Suatu fakta yang diketahui umum adalah nisbah mahasiswa dan mahasiswi di IPT secara purata berada pada kadar 35:65. Nisbah itu yang bermula pada 1990-an masih kekal sehingga kini. Apakah yang akan terjadi jika lelaki yang diharapkan menjadi pemimpin keluarga tercicir dalam bidang pelajaran atau bahasa mudah lebih ‘bodoh’ berbanding golongan yang akan dipimpin mereka.
BUKU ditulis oleh seorang pensyarah sebuah kolej tempatan ini sesuai dibaca oleh semua pihak yang terlibat secara langsung dalam mendidik golongan remaja dan belia supaya menjadi insan berguna pada masa depan.
Sesungguhnya golongan itu yang berusia antara 15 hingga 40 tahun adalah aset emas negara. Merekalah harapan kita sebagai pembentuk masa depan Malaysia yang gemilang dan terbilang.
Harapan tinggi diletakkan pada golongan itu kerana mereka mempunyai kekuatan dari segi fizikal, mental, idealisme, keinginan untuk mencapai sesuatu, aktif, dinamik dan sentiasa mahukan perubahan.
Bagaimanapun, harapan tinggi yang diletakkan pada golongan itu menghadapi pelbagai cabaran termasuk wujudnya ungkapan ‘muda hanya sekali’.
Ungkapan itu menyebabkan ada remaja dan belia yang sanggup melakukan aktiviti tidak berfaedah termasuk melanggar hukum agama. Mereka beranggapan masa muda adalah waktu untuk bergembira dan melakukan segala-galanya. Apabila umur memasuki 40-an, barulah mereka akan berfikir tentang akhirat, duduk di masjid dan beramal.
Itu pun bagi individu yang mempunyai kesedaran, kalau tidak mereka akan terus hanyut dengan gaya hidup orang muda walaupun sudah lanjut usia.
Satu isu menarik yang disentuh penulis adalah mengenai pandangan sesetengah pihak yang merasakan Malaysia tidak mempunyai masa depan cerah dengan alasan lebih ramai pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi (IPT) berbanding lelaki.
Suatu fakta yang diketahui umum adalah nisbah mahasiswa dan mahasiswi di IPT secara purata berada pada kadar 35:65. Nisbah itu yang bermula pada 1990-an masih kekal sehingga kini.
Apakah yang akan terjadi jika lelaki yang diharapkan menjadi pemimpin keluarga tercicir dalam bidang pelajaran atau bahasa mudah lebih ‘bodoh’ berbanding golongan yang akan dipimpin mereka.
https://www.facebook.com/madeinuitm/posts/2100790510156761
Terdapat pelbagai kesan negatif daripada fenomena itu termasuk setiap keluarga akan bergantung kepada pendapatan si isteri kerana berjawatan besar berbanding si suami yang berkelulusan dan bergaji rendah.
Natijahnya, si isteri akan mengambil peranan suami sebagai ketua keluarga yang memberi nafkah kepada seluruh isi rumah. Malah, tumpuan lebih si isteri kepada kerjaya masing-masing akan menyebabkan fokus mereka kepada keluarga dan untuk mendidik anak-anak semakin berkurangan.
Kesan lain adalah jumlah wanita yang kahwin lewat semakin meningkat dengan anggaran sebanyak 30 peratus perempuan berusia antara 25 hingga 29 masih lagi bujang. Antara alasan yang diberikan adalah kedudukan kewangan lelaki yang tidak stabil.
Perkara itu tidak selaras dengan hakikat bahawa jumlah penduduk lelaki lebih ramai berbanding wanita di Malaysia. Menurut bancian penduduk pada 2010, 51.5 peratus adalah lelaki berbanding 48.5 peratus wanita.
Penduduk lelaki dijangka berterusan mendahului penduduk wanita sehingga 2040 walaupun berlaku sedikit penurunan kepada 50.8 peratus.
Menurut penulis, semua pihak tidak sepatutnya menyerah kalah terlalu awal dengan menyatakan Malaysia tiada masa depan sedangkan mereka boleh memainkan peranan bagi mengatasi masalah itu.
Jelas beliau, antara punca kaum lelaki tercicir dalam pelajaran adalah kerana sistem pendidikan yang memerlukan penumpuan, pembacaan dan menghafal fakta yang lebih sesuai bagi kaum wanita. Kaum lelaki pula, jelas beliau, lebih mudah belajar melalui aktiviti bermain.
Dalam erti kata lain, tegas penulis, lelaki bukanlah tidak hebat, tetapi dilemahkan oleh sistem pendidikan yang lebih memihak kepada perempuan selain sesi pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai dengan fitrah lelaki.
Tambah beliau, penawaran banyak kursus aliran sastera dan sains sosial seperti sejarah, bahasa dan ekonomi di IPT hanya menepati fitrah kaum wanita dan bukannya lelaki.
Kemasukan lebih ramai pelajar lelaki hanya akan berlaku jika lebih banyak bidang sains tulen dan teknikal ditawarkan pihak IPT kerana subjek yang diajar lebih sesuai dengan kecenderungan mereka.
Jika Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) didominasi oleh golongan perempuan, begitulah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang mesra lelaki kerana jurusan yang ditawarkan menepati selera dan minat pelajar jantina itu.
“Menaik taraf politeknik dan institut latihan vokasional sebagai IPT dapat mengurangkan fenomena pelajar lelaki tercicir pada peringkat pendidikan tinggi,” jelas penulis.
Sumber –Nizam Yatim




