6 Pengalaman Yang Setiap Pelajar Perlu Rasai Sewaktu di Universiti

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Peralihan dari sekolah tinggi ke kolej boleh menjadi satu pengalaman yang sangat mengujakan. Sebelum ini anda akan dipantau seperti seorang kanak-kanak kecil oleh guru-guru disiplin ketika di sekolah, ketika di universiti pula anda mempunyai kebebasan yang baru ditemui dan anda sepatutnya tahu bagaimana untuk merancang perjalanan hidup anda sepanjang hayat dan bukan menanti sesuatu pekara itu berlaku di dalam hidup anda untuk belajar mengenai kehidupan.

Memasuki alam universiti ini, dunia kelihatan seolah-olah menjadi jauh lebih besar bagi perspektif seorang yang bergelar mahasiswa. Mungkin juga boleh menjadi sedikit menakutkan. Anda mungkin akan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan persekitaran ini secara tiba-tiba. Anda mungkin juga akan mengalami sedikit kejutan budaya, dan terpaksa meninggalkan zon selesa anda, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada prestasi yang baik dalam pelajaran dan mendapat pendidikan tinggi anda mengikut perancangan.

Tetapi Neale Donald Walsh telah meletakkan ia secara terus terang – ‘hidup bermula pada akhir zon selesa anda’. Waktu anda di universiti akan menjadi sia-sia lagi jika anda tidak membenarkan diri anda untuk merasai sepenuhnya pengalaman di sana, walaupun tidak semua pengalaman tersebut baik-baik belaka. Berikut adalah 6 pengalaman yang setiap pelajar perlu rasaisSewaktu di universiti

Berdikari dan menguruskan autonomi peribadi

Melangkah masuk ke alam universiti menandakan satu peristiwa besar telah berlaku di dalam hidup anda. Ini adalah masa di mana kebebasan hidup akan diberikan kepada anda dan tiada lagi insan bergelar ibu akan menegur segala silap dan salah anda. Bagi sesetengah daripada anda,  kolej mungkin bermakna bahawa anda akan tinggal jauh dari rumah untuk kali pertama. Jadi, anda perlulah bersiap sedia untuk mengalas tanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mempelajari perkara-pekara mengenai pengurusan diri. Perkara-pekara yang sebelum ini akan secara ajaibnya tersiap sedia apabila anda tinggal di rumah. Kebersihan dan kesegaran pakaian yang baru lepas dicuci? Anda perlu tahu Kini anda perlu tahu bagaimana untuk memisahkan putih daripada berwarna, sintetik dari kapas.

Lazat makan malam yang dimasak penuh kasih sayang disediakan oleh ibu? Anda akan mendapati kegembiraan yang baru ditemui dalam beras putih biasa yang tidak soggy, kurang masak atau terbakar.

Bukan itu sahaja, anda juga akan menganjurkan jadual anda sendiri, menguruskan keutamaan dan projek dan tugas yang diberikan pensyarah-pensyarah anda, berunding dengan rakan serumah mengenai peraturan di dalam apartmen, belajar untuk berurusan dengan pentadbiran kolej dan akademik, perancangan tentang bagaimana untuk menyimpan / mendapatkan wang, dan keseluruhannya banyak lagi!

Kolej adalah masa di mana anda belajar bagaimana untuk menguruskan kebebasan anda sendiri bukannya tinggal dalam cengkaman selamat ibu bapa atau penjaga anda. Jadi pastikan anda mula berdiri di atas dua kaki anda sendiri!

Membuat seberapa banyak kawan-kawan yang mungkin

Melangkah ke kolej bermakna anda akan meninggalkan segala-segala di kampung anda termasuklah BFFs anda ( “sahabat selamanya”) dari tahun sekolah menengah anda. Mereka tidak akan berada di sana untuk membantu anda disaat anda memerlukan mereka. Tetapi sebelum anda dipengaruhi oleh wajah seterusnya yang bakal anda jumpa ketika di universiti nanti, ingat bahawa kolej akan menjadi rumah kepada sekumpulan watak-watak baru yang menarik dan tak kurang juga yang pelik. Ada di antara mereka yang akan anda suka dan ada juga diantara mereka yang anda tidak akan berkenan. Segelintir daripada mereka mungkin kelihatan menakutkan, tapi di akhir-akhir nanti semuanya akan menjadi mesra dan akrab kerana masing-masing sudah mula berasa dewasa.

Anda tidak lama lagi akan membiasakan diri dengan pensyarah juga, sama seperti bagaimana anda rapat dengan cikgu-cikgu sekolah anda. Ambil setiap peluang yang ada sewaktu di dalam universiti untuk menjalin hubungan baru (bukan hanya jenis romantis!) Dan mempunyai gabungan kepelbagaian rakan-rakan. Mereka akan menjadi tiang sokongan anda untuk perjalanan seakan ‘roller coaster’ ini. Kolej adalah benar-benar salah satu tempat yang paling mudah untuk bertemu orang baru, jadi mengambil kesempatan daripada ini!

Adakah sesuatu yang unik dan tidak dapat dilupakan

Melangkah masuk ke alam universiti juga akan menyebabkan anda terpaksa mendedahkan diri anda dengan pelbagai aktiviti dan pengalaman baru (tiada masalah, selagi ia sah dan selamat!). Sentiasa bertindak melampau dan menjadi #DramaQueen? Menyertai Persatuan Seni Pentas dan mengambil peranan utama. Mahu menarik perhatian pelajar-pelajar lain? Mengambil bahasa asing (Parlez-vous français, mademoiselle), atau mencabar diri anda untuk mencuba sukan hippie yang baru.

Atau bagaimana pula terlibat dalam rasa ingin tahu anda dan menyelinap masuk ke dalam kelas yang tiada di dalam kursus pengajian anda. Dengan pelbagai kelab dan persatuan yang menawarkan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membetuk personaliti diri yang baik, universiti adalah syurga bagi pelajar yang inginkan pengalaman-pengalaman hidup yang baru. Ingat, hidup hanya bermula apabila anda berada di luar zon selesa anda, jadi sekarang adalah masa untuk menceburi bidang yang tidak diketahui!

Gagal, gagal, dan gagal.

Sebagai seorang graduan, melakukan kesilapan, lambat mencapai matlamat dan belajar dari kegagalan anda adalah pengalaman yang penting, dan mungkin akan menjadi salah satu perkara yang paling penting yang anda akan belajar di kolej.

Beberapa kejayaan terbesar berpunca daripada kegagalan – JK Rowling Harry Potter

Jika anda tidak pernah gagal, kami ada membuat satu senarai kegagalan yang mungkin akan dilalui pelajar sewaktu di universiti.

  • Untuk overachievers, gagal untuk mendapatkan semua A buat kali pertama dalam hidup anda. Belajar bahawa itu ketentuan dan dunia belum berakhir.
  • Nak bermain sukan tapi dimalukan oleh pemain yang lebih bagus daripada anda.
  • Menjual produk dan perkhidmatan  dan menjualnya kepada orang yang tidak dikenali untuk tujuan mengutip dana
  • Hati dilukai oleh insan yang bernama kekasih. Belajar untuk move on!

Pada dasarnya, setiap insan pasti akan gagal pada satu ketika di dalam hidup. Melalui lebik banyak kegagalan dan belajar daripada mereka adalah sesuatu yang anda akan perlu belajar dengan kerap.

Travel bersama rakan-rakan dengan baget yang sempit

Waktu di universiti adalah waktu yang terbaik, dan paling teruk, untuk anda travel. Dengan rakan-rakan yang ramai sebab selalunya pelajar kolej ni suka berjalan-jalan, lagi-lagi secara sepontan, tapi selalunya wang akan menjadi kekangan utama.

Yang benar adalah – anda tidak semestinya perlu menjadi kaya untuk melihat dunia! Dengan syarikat penerbangan bajet seperti Air Asia dan Scoot menyebarkan sayap mereka lebih jauh dan jauh ke seluruh pelosok dunia, kos perjalanan kini tidak lagi terlalu tinggi seperti dahulu. Kini terdapat  beratus-ratus cara bagi anda merancang perjalanan pada kadar yang murah.

Tidur satu malam di asrama bajet, tidur di dalam kereta api semalaman atau mencuba Couchsurfing (ia membolehkan anda untuk tinggal secara percuma). Mengeksploitasi diskaun pelajar untuk mendapatkan penjimatan. Membawa bekal makanan anda sendiri (sandwic dan salad) dan berbelanja besar hanya pada malam terakhir perjalanan anda. Meluaskan ufuk anda dan bertemu orang baru dari pelbagai budaya dan latar belakang mampu memberi perspektif yang baru. Sama ada dapat memesan makan malam dalam bahasa asing, mengemudi mez melalui Grand Bazaar di Istanbul atau menakluki puncak Kinabalu, perjalanan akan membantu anda membangunkan kemahiran yang anda tidak pernah tahu wujud dalam diri anda. 

Belajar untuk menjadi matang.

Zaman kolej anda adalah masa yang tepat untuk anda untuk mencari tiga tunggak yang paling penting dalam hidup anda – semangat, nilai-nilai dan tujuan.

Meluaskan pengalaman anda dengan menjadi sukarelawan menjalankan tanggungjawab sosial. Mengabil berat mengenai masalah-masalah sosial yang melanda masyarakat serta perkembangan ekonomi untuk memahami apa yang berlaku dalam negara dan di seluruh dunia, sama ada kemiskinan, pemanasan global atau isu-isu hak asasi manusia.

Memulakan perbualan dengan opinion leaders untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu isu daripada membuat andian kosong dan tidak bermakna. Mengambil peluang untuk memulakan sesuatu yang akan memberi sumbangan kepada kesejahteraan masyarakat dan bangsa. Menubuhkan kelab atau pertubuhan menyokong perjuangan anda (jika ianya tidak melanggar undang-undang universiti dan perlembagaan negara).

Menjadi sukarelawan atau menjadi anggota sambilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau perusahaan sosial. Satu hari, anda akan mahu untuk melihat kembali dan berbangga dengan apa yang telah anda lakukan di kolej, bukan menyesali apa yang kamu telah tidak dilakukan dalam kolej.

Akhir kata, kunci utama untuk seseorang pelajar itu merasai pengalaman penuh di universiti adalah tidak kekal lengai di kolej. Jangan hanya menumpukan semata-mata kepada akademik; bermula kolej adalah serupa dengan menulis pada buku kosong. Pastikan anda membuat cerita yang menarik daripada tahun kolej anda. Mendapatkan lebih banyak pendedahan dan belajar di luar bilik darjah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE