Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam 2017 dibuka 3 April ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam, atau lebih dikenali sebagai JPA, telah mengumumkan beberapa biasiswa yang sangat berprestij dan  kompetitif kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM 2016 pada 16 Mac 2017 yang lalu.

Program Penajaan 9A+ (P9A+) tahun 2017 merupakan penajaan automatik kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) tahun 2016 yang mendapat keputusan A+ dalam semua matapelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima sembilan (9)mata pelajaran diambil untuk melanjutkan pelajaran ke universiti-universitidi dalam negara. Calon-calon akan ditawarkan penajaan secara PinjamanBoleh Ubah (PBU) untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaansehingga ke Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang.

Tarikh Permohonan Dibuka

  • 03 April 2017

Tarikh Permohonan Ditutup

  • 22 Mei 2017

SYARAT PENAJAAN

3.1 Syarat Umum

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undangJPA;
  • Calon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama; dan
  • Calon-calon bagi bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  • hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya.

3.2 Syarat Khusus

  • Menduduki peperiksaan SPM tahun 2016 kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta dan calon-calon persendirian;
  • Mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam SPM 2016 dengan minima sembilan mata pelajaran; dan
  • Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatanperjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam PerkhidmatanAwam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yangditerima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitanKerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yangditerima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swastadalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Untuk maklumat lanjut, sila klik

Register.
Enjoy 10% Discount.


Deprecated: Elementor\Scheme_Typography is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Typography instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Deprecated: Elementor\Scheme_Color is deprecated since version 2.8.0! Use Elementor\Core\Schemes\Color instead. in /home/picksumc/madeinuitm.com/wp-includes/functions.php on line 5401

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad