Ada yang mendefinisikan PhD sebagai Permanent Head Damage, tetapi saya mendefinasikan sebagai Perjalanan Hidup Dinikmati. Kerajaan Malaysia mensasarkan sebanyak 6000 graduan PhD dilahirkan menjelang 2023. Jom, sama- sama kita realisasikan impian tersebut. Kebanyakkan program PhD adalah berbentuk research atau kajian. Jadi disini anda memerlukan supervisor sebagai penyelia untuk pengajian PhD tersebut. Disini saya sertakan beberapa cara untuk mendapatkan dan menambat hati bakal supervisor
1) Mempunyai proposal sendiri atau tidak
– Bagi yang sudah ada proposal , saya boleh katakan anda berada dikedudukan bersedia. Tetapi jika anda tidak mempunyai proposal jangan risau, anda juga boleh memohon.
2) Findphd
– Findphd merupakan laman sesawang yang boleh digunakan untuk mendapatkan bakal SV terutama pada yang tidak mempunyai proposal. Apa yang menariknya, anda boleh mencari bakal SV bukan sahaja mengikut bidang malahan mengikut negara yang diingini, universiti yang dipilih dan juga peluang biasiswa yang ada. Jadi, rajin – rajin lah mengikuti perkembangan semasa.
3) Berdasarkan pilihan universiti
– Sebagai contoh, anda memilih untuk menyambung pelajaran di University of Melbourne dalam bidang kejuruteraan awam. Kebiasaanya dalam website tersebut ada beberapa cadangan SV yang berpotensi. Anda boleh menghantar email kepada mereka. Ini adalah sesuai jika anda sudah mempunyai proposal dan juga tidak. Ayat pertama yang saya akan gunakan adalah bertanya adakah
SV tersebut memerlukan pelajar Phd atau tidak. Kebiasaannya , SV akan membalas email dan bertanya berkenaan sedikit latar belakang. Adakala, anda dikehendaki untuk berhubung terus dengan ketua program.
4) Berjumpa di Konference
Konference bukan sahaja tempat pembentangan kerja kajian tetapi jika sesi untuk berkenalan dengan rakan- rakan yang baru. Disini anda boleh mencari bakal penyelia PhD anda dengan berkenalan dengan mereka. Kebanyakkan mereka yang menghadiri persidangan tersebut adalah mempunyai bidang kajian yang lebih kurang sama. Salah satu kelebihan ketika di konference adalah ada boleh bersua muka secara terus. Pastikan anda membawa kad bussiness bersama anda.
5) Pensyarah di universiti yang lama
– Ini adalah cara yang paling senang iaitu dengan menghubungi pensyarah yang pernah mengajar satu ketika dahulu. Tambahan pula, mereka sudah tahu gelagat pelajar- pelajar mereka.
Dan 5 cara- cara untuk menambat hati bakal supervisor anda
1) Pastikan anda mengetahui gelaran SV anda samada Dr , Prof Madya atau Profesor. Ada sesetengah orang amat sensitif dengan gelaran.
2) Anda juga dinasihatkan agar untuk mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang dan juga bidang kajian
bakal SV anda. Anda boleh mendapatkan maklumat dari internet, journal, website universiti, buku teks dan lain-lain
3) Pastikan anda menghantar email secara ringkas dan padat. Jika anda menghantar email yang di copy dan paste kepada banyak SV pastikan anda tidak lupa untuk menukar apa yang patut
4) Secara idealnya, pastikan anda mempunyai minat atau kajian yang sama dengan bakal SV. Jadi, sebelum anda menghantar email digalakkan untuk membuat sedikit ulangkaji tentang kajian yang sedang dijalankan oleh bakal SV dan jangan hanya membuta tuli.
5) Anda juga dinasihatkan untuk bersikap jujur dan tidak terlalu berlebihan terutama ketika menulis personal statement dan juga CV.
Diharap tip diatas dapat membantu tuan- tuan dan puan – puan semua.
Selamat maju jaya
Dr Naeim
Budak PhD baru nak UP!!
Be more extravaganza student!!
Sumber oleh : Khairul Naeim
Register at https://t.co/VXeEKdqq2e and enjoy 10% discount coupon! Hit us up at https://t.co/W2FAwFep4V pic.twitter.com/TLFqckYznv
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 8, 2017