Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

10 Jenis Penipuan Yang Pelajar Universiti Beritahu Ibubapa Mereka

Gambar sekadar hiasan

Tidak kira betapa anda menafikannya, anda mungkin pernah berbohong kepada ibu bapa anda sepanjang kehidupan anda sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini… lebih-lebih lagi di kolej atau universiti supaya anda mempunyai “ruang peribadi” atau untuk mengelakkan diri daripada di ‘micromanaged’.

Jadi, jika anda seorang pelajar kolej, inilah beberapa penipuan yang mungkin kedengaran sangat biasa pada anda.

1. “Ya, saya pergi ke semua kuliah saya.”

Jika kehadiran anda tidak menjejaskan gred anda, tidak ada insentif untuk menghadiri kelas (lebih-lebih lagi jika ia membosankan dan awal pagi). Secara teknikal, kuliah jam 9 pagi tidak wujud dalam radar pelajar. Hanya 10 pagi dan kemudian sahaja.

Tips: Ponteng kelas kerana anda tidak tidur semalam untuk menghadapi midterm? Terdapat banyak kesan jika anda berbuat demikian, seperti gagal mengingat apa yang telah anda pelajari. Adalah lebih baik jika anda belajar sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa dan kerap mengulang kaji.

2. “Tak adalah, saya tak ada masa nak dating-dating  ni. Saya single!”

Ah ya, ayat “Saya single”.

Kita semua pernah sebut ayat ini. Tiada sesiapa yang mahu duduk dan menerangkan kepada ibu bapa mereka bahawa mereka sedang bercinta, atau tidak mempunyai apa-apa label atau “complicated“. Oleh itu, anda menggunakan istilah sejagat yang merangkumi semua status yang berbeza yang ada: single, atau ungkapan yang sama, “kami hanya kawan!”

Patutkah anda bercinta di kolej atau universiti? Walaupun best untuk mempunyai teman sewaktu di kolej, mungkin ada kelemahannya juga, seperti memutuskan apa yang akan berlaku pada hubungan pasca kelulusan anda. Pastikan anda berfikir sedalam-dalam akan perkara ini sebelum melompat ke dalam hubungan percintaan!

3. “Ya mak, saya makan buah-buahan dan sayur-sayuran.”

 

Ingat piramid makanan yang kita pelajari di Darjah 3? Ya, anda mungkin hanya ingat dua bahagian atas piramid tersebut: makanan ringan.

Bukannya anda tidak menyedari betapa pentingnya makanan sihat, tetapi di bawah kekangan harga dan kelaparan tengah malam yang sering melakukan serangan guerilla ketika anda bekerja lewat malam, sukar untuk mengatakan tidak kepada sepinggan Maggi goreng dengan telur mata setelah bekerja menahan lapar untuk mengulang kaji dan menyiapkan tugasan.

4. “Ya! Jap lagi saya tidur, janji!”

Tak kira sebanyak mana pun anda suka tidur anda, anda tetap akan tidur lambat kerana asyik dengan web dan menemui saluran YouTube yang hebat apabila sudah tiba masanya untuk tidur.

Atau, anda mungkin bersalah kerana menonton rancangan realiti TV seperti Running Man atau Breaking Bad (wajib tonton). Selalunya, “Satu lagi episod!” dan “ok! last! last!” Dan sebelum anda tahu, hanya beberapa jam lagi hingga kelas pagi anda.

Tip: Adakah anda tahu bahawa tidur sangat berkaitan dengan prestasi dan gred kolej anda?

5. ” Ya! Saya akan pulang ke rumah pada jam 10 malam!”

Adalah normal bagi ibu bapa kita untuk bimbang tentang kesejahteraan kita, itulah sebabnya mereka mengenakan curfews untuk memastikan bahawa kita dapat selamat dan selamat di rumah. Walau bagaimanapun, jam malam boleh mengurangkan masa keseronokan anda dengan rakan-rakan anda. Jadi, maka bermulalah drama bersiri 15 minit.

” 15 minit je lagi!, kitorang otw” kata anda, walaupun anda telah order satu lagi teh ais, roti telur dan berada jauh dari rumah anda. Perkara seterusnya yang anda tahu, tengah malam dan 48 misscall daripada ibu bapa. Uh oh.

6. “Ya! Orang dah breakfast dah tadi!”

Pembohongan ini adalah untuk semua pelajar yang tinggal jauh dari rumah.

Ibu bapa anda mungkin akan menelefon secara mingguan (atau harian) untuk memeriksa bagaimana keadaaan anda dan sama ada anda telah mengambil sarapan kerana “ia adalah hidangan paling penting setiap hari”.

Walau bagaimanapun, masa yang terpaksa diluangkan untuk menyiapkan sarapan bermakna memotong masa tidur berharga anda. Sebaliknya, anda menghirup beberapa sips air kopi yang sedang panas mengelegak  sebelum bergerak kelas! Kadang-kadang beli sarapan semasa otw ke kelas.

7. “Result belum keluar lagi!”

Menangguhkan kebenaran tidak sama dengan berbohong, bukan? Hehe, kami pasti ramai diantara pelajar yang selalu menggunakan trick ini.

Walaupun di akhir waktu, anda terpaksa berdepan dengan ibu bapa anda mengenai keputusan peperiksaan semester, anda masih berharap bahawa mereka akan melupakan hal ini dan mungkin memberi tumpuan kepada adik anda atau perkara-perkara lain.

8.”Jangan risau, orang berjimat cermat kat sana!”.

Kadang-kadang, elaun bulanan mungkin tidak mencukupi … bila melihat semula perbelanjaan anda dan menyedari di mana anda mungkin tidak perlu membelanjakan wang anda (shopping, tengok movie, melepak kafe hipstiak).

Anda mungkin terpaksa ‘menghiburkan’ ibu bapa bahawa anda membelanjakan wang poket yang diberi dengan bijak. Walaupun pada hakikatnya, anda mungkin telah pokai dan hidup dengan mi segera sehingga hujung bulan.

9. “Exam tadi susah! – semua orang cakap susah!”

Kita semua terpaksa mencari jalan keluar dari situasi yang sukar, seperti mendapat gred buruk dalam peperiksaan.

Jadi, anda menjustifikasi tindakan anda dengan komen seperti, “Semua orang juga struggle jawab paper, susah gila!” Dan berkongsi kisah kawan-kawan anda yang meninggalkan bahagian kosong atau gagal ujian, dengan harapan ia akan menjadikan C anda kelihatan lebih baik berbanding mereka.

10. “Bateri telefon mati, so tak dapat balas whatsapp!”

Kini, anda pasti sudah boleh mengagak jangka hayat bateri telefon anda dan melabur sedikit duit untuk power bank (atau meminjam rakan) untuk mengelakkan telefon anda daripada kehabisan bateri.

Walaupun ianya agak tidak menyenangkan pelajar untuk mendapatkan teks dari ibu bapa yang mengingatkan anda tentang perintah berkurung anda, atau bertanyakan di mana anda sedang berada. Kadangkala, “telefon mati” adalah pilihan yang lebih mudah untuk memanjangkan masa bersuka ria anda dengan rakan-rakan.

Jadi, adakah anda rasa bersalah kerana menggunakan salah satu daripada alasan-alasan ini? Kami mengaku, kadang-kadang lebih mudah untuk berbohong kepada ibu bapa kita tentang perkara-perkara tertentu daripada mengatakan kebenaran.

Tetapi patut diingati mengapa mereka berleter atau bertanya kepada anda banyak soalan mengenai life anda di kolej atau universitas – kerana mereka peduli!

Kita semua patut tahu bahawa di bawah kawalan ketat ibu bapa yang bimbang akan kesihatan dan keselamatan kita ( kita harus menganggap diri kita diberkati kerana ada orang yang masih ambil peduli pasal diri kita dan bukannya merungut)

 Jadi, daripada mengelakkan soalan-soalan mereka, mungkin sudah tiba masanya untuk mengamalkan kejujuran dan mula memandang serius akan nasihat-nasihat mereka tentang makan yang sihat sebagai permulaan? 

Lagipun, mereka sudah hidup lebih lama atas muka bumi ini dan tahu akan selok-beloknya, jadi kita sebagai anak-anak yang baru hidup setahun janggung janganlah sesekali memandang rendah nasihat orang tua-tua. cewah!

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Tips Menulis Tesis

HAPPY NEW YEAR PROMOTION!Get RM 10 Off For Your UiTM SweaterEnter Coupon Code : HNY19 Hurry! Limited For 30 pcs OnlyVisit https://t.co/HqVMTHITBq to find out

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad