Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Dua Banduan Penjara Dianugerahkan “Master’s Degree”

Siapa sangka seorang banduan yang sedang menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan kerana kesalahan membunuh pada 2001, berjaya merangkul segulung ijazah sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan

Banduan yang berusia 30 tahun itu dengan seorang lagi banduan dari Penjara Kajang menerima Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama pada majlis Konvokesyen Open University Malaysia (OUM) kali ke-20 yang berlangsung di Dewan Canselor Universiti Malaya. Majlis konvenkesyen mereka turut diiringi oleh pegawai dari penjara dan Kementerian Dalam Negeri.

Menjadi banduan atas kesalahan membunuh bukan sesuatu yang mudah, sedangkan yang bukan banduan pun malas belajar tambahan pula mereka yang berada di dalam penjara. Namun peristiwa hitam itu, tidak merencatkan langsung niat mereka untuk sambung belajar sehingga memperolehi Ijazah Sarjana dan berharap akan diberi lagi peluang untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Pengarah Penjara Kajang, Datuk Narander Singh berkata Jabatan Penjara akan terus memberikan sokongan dan bantuan yang diperlukan oleh banduan terbabit untuk meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya. Malah jadual aktiviti banduan juga akan dikaji semula mengikut keperluan dan kesesuaian. Pihak penjara berharap dengan sokongan pendidikan yang diberikan dalam kalangan banduan, dapat meminimumkan risiko untuk banduan itu terjebak melakukan jenayah dan kembali semula ke penjara

“Kalau mereka terus diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam penjara, kita percaya (risiko dapat dikurangkan) dan Penjara Kajang telah membuktikan memang tipis kebarangkalian mereka untuk masuk balik ke penjara selepas keluar,” kata Narander.

Sementara itu menurut Naib Presiden Akademik OUM, Profesor Dr Sha’ari Abd Hamid kos pengajian buat graduan terbabit bagi mengikuti pengajian di peringkat falsafah pula akan ditanggung oleh pihak universiti.

Kisah kejayaan banduan sarjana pernah disiarkan Astro AWANI menerusi Laporan Khas “Sarjana Dari Penjara” yang mengisahkan bagaimana banduan itu yang pernah terlibat dalam kes pembunuhan dan buta huruf tetap nekad untuk meneruskan pelajaran dari dalam penjara sehingga ke peringkat ijazah sarjana (masters) sekalipun sedang menjalani hukuman.

Jadi kepada masyarakat yang memandang serong kepada banduan penjara, jangan disebabkan oleh kata-kata hinaan anda itu, mereka kembali melakukan jenayah. Ya, memang ada banduan yang sukar untuk dipulihkan tetapi tidak semua mereka begitu. Ada kisah silam mereka yang kita tidak tahu. Beri peluang untuk mereka berubah mana tahu esok atau lusa perkara yang sama berlaku dalam keluarga kita. Menjadi masyarakat prihatin bukan bermakna kita sibuk mengambil tahu hal orang tetapi bagaimana kita membantu untuk memulihkan mereka dan kembali semula ke dalam masyakarat. Itu lebih baik.

Sumber : Astro Awani

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Ada Apa Dengan MDS?

HAPPY NEW YEAR PROMOTION!Get RM 10 Off For Your UiTM SweaterEnter Coupon Code : HNY19 Hurry! Limited For 30 pcs OnlyVisit https://t.co/HqVMTHITBq to find out

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad