Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Sindiket menjual ijazah palsu daripada UiTM dan Segi pada harga serendah RM1,000 di Puchong

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam mengambil tindakan segera dengan membuat laporan polis susulan laporan akhbar Kosmo! yang mendedahkan aktiviti sebuah sindiket menjual ijazah palsu daripada universiti tempatan pada harga serendah RM1,000.

Dua buah universiti yang menjadi mangsa pemalsuan sindiket itu iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti SEGi (SEGi) turut membuat laporan polis secara berasingan semalam.

Harga setiap skrol UiTM adalah seperti berikut:

Diploma – RM1,000

Ijazah Sarjana Muda – RM2,000

Untuk SEGi College, harganya pula adalah:

Diploma – RM2,000

Ijazah Sarjana Muda – RM3,000

Ijazah Sarjana – RM3,000

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, pihaknya memandang serius laporan akhbar Kosmo! berhubung penjualan ijazah palsu kerana ia melibatkan kes penipuan orang awam untuk mendapatkan sijil pengajian tinggi di negara ini.

Beliau berkata, KPT akan bekerjasama dengan pihak polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berhubung penganugerahan ijazah oleh pihak yang tidak diiktiraf.

“KPT telah membuat laporan polis dan pada masa yang sama turut mengarahkan UiTM dan SEGi membuat laporan yang sama kerana pemalsuan sijil tersebut membabitkan kedua-dua universiti berkenaan.

“KPT ingin menasihatkan orang awam serta agensi agar menghubungi institusi pengajian tinggi berkenaan bagi mendapatkan pengesahan ketulenan sijil yang telah dikeluarkan kepada mana-mana individu,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Sumber – Kosmo! China Press.

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad