Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

7 Skil Yang Wajib Dipelajari Secara Percuma Semasa Di Universiti Untuk Menjamin Peluang Perkerjaan

Universiti atau kolej adalah masa yang sesuai untuk anda belajar dan meneroka kemahiran baru. Tidak kira apa yang anda sedang belajar, anda memerlukan skil-skil ini bagi memastikan peluang kerja yang lebih cerah selepas anda tamat pengajian. Percayalah bahawa kemahiran-kemahiran ini adalah perkara yang sangat dititik beratkan oleh setiap majikan dan apa yang menarik ialah anda boleh mempelajarinya secara percuma sewaktu menuntut di universiti atau kolej.

Jika anda hendak mendaftar di universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT), anda perlu mempelajari lebih banyak kemahiran yang bukan sebahagian daripada bidang pengajian yang anda pelajari. Terdapat pelbagai kemahiran yang bagus di luar sana tetapi sudah pasti anda tidak mampu mempelajari kesemuanya. Jika anda sudah berada di kolej, tidak terlambat untuk mempelajari kemahiran baru dan memberi impak yang baik terhadap peluang kerjaya anda selepas tamat pengajian.

Berikut adalah senarai kemahiran yang akan membuat resume anda kelihatan hebat dan menarik dimata majikan:

1. Pelajari cara menggunakan Photoshop; dan jangan hanya mempelajari asas-asasnya sahaja

Photoshop

Photoshop adalah alat yang tersangat hebat dan hari ini – tanpa mengira peranan anda – anda perlu menggunakannya kerana anda perlu mengedit imej dan membetulkannya supaya sesuai dengan templat atau format tertentu. Mereka yang tidak tahu akan penggunaan Photoshop akan mendapati bahawa ianya amat mengganggu produktiviti kerja harian kerana seperti Microsoft Word ataupun Excel, khidmat Photoshop digunakan hampir setiap hari dalam dunia perkerjaan hari ini.

Selain daripada itu, jika anda benar-benar bagus dalam penggunaan Photoshop, anda mungkin boleh menjana pendapatan kerana apabila ramai tidak tahu menggunakan alat ini, mereka akan mencari individu-individu yang tahu menggunakannya. Jadi, bak kata Joker dalam filem Batman: The Dark Knight – “If you good at something, never do it for free”.

Bonus: Anda mungkin ingin mempelajari Adobe Illustrator, InDesign, dan penyuntingan dokumen dengan Adobe Acrobat. Jangan hanya mempelajari asas-asas alat-alat ini sahaja. Belajar sehingga anda menjadi handal. YouTube mempunyai perpustakaan besar tutorial video untuk mengajar anda kemahiran photoshop dan pelbagai kemahiran lain secara percuma. Jika anda suka, anda boleh membayar sejumlah kecil wang untuk mendapatkan kursus yang lebih berkualiti daripada laman web seperti Udemy dan lain-lain. Tapi admin hanya belajar di Universiti of Youtube, Kokdiang, dan ianya sudah memadai.

2. Microsoft Excel

Sekiranya anda belajar di dalam bidang perniagaan, kewangan, perakaunan atau hanya kursus lain, anda perlu mengendalikan Microsoft Excel dan penyelesaian spreadsheet. Juga, jangan berpegang kepada asas-asas. Ketahui cara membuat Macros dan belajar tentang kemahiran Excel VBA.

Percayalah, kebanyakan graduan-graduan yang kami soal mengenai apakah skil-skil yang akan mereka pelajari sewaktu di universiti/kolej jika diberi peluang sekali lagi – mereka menjawab Mircosoft Excel. Tambah mereka lagi, Mircosoft Excel merupakan alat dokumentasi yang kedua terpenting selepas Microsoft Word dan adalah menjadi satu kelebihan yang sangat bagus jika graduan mempunyai kemahiran menggunakan alat ini

Mircrosoft Excel memerlukan semangat dan minat belajar yang tinggi kerana alat ini agak komplek dan unik untuk dipelajari dalam masa yang singkat. Tetapi anda jangan risau, Universiti of Youtube ada menyediakan tutorial video mengenai cara-cara menggunakan Mircrosoft Excel. Seperti biasa, jangan belajar sekadar asas-asasnya sahaja, belajar sampai PRO!

 

https://www.youtube.com/watch?v=8L1OVkw2ZQ8

3. Kemahiran Berutur dan Menulis Dalam Bahasa Lain

Kami yakin anda pasti sudah mendengar atau melihat tips ini. Di Malaysia, anda perlu mengetahui asas-asas: Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Tetapi, majikan sentiasa mencari seseorang yang bercakap bahasa ketiga atau bahkan keempat, terutamanya jika anda mempelajari pemasaran, perniagaan, hubungan antarabangsa dan kursus lain.

Pembelajaran Bahasa Cina, Tamil, Arab, Jepun, Rusia, Jerman, Perancis dan / atau mana-mana bahasa lain boleh membuka pintu yang lebih besar, sehingga peluang yang lebih besar.

Anda akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan di kolej. Lihat mata pelajaran pilihan anda dan perhatikan semasa orientasi anda. Jika anda sudah menjadi pelajar kolej, campurkan dengan pelajar di kampus anda dan pelajari satu atau dua perkara mengenai bahasa yang berbeza di sana.

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Mandarin mempunyai kelebihan yang sangat hebat dalam perolehan kerja selepas tamat belajar. Dan trend ini akan berterusan kerana faktor geografi dan hubungan dua hala antara Malaysia dan negara ekonomi kedua terbesar dunia, China yang sangat akrab. Ming bai ma?

4. Mobile and Web Development

Adakah anda tahu bagaimana untuk membina laman web yang mudah? Nah, jika tidak, inilah permulaan yang baik: Belajar HTML, CSS, JavaScript, PhP, MySQL, dan bahasa pengaturcaraan lain. Berapa banyak masa yang dibelanjakan untuk telefon anda?

Perlu diingat, ini adalah era mudah alih dimana pelbagai jenis servis boleh dilakukan dihujung jari seperti khidmat dobi, membeli barangan dapur, pembayaran pelbagai bil dan cukai, mahupun khidmat akikah dan korban, jadi mengutamakanlah pembelajaran pembangunan web untuk peranti mudah alih.

Pelbagai perkhidmatan servis atau produk pada hari ini memerlukan khidmat ini kerana mereka tahu akan kepentingan memiliki laman web dan sistem mudah alih bagi meningkat produktiviti perniagaan mereka.

Anda tidak perlu menjadi pelajar IT untuk mengetahui semua perkara ini. Sekiranya anda sedang belajar atau baru nak masuk belajar, kemahiran ini sangat berharga. Anda juga boleh memulakan perniagaan kecil anda sendiri dengan kemampuan sedemikian. Mula belajar dengan YouTube, w3schools.com dan Khan Academy.

5. Terokai Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) seperti WordPress

Jika anda ingin membangunkan website anda sendiri, anda memerlukan sistem pengurusan kandungan seperti WordPress. Banyak laman web berjalan di WordPress kerana ia mesra pengguna dan sangat mudah untuk dipelajari.

Sekarang, jika anda ingin belajar cara menggunakannya, anda boleh mendaftar secara percuma dan memulakan blog anda sendiri. Anda boleh meneroka blog, menulis kandungan dan juga belajar tentang cara membuat wang daripada blog anda sendiri melalui pengiklanan.

6. Social Media Management

Percayalah, menguruskan media sosial tidak semudah yang disangka kerana ianya memerlukan skils dan personaliti yang unik untuk menjadi hebat. Jangan risau kerana skil dan personaliti ini boleh dipupuk dari semasa ke semasa.

Terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari seperti cara menguruskan page, bagaimana untuk mencapai jumlah pengunjung atau bacaan yang lebih besar, cara menyambungkan halaman anda ke laman web atau blog anda, cara meningkatkan trafik, dan belajar tentang meningkatkan kandungan media sosial. Terdapat juga strategi dan kaedah operasi yang akan menjadikan perkara lebih berkesan.

Ini adalah bidang yang serius dan permintaannya semakin meningkat tinggi dikalangan majikan di Malaysia. Ini akan menjadi tugas yang sangat masa depan yang memghubungkan entiti perniagaan atau organisasi dengan orang ramai di media sosial. Purata gaji untuk pengurus media sosial ialah RM3,750.

7. Search Engine Optimisation (SEO)

Seperti pengurusan media sosial, Search Engine Optimisation (SEO) merupakan skil yang sangat penting dalam dunia digital dan pengurusan maklumat yang semakin mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia.

SEO adalah lapisan gula pada kek. Jika anda tahu bagaimana untuk membina laman web, cara membuat blog, dan cara menggunakan media sosial dengan betul, anda mesti belajar SEO dan bagaimana ia berfungsi dan bagaimana anda boleh mendapatkan nilai terbaik dalam mengekploitasi platform digital hari ini.

Kemahiran ini membolehkan kandungan web anda muncul di halaman pertama apabila anda mencari sesuatu di Google. Ini adalah alat yang sangat penting dalam industri media digital.

Jadi inilah 7 skil yang bakal mendapatkan anda kerja yang anda minati. Namun skil-skil ini tidaklah mudah untuk anda pelajari kerana ianya memerlukan ketekunan dan semangat untuk belajar. Tetapi dengan adanya Universitas of Youtubas dan juga khidmat internet percuma diperpustakaan serta jika anda single,  sudah pasti anda tidak akan menghadapi masalah mempelajari kemahiran-kemahiran ini

Peruntuk 1 jam sehari atau, paling malas pun, 3 jam seminggu sepanjang pengajian anda di universiti, kami pasti anda akan dapat menguasai skil-skil ini. Jadi jangan lupakan kongsikan artikel ini kepada kenalan-kenalan yang memerlukan. Hehe!

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad