Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Gagal Saman Universiti, 5 Penuntut Kena Tindakan Tatatertib,

GAMBAR fail, Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong (kiri), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (tiga dari kanan) dan Aktivis, Anis Syafiqah Md Yusof (dua dari kanan) sebelum memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkenaan perhimpunan haram “Tangkap MO1” pada 1 September tahun lalu. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Lima penuntut gagal dalam tuntutan saman dikemukakan mereka terhadap pihak universiti selepas dikenakan tindakan tatatertib kerana menyertai perhimpunan haram tahun lalu.

Hakim S. Nantha Balan menolak saman difailkan empat penuntut Universiti Malaya (UM) dan seorang penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertindak selaku plaintif, selepas mendapati ia tidak mempunyai sebarang merit.

Plaintif adalah empat penuntut UM, Anis Syafiqah Md Yusof, 24; Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, 23; Muhammad Luqman Hakim Mohd Fazli, 22; Suhail Wan Azahar, 22 dan seorang penuntut UKM, Asheeq Ali Sethi Alivi, 22.

Nantha Balan dalam penghakimannya berkata, beliau tidak dapat melihat bagaimana boleh dikatakan Seksyen 15(3)(b) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Akta 1971) (AUKU) serta Kaedah 3 dan 13 Kaedah-Kaedah UM dan UKM (Tatatertib pelajar) bercanggah Perkara 10(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.

Nanta Balan berkata, tafsiran universiti bahawa perlakuan penuntut menganjur dan menyertai perhimpunan tanpa kebenaran pemilik serta premis, memasuki secara salah harta dimiliki orang lain dan disoal siasat atau ditahan polis kerana melakukan perkara bertentangan dengan peranan seorang pelajar sebagai mencemarkan nama baik universiti, tidak menjadikan prosiding tatatertib sebagai bertentangan Perlembagaan.

“Apa yang utama, persoalan di sini ialah sama ada penuntut universiti awam tertakluk untuk mematuhi AUKU dan peraturan universiti. Saya tidak ragu lagi bahawa mereka tertakluk kepada akta dan peraturan itu.

“Ketika menjadi penuntut, mereka bersetuju mematuhi peraturan. Di sini, mereka menegaskan tidak melakukan sebarang tindakan melanggar undang-undang. Oleh itu, mereka perlu membela diri dengan sewajarnya ketika prosiding tatatertib,” katanya.

Mahkamah bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.

Semua plaintif diberi surat tunjuk sebab dan perlu menjelaskan mengapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh 14 hari selepas menyertai perhimpunan haram pada 1 Ogos 2016.

Anis Syafiqah, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fakluti Bahasa dan Linguistik; Mohamad Luqman Nul Haqim ; Muhammad Luqman Hakim dan Suhail masing-masing penuntut ijazah sarjana muda Akademi Pengajian Islam menjawab surat tunjuk sebab pada 24 Oktober 2016 sebelum dituduh mengikut Peraturan 3 dan 13 Kaedah-Kaedah UM serta UKM.

Mereka hadir di hadapan panel tatatertib pada 30 November 2016 dan didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UM 9 Disember lalu.

Keempat-empat mereka didenda RM400, manakala Asheeq didenda RM200 selain digantung satu semester.

 

Sumber : Berita Harian

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad