15 Tempat Makan Sedap di Perlis Yang Pelajar UiTM Mesti Tahu!

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Thread asal : @ottel

Bagi adik adik yang baru nak sambung belajar di UiTM Perlis, Unimap dan UUM. Ni list kedai yang sedap di Perlis

– Bang Chick Corner
– Nasi Ayam Madu RPA Arau
– Popia Basah Flyover Arau
– Nasi Kandar Sheikh Caterer
– Nasi Kandar Hameed
– Nasi Kerabu Abang Wan

– Hwa Teik Keong Kopitiam (Pasar Kangar)
– Burger Kalut (Taman Sena)
– Ladang Nipah Kipli
– Pak Awang Capati (Kodiang)

– Warung Pak Su (Tepi padang Asrama Tok Sheikh) (Must try nasi goreng sadin and nasi goreng petai)
– Nasi Kak Wook Awe Tomyam
– Warung Nasi Lemak Kak Zah (Jln Arau – Pauh)
– Nasi Kandar Yasmeen
– Capati Arau

lupa nak letak daging bakar Kuala Perlis. Restoran Nostagia tak silap. Last aku stay Perlis ada satu kedai tepi highway nak ke kuala Perlis baru bukak, kalau dari Arau jumpa kedai tu dulu baru jumpa Restoran Nostagia. Dua dua kedai sedap. Tak perlu cop passport pegi danok dah.

Budak UiTM kalau nak makan murah pergi kedai Depan Masjid Guar Gajah. Jalan Gate A UiTM. Situ Nasi Maha murah dan Maha Banyak tapi rasa dia tak sedap lah. Dari kau makan maggi, baik kau makan nasi dekat situ. RM3 kau boleh tapau separuh makan malam pulak.

Satu lagi kedai yang confirm sedap mestila Hanna Cookies. Tempat dating tu. Western dia memang tiptop. Kek cookies dia sedap. Tapi ramai lah. Last aku stay Perlis, dia dalam proses open tender untuk besarkan kedai dia.

Dekat Taman Sena ada satu kebab yang sedap tapi pak cik tu jarang buka lah. Situ ramai berniaga. Nak cam gerai pak cik tu. Dia berniaga dengan family. Kalau tengok suami isteri anak jual kebab. Ye dah tu kedai dia.

Perlis ni walaupun Mini Gurun Gobi tapi banyak tempat yang menarik dan sedap untuk lepak. Nak makan nasi briani pun ada. Kedai dia area hospital kangar. Harga murah, dan makanan pun sedap. Tak lah sedap ya ampun tapi kedai tu antara the best lah.

Aku perasan ada duk cakap kedai Bang Teh dekat guar gajah tu. Jalan gate A uitm. Aku tak pernah masuk kedai tu sebab masa aku duduk sana kedai tu baru bukak. Aku tengok ramai je budak masuk. Sedap lah tu agaknya.

Kalau nak rasa makanan tradisi Perlis. Kau pernah dengan Nasi Dalca? Aku tanya orang tua, dia cakap nasi ni makanan orang dulu dulu buat pi bendang. Dia nasi goreng lah tapi ada masuk rempah dan ulam. Kedai yg jual ada dekat Pasar Kangar. Kedai tu berhadapan dengan Sheikh Cateres

Satu lagi wajib try Koay Teow Goreng Pak Nan. Kedai dia sebelah Masjid Jejawi. Buka petang sampai malam je rasanya. Aku pernah makan. Dia goreng Koay Teow pakai sabut kelapa. Sedap gak la Koay Teow dia tapi kau kena tunggu lama la sikit.

2 Responses

  1. Assalualaikum
    Terima kasij sudi.senaraikn Northalgia Hooney atau Nostalgia Hani dlm senarai student UITM
    Moga Allah mbalas budi baik admin sekelian.
    2019 masih ada di Perlis lagi x
    Jika ada call.saya
    0184965299 pakcikman
    Ada suprise kat admin

  2. Ada 1 lagi tempat makan nasi campur yg sedap dan murah. Restoran sila easa utara kt cmart arau. Ramai student dok pi.. kami selalu pi…keyteow sup thai dia terbaikkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE