UiTM masih kekal dasar hanya untuk Bumiputera

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

UiTM

Sumber : Bernama

SHAH ALAM – Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said menegaskan bahawa universiti itu masih kekal dengan dasar asalnya iaitu hanya menerima kemasukan penuntut Bumiputera.

Beliau berkata, dasar itu masih relevan berikutan keperluan kaum Bumiputera khususnya dari kawasan pedalaman yang miskin masih ramai lagi.

“Kita lihat UiTM telah beri impak yang besar kepada penyatuan bangsa Malaysia, kita menyumbang kepada equity for unity. Maknanya equity itu penting untuk penyatuan bangsa Malaysia dan UiTM masih lagi relevan untuk menyumbang ke arah itu, jadi buat masa ini belum masanya untuk kita ubah dasar itu,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara UiTM dengan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi di UiTM Puncak Alam di sini hari ini.

Hassan diminta mengulas kenyataan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub pada Rabu, bahawa kemasukan ke UiTM boleh dibuka kepada bukan Bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah bagi menjamin keseimbangan persaingan antara pelbagai kaum di negara ini.

Ditanya sama ada cadangan itu bertujuan untuk meningkatkan ranking UiTM, Hassan berkata, ranking universiti itu cuma untuk peringkat antarabangsa.

“Di Malaysia ini tiada kena mengena dengan ranking, skor ranking ialah bila kita dapat (bilangan kemasukan) pelajar antarabangsa yang tinggi… tetapi dalam bentuk bangsa lain di negara ini, mereka boleh bersama dengan kita dalam bentuk mobiliti.

“Jadi tidak semestinya mereka (kaum lain) berdaftar dengan UiTM sepenuh masa tetapi mereka boleh mendaftar untuk bersama kita untuk satu, dua semester dan ini ada konsep integrasi di situ.

“Kita nak juga pelajar-pelajar UiTM pergi ke kolej dan universiti swasta bersama mereka dalam satu, dua semester untuk sama-sama memahami, inilah konsep integrasi. Jadi dengan proses mobiliti ini tidaklah sampai kita terpaksa mengubah dasar,” katanya. – Bernama

One Response

  1. Sememangnya UITM wujud utk membantu bumiputera. Tapi alangkah sedihnya setelah anak dihantar belajar anak terpaksa menghadapi tekanan perasaan akibat tidak tahan dengan sesetengah pensyarah yang hendakkan performance yang begitu perfect mengikut kaca mata mereka. Anak terpaksa menerima rawatan doktor kerana tidak tahan dgn kritikan dan ada masanya diperli melampau oleh pensyarah. Bila difikirkan memang itu tekanan masa belajar. Ada pelajar yg boleh terima tekanan tetapi ada juga yang tidak mampu kalau dikritik keterlaluan.
    Moga Uitm wujud utk membantu anak bangsa tetapi bukan menjadi tempat anak menuntut ilmu dlm keadaan yang begitu stress hingga perlu berjumpa doktor di hospital untuk meredakan tekanan emosi.

    Tak sanggup rasanya melihat anak yg begitu bersemangat menimba ilmu rebah akibat tekanan perasaan. Mungkin pensyarah boleh membantu anak2 melayu ini supaya dapat seimbang dalam hidup dgn bersikap lebih friendly dgn anak2 yang semakin meningkat dewasa.

    Maaf kerana rasa tertekan meihat keadaan ini dan amat mengharapkan anak dapat menimba ilmu dgn sempurna dengan bantuan pihak pensyarah dan pentadbir di Uitm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Meredah Onak Duri Demi PhD
Hussain M. A.

Meredah Onak Duri Demi PhD

BIASANYA kita akan berasa kagum melihat sijil-sijil pencapaian akademik seseorang terutamanya mereka yang berjaya hingga ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD). Namun tidak semudah melihat

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE