Kajian Penyelidik UiTM Mendapati Ultrasound Menyebabkan Kerapuhan Tulang Bayi Arnab.

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

kajian penyelidik uitm

Dalam suatu kajian makmal,sepasukan penyelidik UiTM telah mengkaji 22 arnab mengandung, yang akan melahirkan 142 bayi arnab mendapati, arnab yang didedah kepada gelombang ultrasound semasa di peringkat perkembangan janin mempunyai tulang peha yang lebih lemah.

4 ibu arnab tidak menerima sebarang ultrasounds, manakala ibu arnab yang lain didedahkan kepada ultrasound untuk 30 minit, 60 minit atau 90 minit sekali semasa tempoh hamil.

Setiap ibu arnab hanya menerima sekali ultrasound, dengan selang masa yang bezanya selama 3 trimester.

Melalui eksperimen ini didapati, bayi arnab yang terdedah dengan ultrasound semasa dalam kandungan mempunyai tulang yang amat lemah berbanding bayi arnab yang tidak terdedah.

Tulang menyerap lebih banyak tenaga daripada tisu-tisu lain, oleh kerana itu gelombang ultrasound boleh meninggalkan kesan negatif terhadap tulang.

BACA : REKAAN SENIBINA PELAJAR UITM KALAHKAN 59 PENYERTAAN LAIN SELURUH DUNIA.

Pada trimester pertama kehamilan, tulang belum lagi mengeras,bermakna ia mampu untuk menahan haba ultrasound. Tetapi pada trimester kedua dan ketiga, tulang lebih tebal, oleh sebab itu ia lebih memudharatkan dan mendatangkan impak negatif yang lebih besar. Tubuh bayi arnab tidak mampu untuk membaiki kerosakan dan tulang mereka menjadi lebih poros dan mempunyai ketumpatan tulang yang rendah

Para penyelidik menjelaskan bahawa ramai diantara pengamal perubatan mencadangkan pengunaan ultrasound atas alasan untuk mengaut untung, manakala ibu mengandung pula gemar dan seronok apabila dapat melihat gambar bayinya semasa didalam perut.

Walaubagaimanapun, disebabkan tulang arnab dan tulang manusia adalah sama dari segi komposisi, kajian seperti ini dan beberapa kajian lain mencadangkan agar
menghadkan penggunaan ultrasound hanya kepada kes-kes kandungan yang berisiko tinggi dan kes-kes tertentu sahaja.

Namun tiada kajian yang membuktikan bahawa gelombang ultrasound benar-benar memberikan kesan terhadap bayi manusia. Masih terlalu awal untuk mengatakan gelombang ultrasound adalah tidak bagus buat ibu yang mengandung, lebih banyak kajian menyeluruh dan mendalam harus dilakukan bagi membuktikan hal ini benar-benar berlaku

Sumber : ACN News Wire

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE