6,000 kekosongan: Pengambilan Politeknik masih dibuka

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

6,000 kekosongan: Pengambilan Politeknik masih dibuka

6,000 kekosongan: Pengambilan Politeknik masih dibukaKUALA LUMPUR – Politeknik Malaysia masih membuka pengambilan pelajar untuk kemasukan Disember ini  secara jumpa terus sehingga 15 Dis ini bagi memenuhi 6,000 kekosongan yang masih belum diisi.

Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar (BAP) Jabatan Pendidikan Politeknik, Aziz Zuddin Othman berkata sehingga kini 10,000 pelajar telah ditawarkan  melanjutkan pengajian  melalui permohonan secara dalam talian  yang telah dibuka pada Ogos lepas.

“Untuk pengambilan Disember ini kita menawarkan 16,000 tempat kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat diploma. Setakat ini hanya 10,000 pelajar sahaja  yang telah menerima tawaran daripada permohonan secara dalam talian (online).

“Kerana itu kita membuka kepada pelajar yang  tidak sempat memohon secara online datang ke mana-mana politeknik berhampiran,” katanya.

Katanya mereka hanya perlu membawa salinan sijil dan dokumen  pengenalan diri serta ibu bapa dan sekiranya  mereka layak  mengikut  kekosongan bidang yang dipohon ,  boleh terus mendaftar bagi memulakan pengajian.

Pendaftaran bagi kemasukan Disember akan bermula  19 Nov dan berakhir 15 Dis.

Abdul Aziz berkata beliau tidak menolak kemungkinan kekurangan pelajar yang memohon pada sesi pengambilan Disember disebabkan  ramai yang telah melanjutkan pengajian sama ada  di institusi pengajian tinggi awam dan swasta lain.

Bagi yang berminat untuk memohon sila klik sini

“Daripada tinjauan rambang kita, ramai juga lepasan SPM pada tahun lepas yang tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana ingin bekerja. Kita turut  meminta kerjasama pelajar yang belajar bersama kita untuk menguar-uarkan kepada rakan-rakan mereka yang belum melanjutkan pengajian untuk  datang dan membuat permohonan secara terus,” katanya.

Beliau berkata bidang kejuruteraan antara yang paling banyak kekosongan pada pengambilan  sesi Disember ini berbanding bidang-bidang lain.

Kebanyakan  yang memohon  tidak melepasi syarat utama iaitu 3 kepujian dalam subjek  Matematik, Sains atau  teknologi serta mana-mana subjek lain.

“Sekiranya pelajar tersebut tidak mempunyai kepujian dalam Matematik tetapi sangat meminati bidang kejuruteraan, kita akan hantar mereka mengikuti pradiploma selama satu tahun di beberapa buah politeknik  terpilih untuk  mendalami subjek Matematik dan Sains sebelum boleh melanjutkan ke peringkat diploma,” katanya.

Katanya bidang logistik, perdagangan,  pelancongan dan hospitaliti antara yang paling banyak dipohon  setiap tahun dan sesi pengambilan ke Politeknik adalah pada Jun dan Disember. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE