4 Cara Semak Jika Anda Telah Disenaraihitamkan oleh PTPTN

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

4 Cara Semak Jika Anda Telah Disenaraihitamkan oleh PTPTN

Berikut dikongsikan maklumat penting serta panduan Semakan Senarai Hitam Imigresen Dan PTPTN Online. Ambil perhatian jika anda ingin ke luar negara. Sila pastikan yang anda tidak disenarai hitam oleh PTPTN, LHDN, perintah mahkamah dan PDRM mahupun diisytihar sebagai bankrap.

Untuk kemudahan, Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan kemudahan kepada Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status senarai hitam ‘blacklist’ Imigresen secara online atau semakan status kawalan imigresen untuk perjalanan ke luar negara.

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport anda tidak sah sewaktu tiba di lapangan terbang.

Antara punca nama disenarai hitam adalah dari senarai hitam oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti pihak keselamatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Jabatan Pendaftaran, LHDN dan PTPTN.

Punca Individu Disenarai Hitamkan

Berikut adalah diantara punca atau sebab seseorang individu itu disenarai hitam atau dilarang ke luar negara.

  • Gagal membayar cukai pendapatan
  • Kegagalan membayar pinjaman PTPTN
  • Gagal membayar levi pekerja asing
  • Terlibat dalam kes jenayah
  • Bankrap
  • Menetap melebihi had yang dibenarkan di luar negara

1. Applikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online

Untuk membuat semakan Senarai Hitam Imigresen Online, sila klik Applikasi Semakan di bawah ini :

Sila masukkan No Kad Pengenalan dan tekan butang SEMAK

Jika anda tidak dihalang daripada meninggalkan negara ini, status semakan akan terpapar sebagai “Tiada Halangan” ( anda tak disekat )

Satu kaedah alternatif lain untuk memeriksa status imigresen adalah dengan menghubungi Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) di 03-88801000.

2.Semakan Senarai Hitam PTPTN

Kepada peminjam pinjaman PTPTN, semakan Senarai Hitam PTPTN boleh disemak dengan menggunakan pautan dibawah.

Semakan boleh di buat secara online dengan mengisi No Kad Pengenalan, No Telefon dan e-Mail. Untuk makluman, peminjam PTPTN yang mempunyai tunggakan akan disenarai hitamkan secara berperingkat.

3. Hubungi PTPTN Careline

  • PTPTN’s official careline is 03-2193 3000

4. Periksa sendiri di mana-mana kaunter PTPTN / JIM

Sekiranya anda lebih suka berunding secara bersemuka, semak di kaunter PTPTN mungkin menjadi kaedah untuk anda

Peminjam perlu berunding dengan PTPTN paling lama 7 hari sebelum perjalanan ke luar negara untuk mengelakkan sekatan di lapangan terbang atau di pintu sempadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE