Dalam senarai QS University Rankings: Asia 2018, lima universiti penyelidikan negara berjaya meningkatkan kedudukan masing-masing dalam kumpulan 50 universiti terbaik Asia 2018.
Memetik laporan The Star, lima universiti yang tersenarai itu termasuk Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
QS University Ranking ialah agensi berpangkalan di United Kingdom yang membuat penarafan peringkat serantau dan dunia.
Penilaian kali ini membabitkan 425 universiti utama daripada 17 negara Asia yang dibuat berdasarkan 10 indikator.
Antaranya reputasi akademik, majikan, nisbah pelajar kepada fakulti, penerbitan hasil kajian setiap fakulti, sitasi penerbitan, nisbah fakulti antarabangsa, bilangan staf memiliki ijazah doktor falsafah (PhD), nisbah pelajar antarabangsa, pertukaran pelajar masuk dan pertukaran pelajar.
Universiti Malaya (UM) mencatat pencapaian terbaik apabila menduduki tangga ke-24 tahun ini berbanding ke-27 tahun lalu.
Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatat kejayaan membanggakan apabila melonjak 13 tangga daripada kedudukan ke-49 tahun lalu kepada kedudukan ke-36, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meningkat 12 tangga daripada kedudukan ke-55 pada 2017 kepada 43, tahun ini.
Senarai penarafan universiti terbaik Asia itu dikeluarkan pada laman sesawang rasmi www.topuniversities.com, hari ini.
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menunjukkan peningkatan selepas prestasi menurun tahun lalu apabila kembali menduduki senarai 50 terbaik.
Kedudukan itu menyaksikan USM meningkat lima anak tangga daripada kedudukan ke-51 tahun lalu kepada 46 tahun ini, manakala UTM meningkat 14 anak tangga daripada kedudukan ke-63 kepada 49 tahun ini.
Sumber – The Star
Celebrate this convocation with us. 15% off for all items when you enter KONVO87 upon checkout. *Limited time only pic.twitter.com/Na8vN3oXRk
— Made in UiTM (@madeinuitm) October 15, 2017