Kenapa Sikap Lebih Penting Berbanding IQ – Kajian Universiti Stanford
Apabila berbicara tentang soal kejayaan, kebanyakkan orang sering menganggap bahawa IQ atau bakat yang dikurniakan kepada seseorang itu adalah sesuatu pemberian yang tak ternilai dan tidak akan dinikmati oleh orang kebanyakkan. Seolah-olah mereka yang dilahirkan serdehana tidak akan mampu berjaya seperti mereka yang mempunyai bakat tersendiri. Akan tetapi kajian terbaru Universiti Stanford membuktikan bahawa hal ini tidak benar.
Ahli psikologi Carol Dweck telah menghabiskan keseluruhan kerjayanya mengkaji hubungi antara sikap dan prestasi, dan kajian terbaru beliau menunjukkan bahawa sikap anda adalah nilai yang lebih penting untuk kejayaan berbanding IQ anda.
Dweck mendapati bahawa teras sikap manusia jatuh kepada dua kategori: Pemikiran tetap atau Pemikiran berkembang.
Dengan pemikiran tetap, anda percaya bahawa anda adalah diri anda dan anda tidak boleh berubah atau maju. Ini menimbulkan masalah apabila sesuatu halangan yang lebih sukar daripada apa yang anda jangkakan muncul, anda akan lebih cenderung untuk mengalah dan lemah semangat.
Orang yang mempunyai pemikiran berkembang, mereka percaya bahawa mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka berusaha keras ke arah itu. Oleh itu prestasi mereka sememangnya jauh lebih baik berbanding mereka yang mempunyai pemikiran tetap kerana mereka menggangap cabaran itu sebagai satu peluang untuk mereka memajukan diri.
Senang cerita memang betul mereka yang mempunyai kelebihan seperti kebijaksanaan atau keyakinan diri yang tinggi memang senang nak berjaya dalam hidup. Akan tetapi harus diingati bahawa langit tidak selalunya cerah, mereka juga tidak terkecuali daripada kegagalan terutamanya apabila berdepan dengan cabaran yang tidak pernah mereka hadapi sebelum ini.
Faktor penentu dalam kehidupan adalah bagaimana anda menangani halangan dan cabaran. Orang yang mempunyai pemikiran berkembang akan menyambut halangan dengan tangan yang terbuka.
Menurut Dweck, kejayaan dalam hidup adalah semua tentang bagaimana anda berurusan dengan kegagalan. Beliau menerangkan bagaimana seseorang dengan pemikiran berkembang berdepan dengan sesuatu masalah,
“Kegagalan adalah seperti maklumat – kita jangan melabelkannya sebagai kegagalan, tetapi ia lebih seperti, ‘ini tidak berhasil, dan saya adalah penyelesai masalah, jadi saya akan cuba sesuatu yang lain.”
Jadi tak kira apa pun jenis pemikiran anda, anda masih lagi boleh membuat perubahan dan membangunkan minda pertumbuhan. Berikut adalah beberapa strategi bagi melatih minda anda untuk berfikir berorientasikan pemikiran berkembang
Jangan Cepat Mengalah.
Kita semua pernah melanda saat-saat dimana kita berasa sangat tidak berdaya untuk melakukan sesuatu terutamanya sesuai yang kita tidak suka lakukan. Ujian ini adalah bagaimana kita bertindak balas terhadap perasaan itu.
Sama ada kita boleh belajar daripadanya dan bergerak ke hadapan atau kita biarkan ia mengheret kita ke bawah.
Jika kita lihat sejarah mereka yang telah berjaya, kita pasti tahu bahawa mereka juga telah gagal berkali-kali sebelum itu, contohnya Walt Disney pernah dipecat dari Kansas City Star kerana beliau “tidak mempunyai imaginasi yang kreatif dan tidak mempunyai idea-idea yang baik”; Oprah Winfrey pernah dipecat sebagai anchor TV di Baltimore kerana “terlalu emosi ketika melaporkan berita”; Henry Ford telah gagal dengan beberapa syarikat-syarikat kereta sebelum berjaya dengan Ford.
Jangan Cepat Mengadu
Mengadu adalah satu tanda yang jelas pemikiran tetap. Orang yang mempunyai pemikiran berkembang akan melihat segala-gala yang datang sebagai peluang, jadi tidak ada ruang untuk aduan.
Jangan bercakap, bertindak.
Tidak semestinya orang yang mempunyai minda berkembang dapat mengatasi ketakutan mereka hanya kerana mereka lebih berani daripada kebanyakkan orang; ianya kerana mereka tahu ketakutan dan kebimbangan hanya akan melumpuhkan emosi dan cara yang terbaik untuk mengatasi kelumpuhan ini ialah dengan mengambil tindakan tanpa berfikir panjang.
Orang yang mempunyai pemikiran berkembang mempunyai mentaliti yang kuat dan tidak akan sewenang-wenangnya membazir masa dengan berfikir terlalu banyak.
Jadi fleksibel.
Semua orang akan menghadapi kesukaran yang tidak dijangka. Minda yang berorientasikan pertumbuhan menganggap kesukaran sebagai peluang untuk penambahbaikan. Apabila keadaan yang tidak dijangka ini timbul, mereka akan berusaha sehingga berjaya mendapat keputusan yang dinginkan.
Berusaha lebih daripada kebiasaan.
Mereka yang berfikiran berkembang akan memberikan usaha yang terbaik, walaupun pada hari-hari mereka yang paling teruk. Mereka sentiasa menolak diri mereka untuk bekerja lebih masa.
Salah seorang penuntutnya Bruce Lee berlari tiga batu setiap hari bersama-samanya. Satu hari, ketika mereka sedang berlari menghampiri penanda tanda tiga batu, Bruce Lee berkata, “Mari kita lari dua batu lagi.” Murid beliau dalam keadaan letih dan berkata, “saya akan mati sekiranya saya berlari dua batu lagi.” Bruce Lee menjawab “Jadi lakukannya.” Lalu muridnya itu menjadi begitu marah sehingga dia dia berlari lebih daripada 2 batu. Dengan rasa letih dan marah, dia berhadapan dengan Bruce Lee selepas itu, beliau menjelaskan cara ini: “Jika anda sentiasa meletakkan had kepada apa yang boleh anda lakukan, fizikal atau apa-apa lagi, ianya akan menjadi sebahagian daripada diri anda. Sepanjang hayat anda ia akan merebak ke dalam kerja-kerja anda, ke dalam moral anda, dan ke dalam keseluruhan kesejahteraan anda.
–