Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

6 Tips Bagaimana Pelajar Cemerlang Melakukan ‘Study Group’

Image via mediapermata.com.bn

Study group adalah salah satu medium yang terbaik untuk mempermudahkan proses pembelajaran. Justeru itu, perkongsian pada hari ini lebih tertumpu pada tips yang digunakan oleh pelajar cemerlang semasa melakukan study group.

Ini adalah hasil dari maklumat yang kami kumpul mengenai cara belajar beberapa pelajar cemerlang. Dan harapan kami supaya tips ini digunapakai oleh semua pelajar di luar sana. Jom baca !

1. STUDY GROUP DI WAKTU PETANG

Kebanyakkan pelajar cemerlang belajar berkumpulan di waktu petang. Kenapa ya? Waktu pagi tak boleh ke?

Petang adalah waktu santai dan sosial. Biasanya minda kita sudah penat pada waktu petang. Sebab itu pelajar digalakkan belajar dalam kumpulan pada waktu petang. Ia akan menjadi medan berkongsi semula, belajar dari kawan yang lebih pandai, dan merehatkan minda.

Bilakah pelajar cemerlang belajar secara sendirian?

Biasanya mereka akan belajar sendiri pada waktu awal pagi sebelum subuh dan malam selepas isyak. Waktu ini sunyi dan segar. Baik untuk memproses maklumat yang banyak.

2. MAKSIMUM AHLI KUMPULAN ADALAH TUJUH ORANG

Berapakah bilangan ahli kumpulan yang ideal? Anda dicadangkan untuk mengehadkan ahli kumpulan kepada 7 orang sahaja. Jika kurang lebih bagus. Namun jika ramai boleh menggangu tumpuan kumpulan.

Bukan apa…dibimbangi kumpulan bertukar daripada belajar kepada berborak dan seterusnya bermain.

3. LANTIK SEORANG KETUA YANG TEGAS

Kejayaan sebuah kumpulan ditentukan oleh kewibawaan ketuanya. Ketua kumpulan mestilah tegas. Boleh menegur mereka yang bermain, lambat atau tidak berfungsi.

Seorang ketua juga mestilah bijak dalam membahagikan tugas supaya semua orang mendapat manfaat yang sepatutnya di dalam kumpulan.

4. AHLI YANG BERBEZA KEPANDAIAN

Ahli yang berbeza kepandaian akan memudahkan kita faham banyak subjek. Boleh ditentukan Isnin hari Matematik, Selasa hari Sejarah, Rabu hari Sains dan seterusnya.

Setiap ahli dalam kumpulan akan membantu ahli yang lain berdasarkan kelebihan masing-masing.

Namun jika ahli kumpulan tangkap muat, tiada beza kepandaian itu yang membuatkan banyak study group tidak berhasil.

5. KETUA MESTI MEMBAHAGIKAN TUGAS DAN MAMPU MENGAWAL KEADAAN.

Ketua memainkan peranan yang penting pada study group yang dijalankan. Ini bersesuaian dengan apa yang Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam menyarankan sekiranya ada dua orang bermusafir, pastikan salah seorang daripadanya menjadi ketua.

Begitulah pentingnya peranan ketua dalam sesuatu perkara. Terutamanya dalam mengawal perbincangan supaya study group yang dibuat berkualiti dan bermanfaat.

6. MAKSIMUM STUDY GROUP ADALAH 2 JAM SAHAJA

Pelajar cemerlang belajar minimum 4 jam satu hari. Jika mereka belajar 4 jam, boleh dikatakan 2 jam belajar sendiri dan 2 jam lagi digunakan untuk belajar dalam kumpulan.

Kenapa perlu 2 jam sahaja? Sebab berdasarkan kajian, manusia boleh mencerap maklumat dengan baik pada 15 minit pertama sahaja. Selepas itu sudah mula datang bosan, mengantuk dan sebagainya. Untuk mengelakkan bosan perlu dijalankan aktiviti dan bertukar-tukar maklumat.

Jika study group dijalankan 2 jam, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan 8 fasa pembelajar. Contohnya :

  • 15 minit pertama : Perbentangan
  • 15 minit kedua : Soal jawab
  • 15 minit ketiga : Sambungan perbentangan
  • 15 minit keempat : Jawab soalan pembentang
  • 15 minit kelima : Semak jawapan
  • 15 minit keenam : Pembetulan
  • 15 minit ketujuh : Buat peta minda
  • 15 minit kelapan : Buat kesimpulan

Tips yang perlu digunakan untuk melancar serta memaksimumkan proses pembelajaran dalam masa yang singkat.
Moga perkongsian ini membantu anda lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sumber – Tapowa

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad