Bantuan Kewangan Asasi Universiti Awam 2017

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

TENTANG BIASISWA

Program bantuan kewangan untuk program bertaraf asasi diwujudkan di Kementerian Pendidikan Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pendidikan Malaysia setelah Kementerian Pendidikan Tinggi diwujudkan (dahulunya juga dikenali sebagai Kementerian Pengajian Tinggi). Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.

Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40 yang mengikuti program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000 sahaja. Pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya adalah layak memohon.

TARIKH TUTUP

Nov 30, 2017

KRITERIA

Melanjutkan pengajian di asasi awam univeristi berikut sahaja :

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

 

  • Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin.
  • Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diberikan sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM10,000
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

CARA MEMOHON

Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada Kementerian Pendidikan Tinggi setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman sesawang KPT setelah senarai lengkap pelajar asasi diterima daripada Universiti Awam.

Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  • Surat tawaran
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi)
  • Borang penyata kewangan penjamin
  • Panduan mengisi borang perjanjian
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
  • Pemohonan perlu dihantar melalui UA masing-masing.

HUBUNGI

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit SLAB/SLAI

Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi,

Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,

Presint 5 62200 PUTRAJAYA

Talian Hotline : 03 – 8888 1616

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE