Ujian MUET on Demand (MoD) Secara Computer Based Test (CBT) Bakal Diperkenalkan Mulai April 2018

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Penawaran Ujian MUET on Demand (MoD). Berita baik buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET selain Sesi MUET sediada iaitu Mac, Julai dan November. Menerusi makluman Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) akan diperkenalkan bermula bulan April 2018

Untuk makluman, pendaftaran MUET pada masa sekarang adalah di buat dalam 3 sesi iaitu Sesi 1, 2 dan 3 (Mac, Julai dan November).

Penawaran MoD ini antara lain dapat membantu pelajar dalam memenuhi syarat kelayakan MUET yang ditetapkan semasa membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam samada telah tamat tempoh atau tidak pernah menduduki peperiksaan MUET. Dengan ini pelajar tidak perlu menunggu tarikh pendaftaran MUET sesi seterusnya untuk menduduki peperiksaan.

Penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) Secara Computer Based Test (CBT)

Berikut dikongsikan makluman MPM berkaitan penawaran Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) buat panduan pelajar.

  • Mulai bulan April tahun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan menawarkan Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) dan juga secara konvensional di pusat-pusat ujian tertentu. Standard ujian ini sama seperti standard ujian MUET sedia ada. Ujian ini akan ditawarkan mulai pada bulan April 2018. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Ujian MoD ini, sila layari portal MPM di www.mpm.edu.my.

Pewartaan MoD

https://www.facebook.com/madeinuitm/photos/a.1933435923558888.1073741828.1865814060321075/2085727094996436/?type=3&comment_id=2086988928203586&force_theater=true&notif_id=1510614338739285&notif_t=photo_comment

Perbezaan MUET Sediada Vs MUET MoD CBT

Berikut dikongsikan perbezaan MUET sediada dengan Sesi Ujian MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) buat panduan pelajar.

MUET SEDIADA

  • Peperiksaan akan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada Sesi Mac, Julai dan November setiap tahun
  • Yuran Peperiksaan adalah berjumlah RM100.00
  • Peperiksaan adalah menggunakan kertas dan pensil
  • Keputusan peperiksaan MUET boleh diperolehi dalam masa 2 bulan selepas peperiksaan diadakan. Jika peperiksaan diadakan pada sesi Mac maka keputusan akan diumumkan pada bulan
  • Mei. Begitulah seterusnya untuk sesi Julai dan November
  • Peperiksaan diadakan di semua pusat bertauliah di seluruh negara termasuklah di sekolah-sekolah

MUET CBT

Berbeza dengan MUET sediada, tarikh peperiksaan MUET CBT akan diadakan bergantung kepada permintaan pemohon
Yuran peperiksaan lebih mahal berbanding MUET sediada dimana yuran peperiksaan yang dikenakan adalah berjumlah RM250.00
Peperiksaan MUET CBT dijalankan menggunakan applikasi komputer/ atas talian
Keputusan peperiksaan MUET lebih cepat diumumkan iaitu selepas 3 minggu peperiksaan diadakan
Peperiksaan akan dilaksanakan di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Eco sky WPKL

Kredit Info : Afterschool

Semoga dengan penawaran Ujian MUET on Demand (MoD) bermula April 2018 akan dapat membantu pelajar dalam permohonan kemasukan ke UA Ijazah Sarjana Muda dengan lancar untuk masa depan yang cemerlang dan gemilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE