Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Disney, ‘The Whiteman’s Burden’ Dan Bangsa Yang Kalah – Ahmad Farami

Nota Editor: Nukilan ini dipetik daripada Tuan Ahmad Farami yang mengaitkan puisi ‘The Whiteman’s Burden’ dengan The Walk Disney Company, atau Disney yang dahulu sinonim nilai-nilai traditional yang sesuai menjadi tontonan kanak-kanak, kini telah berubah menjadi agen perubahan yang mempromosi dan menghalalkan nilai-nilai dan agenda LGBT yang dianggap ramai sebagai langkah yang progresif.

Baru-baru ini, tindakan Kerajaan Malaysia memohon supaya adegan homoseksual dalam filem ‘Beauty and The Beast’ ditapis mendapat kritikan hebat dikalangan netizen Malaysia. Ramai yang menyifatkan tindakan ini sebagai tidak terbuka (open mind) dan progresif kerana keseluruhan moral cerita ini bukanlah mengisahkan homoseksualiti semata-mata. Walaubagaimana pun, dalam satu temu ramah dengan Majalah Attitutde, pengarah filem tersebut, Bill Condon, menyifat ‘Beauty and The Beast’ sebagai ‘treasure trove of gay secrets‘ dan detik bersejarah buat golongan homoseksualiti kerana buat kali pertama adegan homoseksual ditayangan umum secara ekslusif diseluruh dunia.

DISNEY, ‘THE WHITEMAN’S BURDEN’ DAN BANGSA YG KALAH

Disney dianggap benteng terakhir konservatisme, ‘the last bastion of innocence’ untuk genre kanak-kanak. Tapi kini Disney antara media terkehadapan dalam representasi LGBT. Selain Beauty and the Beast, Disney Channel tampilkan watak LGBT dengan elemen yang lebih eksplisit. Adegan pasangan gay dan lesbian bercium cetus kontroversi di AS baru-baru ini.

Majalah Attitude melihat peranan Disney ini sebagai usaha menyedarkan komuniti dunia, supaya menerima LGBT, sesuai dengan peradaban moden. Ini mengingatkan saya puisi Rudyard Kipling, “The Whiteman’s Burden”.

Dalam konteks kajian imperialisme budaya, ‘The Whiteman’s Burden’ menerangkan “beban” dipikul negara Barat untuk sebarkan idea, pengetahuan dan peradaban ke seluruh dunia. Sebarang budaya yang bertentangan dengan Eropah dan Amerika dianggap primitif, rendah, atau tidak relevan.

Maka, masyarakat berbudaya primitif ini perlu belajar daripada Eropah dan Amerika. Beban pemeradaban ini dibanggakan, dianggap satu tanggungjawab oleh dunia Barat. “La Mission Civilisatrice” (civilising mission), dalam bahasa Perancis.

Mitos superioriti Whiteman ini punca ‘inferiority complex’ masyarakat negara membangun, serta stereotaip Whiteman sebagai hero, progresif, moralis, malah sebagai penyelamat. Apa-apa dari Barat diangkat sebagai nilai universal.

Maka tidak hairanlah, ada yang berhujah, perlu “open minded” atau “bila lah Malaysia nak maju” apabila “gay moments” Beauty and the Beast dibantah. Ini antara sikap “defeatist” (bangsa yang kalah) bila Barat dijadikan model, dogma dan inspirasi dalam hal budaya, falsafah, amalan dan peradaban.

 

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad