Seramai 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima bonus seperti diumumkan pada Bajet 2018 pada Isnin.
Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitternya sebentar tadi.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia membabitkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara.
“InsyaAllah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari. Moga ia dapat dimanfaatkan,” katanya.
Najib mengumumkan berita gembira itu pada Bajet 2018, bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, 27 Oktober lalu.
The One You've Been Waiting For : UiTM Long Sleeved Basic Tee Hoodie Series
For purchase visit : https://t.co/U7eS7fU4tu pic.twitter.com/D8cgnjQNoJ— Made in UiTM (@madeinuitm) December 9, 2017
Sementara itu, pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.
Sumber: MStar Online

