Kebanyakkan pelajar lepasan spm, akan merasa keliru dalam membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran sama ada ke arah diploma atau matrikulasi. Namun, ternyata kedua-duanya pilihan ini akan mengubah laluan hidup anda buat selama-lamanya.
Sebagai seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi,anda perlu bijak mengenal pasti kelebihan dan juga risiko di sebalik dua jurusan ini sama ada diploma ataupun matrikulasi.
Bagi memudahkan anda dalam membuat penilaian, telah saya kongsikan di sini kelebihan dan risiko sekiranya anda memilih diploma ataupun matrikulasi.
DIPLOMA
Kemasukan ke diploma bergantungvkepada kursus yang anda ambil. Ini kerana, setiap kursus mengambil masa yang berbeza. Ada sesetengah kursus yang hanya memakan masa selama dua tahun setengah dan ada juga kursus yang memakan masa selama tiga tahun.
Walaupun ia memakan masa yang agak lama, namun setelah pelajar bergraduasi selepas tempoh tersebut, peluang pekerjaan telah menanti. Dan pastinya, setiap kursus mempunyai kehendak pasaran yang tersendiri. Anda tidak perlu bimbang sama sekali memikirkan berkenaan pasaran pekerja.
Sekiranya pointer anda jatuh ataupun kurang memuaskan, amda masih berpeluang untuk memperbaiki pointer anda tersebut pada semester seterusnya.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Risiko yang bakal anda hadapi dalam diploma adalah :
- Lepasan diploma yang mencatatkan jumlah peningkatan di Malaysia sekaligus mewujudkan persaingan yang agak hebat.
perlu memperoleh pointer 3.0 kea tas bagi melayakkan diri menyambung pengajian di peringkat ijazah. - Perlu membayar Pinjaman PTPTN selepas 6 bulan tamat belajar.
- Sekiranya memperoleh pointer 2.0 ke bawah pada semester tersebut, pinjaman PTPTN anda akan digantung selama tempoh satu semester.
- Setelah anda meneliti kelebihan dan juga risiko pada diploma, lihat pula kepada kelebihan dan risiko matrikulasi.
MATRIKULASI
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.
Kelebihan :
- Memperoleh elaun daripada kerajaan
- Dapat membiasakan diri dalam susana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerpaan soft skill
Risiko :
- Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
wajib mengambis MUET - Persaingan daripada pelajar asasi dan tingkatan enam
- Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam membuat kepurusan untuk meneruskan pengajian ke arah diploma ataupun matrikulasi. Semoga semuanya terus berjaya walau di mana pemilihan yang telah anda buat.
Pilihan Anda
Kedua-dua program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.
Memandangkan program matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar matrikulasi setahun.
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.
All the best!!