Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Graduan UiTM teruja dipilih arah filem Karya 12

Bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Mohd Hadli Hairudin, 24, teruja terpilih sebagai seorang daripada pengarah filem Karya 12 terbitan Astro.

Penerbitan filem Karya 12, menampilkan enam penuntut universiti bersama enam pengarah filem terkenal tanah air sebagai mentor untuk menerbit dan mengarah produksi berkenaan.

Enam pengarah terbabit ialah Mamat Khalid, Tunku Mona, Rashid Sibir, Feroz Kadir, Raizasyam Rashid dan Nik Amir yang semuanya berpengalaman dan memenangi pelbagai anugerah.

Mohd Hadli yang juga graduan Fakulti Filem Teater dan Animasi UiTM, berkata beliau bertuah kerana filem ‘Lari Hantu Lari’ dipilih Astro dan mendapat bimbingan Mamat yang juga idolanya.

Beliau berkata, bukan semua berpeluang untuk menerbitkan filem di bawah bimbingan pengarah terkenal, malah semua perbelanjaan ditanggung.

“Ini peluang untuk saya mempraktikkan segala ilmu secara teori dan praktikal sewaktu belajar di universiti. Ia tidak semudah yang disangka kerana memerlukan semangat dan kekuatan mental serta fizikal untuk menerbitkan filem.

“Peluang yang diberi kepada penuntut universiti seperti ini memang dihargai dan mampu melahirkan lebih ramai pengarah baharu untuk mewarnai industri filem tanah air,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sempena Tayangan Wayang Pacak filem Semerah Merah yang bakal ditayangkan Astro pada September ini.

Sumber – Berita Harian

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad