Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah (RM4,000 ke bawah) dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.
Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Pembiayaan pendidikan ini merangkumi yuran penuh akademik, elaun sara hidup (termasuk penginapan), elaun buku dan sokongan pembangunan insaniah
Tarikh Tutup
- 30 Mac 2017
Kriteria
kriteria adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :
Tajaan Dalam Negara (Ijazah Sarjana Muda)
- Pemohon mestilah mengikuti pengajian di IPTS sahaja
- Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM/STPM 2016)
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
- Keputusan Peperiksaan Percubaan
- SPM – minima 5A-*
STPM – minima 2A*
- SPM – minima 5A-*
- Tempoh pengajian 4 – 5 tahun berbeza mengikut kursus pengajian
Amaun
Tajaan Luar Negara (Ijazah Sarjana Muda)
- Daripada A-level (di dalam negara sahaja) sehingga Ijazah Sarjana Muda (50 universiti terkemuka di dunia sahaja).
- Bumiputera Warganegara Malaysia (Lepasan SPM 2016)
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000 sebulan (sebelum sebarang pemotongan dibuat)
- Keputusan Peperiksaan Percubaan
- SPM – minima 8A
- Tempoh Pengajian A-Level – maksimum 2 tahun
- Ijazah Sarjana Muda – maksimum 3 – 4 tahun berbeza mengikut kursus pengajian
Pembiayaan pengajian Dalam negara
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar
Pembiayaan Luar Negara
- Yuran Pengajian
- Elaun bulanan (termasuk penginapan )
- Elaun buku
- Program Pemupukan & Pembangunan Pelajar
- Elaun-elaun lain yang berkaitan (hanya untuk tajaan luar negara SAHAJA)
Jurusan
Untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan serta insitusi boleh klik di sini