Masa Terbaik Untuk Mulakan Perniagaan Anda Ketika Di Universiti

Mark Zuckerberg menubuhkan Facebook ketika beliau masih menuntut di Havard Universiti.

Dengan begitu banyak tugasan, kelas, perjumaan persatuan, dan banyak lagi untuk melibatkan diri anda sebagai seorang pelajar, memulakan perniagaan mungkin menjadi perkara yang terakhir di fikiran anda. Akan tetapi, secara keseluruhannya, ianya tidak sepatutnya begitu.

Memulakan perniagaan di kampus apabila anda masih seorang pelajar universiti dan kolej adalah satu pengalaman yang hebat dan boleh memberikan anda ganjaran yang positif serta melatih displin diri. Dengan akses kepada beribu-ribu pelanggan berpotensi (pelajar lain), menubuhkan sebuah perniagaan yang memenuhi keperluan pelajar tertentu atau yang lain adalah satu langkah bijak dan menguntungkan. Artikel ini memberi tumpuan kepada mengapa universiti adalah masa terbaik untuk memulakan perniagaan di Malaysia khususnya.


1. Anda Mempunyai Lebih Masa & Kawalan Untuk Lakukan Aktiviti anda:

Kebanyakan orang yang berkecimpung dalam dunia korporat, mereka yang sentiasa sibuk dengan kerja dan hanya mempunyai sedikit masa untuk memberi tumpuan kepada impian perniagaan mereka, pelajar universiti pula mempunyai segala masa yang diperlukan untuk berniaga. Sebagai pelajar, anda boleh memulakan perniagaan pada masa lapang anda, dan memberi tumpuan kepada kerja sekolah anda melalui masa yang selebihnya. Dengan kewajipan dan komitmen yang sedikit, anda boleh menghabiskan masa anda meneliti apa idea-idea perniagaan kecil yang boleh dilakukan di universiti anda. Anda juga boleh menggantikan masa selepas kelas anda dengan menjalankan aktiviti perniagaan anda di kampus dan memastikan apa sahaja yang anda ceburi berjaya.

2. Anda Mempunyai Sumber Percuma:

Perpustakaan memberikan anda banyak maklumat untuk dipelajari. Daripada rak buku berbeza yang meliputi pelbagai bidang, anda boleh mendapat pengetahuan yang menyeluruh mengenai apa sahaja jenis perniagaan yang ingin ingin lakukan. Internet percuma di perpustakaan juga memberikan anda kelebihan untuk melakukan penyelidikan yang lebih kukuh. Oleh kerana kekangan kewangan untuk hidup di kampus sebagai pelajar, anda boleh mengambil kesempatan daripada internet percuma untuk membuat kajian mengenai perniagaan kecil anda, dan juga mengembangkan pengetahuan anda.

3. Anda Boleh Cari Terlebih Terdahulu Akan Apa Yang Anda Ingin Lakukan Di Dalam Hidup.

Oleh kerana pelajar kolej tidak mempunyai kewajipan sebenar dan pengalaman mengenai kegagalan atau kejayaan dalam mana-mana perniagaan, ini adalah satu masa sesuai untuk memulakan perniagaan. Anda boleh mencuba seberapa banyak peluang yang mungkin anda temui di dalam atau di luar kampus. Memulakannya semasa menjadi seorang pelajar  akan memberikan anda peluang untuk mencari impian hidup anda dengan lebih awal . Selain itu, memulakan perniagaan kecil di kolej akan memberikan anda satu rasa arah dan tujuan melalui perjalanan hidup anda.

4. Publisiti

Pelajar-pelajar kolej suka untuk bercakap tentang pelajar-pelajar universiti lain yang telah berjaya mewujudkan kesan (terutamanya kewangan). Dengan pelbagai jenis pelajar yang tidak sabar untuk menceritakan tentang perkara – perkara hebat yang akan berlaku di kampus mereka, anda boleh menggunakan  publisiti percuma ini apabila perniagaan anda yang berkembang maju di universiti.

5. Ianya bagus Untuk Resume Anda

Tak kiralah apa jenis perniagaan yang anda mulakan di universiti, sama ada berjaya atau tidak, menyatakan perjalanan perniagaan di dalam resume anda akan memberi impak yang besar dalam mendapatkan kerja impian anda. Kebanyakan organisasi suka go-getters, terutamanya apabila mereka akan menjadi aktif dalam jabatan pemasaran. Dengan rekod beberapa bentuk kejayaan pemasaran di universiti, resume anda boleh meyakinkan majikan bahawa anda betul untuk berada di pasukan bersedia untuk pertumbuhan organisasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE