Kedai Integriti: kedai tanpa penjaga pertama dilancar di UiTM

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Kedai Integriti: kedai tanpa penjaga pertama dilancar di UiTM

Ambil dan bayar sendiri.

ARAU – Begitu konsep yang diketengahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika melancarkan Kedai Integriti atau kedai sebaneka tanpa penjaga di kampusnya di sini.

Penolong Naib Canselor (Strategi) UiTM, Prof. Datuk Dr. Mustaffa Mohamed Zain berkata, keunikan kedai serbaneka itu ialah tiada penjaga, pengawal, alat perakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan beroperasi 24 jam sehari.

“Pembeli hanya perlu memasukkan wang belian barangan di dalam tabung yang disediakan.

Menerusi pendekatan itu, secara tidak langsung, budaya amanah dan integriti dapat dipupuk di peringkat kampus khususnya dalam kalangan golongan mahasiswa.

Konsep kedai yang bakal beroperasi di Anjung Siswa itu dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Cawangan Perlis.

“Pelbagai produk yang ditawarkan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran seperti cili api, limau kasturi, limau purut serta telur masin,” katanya dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Perlis 2017 di Dewan Seri Semarak, UiTM Perlis di sini hari ini.

Berkenan hadir sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Penolong Naib Canselor (Strategi) UiTM, Prof. Datuk Dr. Mustaffa Mohamed Zain dan Rektor UiTM Cawangan Perlis, Zailuddin Ariffin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE