“Dato saya sah & status Doktor sudah masuk IC” – BOY IMAN

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

"Dato saya sah & status Doktor sudah masuk IC" - BOY IMAN

Semua mengetahui bahawa pelakon Boy Iman atau nama penuhnya Norul Iman Abd Rahman telah mendapat gelaran ‘Dato’ dan juga ‘Doktor’.

Ada dikalangan mereka mendakwa Boy Iman membeli gelaran ‘Dato’ daripada kerabat Naning. Bukan itu sahaja, status ‘Doktor’ turut dipertikaikan.

Akui Boy Iman, adakala tindakannya itu tidak disukai orang.

“Sebenarnya saya pun seorang manusia biasa saja. Kadang tanpa saya sendiri sedar benda yang saya lalukan rupanya salah, perkara itu orang tidak suka. Tapi saya tak boleh nak puaskan semua hati orang.

“Kadang-kadang banyak juga kontroversi yang berlaku pada diri saya. Antaranya gelaran Dato saya ambil dari Naning dan pernah juga dikaitkan dengan kakak kepada Emma Maembong, Effa.

“Ketika itu pula saya ada masalah rumah tangga,” ujarnya ketika ditemui media pada majlis pelancaran DBI Homes Hari Bertemu Pelanggan di Hampshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Ditanya adakah status yang diberikan sebagai seorang ‘Dato’ dan juga ‘Doktor’ sah atau tidak ini jawapan Boy Iman.

“Dato saya sah dan saya dapat dari Pahang. Manakala status Doktor saya pula sudah dimasukkan ke dalam kad pengenalan saya.

“Kad pengenalan berstatus Doktor ini pun dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bukan suka-suka boleh letak macam itu,” tegasnya.

Selepas kontroversi itu senyap, timbul pula kontroversi dikatakan Boy Iman membeli gelaran Dato. Satu demi satu kontroversi yang melanda atas diri pelakon itu, terbaru pula status Doktor.

Namun mengikut Peraturan Pendaftaran Nama oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), meletakkan status Dr. di dalam kad pengenalan ada dilarang sama sekali.

https://www.facebook.com/notes/adha-zain/peraturan-pendaftaran-nama-oleh-jabatan-pendaftaran-negara-jpn/250563454985159/

Untuk menjawab pertikaian orang ramai mengenai status Doktor seseorang individu yang mengaku dirinya telah menamatkan PhD, adalah lebih baik jika tajuk kajian/thesis PhD tersebut dikongsi dan selidik kesahihan oleh pihak-pihak yang berwajib bagi menjawab pertikaian yang dilemparkan.

Atau daftarkan PhD anda di Kementerian Pengajian Tinggi secara online

Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber – media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE