Ijazah lain, Sarjana Lain, Kerja Lain

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Ijazah lain, Sarjana Lain, Kerja Lain

Sebab itu lah orang kata lulusan kos di universiti tidak menjamin untuk anda mendapatkan kerja yang sama dan tepat dengan apa yang dipelajari. Rezeki masing-masing berbeza dan tidak perlulah gusar mencari juga kerja yang kena dengan kos di uni. Kalau kerja yang anda minati berbeza dengan apa yang dipelajari, maka teruskan.

Seorang blogger ini Aida Sue berkongsi kisah selok-belok bagaimana beliau mencari kerja dengan kelayakan yang langsung tidak kena. Ijazah dalam bidang lain, Sarjana dalam bidang lain juga dan akhirnya bidang kerja yang diminati pun berbeza! Yang penting di sini ialah keyakinan diri.

“Saya seorang graduan bachelor kejuruteraan Mekanikal di sebuah Universiti di Jepun, tetapi saya minat kerja Marketing”

Aida Sue merupakan seorang graduan Degree Kejuruteraan Mekanikal di sebuah Universiti di Jepun. Beliau pernah menajdi seorang jurutera di kilang selama 3 tahun 1/2 tapi minatnya bukan di situ. Minat untuk menulis dan bercakap, dan kerja yang sesuai adalah bidang Marketing.

Beliau bermula dari bawah dengan belajar bidang marketing offline dan online, menjadi penulis, jurugambar, wartawan tak bertauliah, kejar cerita baru, dan pendek kata berani mencuba melakukan kesemua benda baru. Biarpun gaji biasa-biasa sahaja, tetapi amat meminati kerja tersebut.

” Selepas bekerja 2 tahun 1/2, sambung MBA di UK pula”

Sempat juga lah kekal untuk menjadi penulis di syarikat tersebut selama 2 tahun 1/2 sebelum membuat keputusan utuk sambung belajar. Aida ambil keputusan untuk sambung belajar dalam bidang yang lain juga, iaitu MBA (Mastere of Business Administration) di University of Aberdeen. Walaupun banyak suara-suara nyaring yang memperlekeh kerana hanya belajar MBA sahaja di UK, tetapi tetap terus bersemangat untuk menamatkan Master. Di sini perkongsian tips-tips temuduga kerja dalam menjawab soalan-soalan cliche.

Tips temuduga kerja: Ijazah lain, Sarjana lain dan kerja pun lain
1. Kena sentiasa bersedia dengan soalan cliche
“Dahulu awak ambil Degree lain, kenapa ambil kursus sarjana lain dan kenapa tiba-tiba lompat bidang dan kerja?” 99% penemuduga yang dia hadiri memang ini lah soalan pertama yang akan keluar dari mulut mereka. Korang kena sediakan jawapan yang boleh menyakinkan penemuduga. Sebabnya mereka takut kalau ambil korang, lambat-laun nanti minat korang sudah berubah dan korang akan berubah bidang kerja pula.

2. Cuba jual pengalaman kerja selain dari pekerjaan tetap
Sewaktu penemudga bertanya soalan mengenai diri, cuba korang jual pengalaman kerja selain dari pekerjaan tetap. Macam contoh, jika korang giat dalam bidang kebajikan, sukarelawan, mengembara, cuba kaitkan kemahiran yang ada dengan pengalaman-pengalaman ini. Selepas tu, kaitkan juga dengan kerja yang dimohon tu. Banyak company bukannya hanya mencari mereka yang bijak, tetapi berkemahiran dan mempunyai minat yang mendalam.

3. Boleh menceritakan skop pekerjaan yang terdahulu secara terperinci
Part ni jangan sesekali nak menipu. Resume korang tu biar jujur 100% jangan nak twist ayat sebab nak bagi nampak gempak. Kenapa ianya salah, sebab nanti korang sendiri yang tergeliat lidah nak menjawab dan kalau korang menipu memang susah la nak menggoreng.

4. Apa yang anda tahu mengenai kerja yang dipohon
Sebab itu lah pentingnya korang buat research dan homework. Jangan membuta-tuli je pergi temuduga kerja dengan 0% pengetahuan pasal kerja serta syarikat tersebut. Cara selamat, selidik dahulu siap-siap.

5. Berapa gaji yang anda mohon
Ini soalan tricky, terlampau tricky. Katakan korang lulusan sarjana dan memohon kerja yang jauh dari bidang belajar. Berapa gaji yang korang mahu minta? Berdasarkan kelulusan atau pengalaman kerja? Jangan letak melampau tinggi yang tidak masuk akal. Korang kena selidik dahulu nilai diri korang dalam market baru lah boleh beri angka kepada penemuduga.

Info Pelajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE