Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Kenapa Manusia Ingin Bergelar “Doktor”? Apa Istimewanya Pada Orang Kita?

Tahun lepas, negara kita telah digemparkan dengan berita yang kononnya seorang pakar motivasi yang kini cukup popular dengan Seminar Marketing Power yang disertai dengan ribuan orang tu rupa-rupanya adalah palsu

Penipuan PhD ini memberi impak kepada integriti dunia pendidikan tinggi negara yang selama ini berusaha keras untuk membangunkan dan mengembalikan reputasi yang utuh.

Mustahil PhD yang berteraskan penyelidikan dan kerja kursus boleh dicapai dalam 24 jam walau sehebat mana sekalipun seseorang pelajar kerana secara profesionalnya pengajian PhD memerlukan sekurang-kurangnya 24 bulan untuk tamat dengan jaya hasil usaha yang konsisten dan komitmen tinggi.

JANGAN SUKA DIGELAR DR

1. Saya terpanggil untuk memberi pandangan saya mengenai ‘Doktor’ palsu ini. Saya pernah menulis tentang ini dalam pos yang lalu. Anggaplah ini sebagai ulangkaji.

2. Pengajian PhD memerlukan disiplin ilmu yang ketat dan tinggi. Tidak ramai yang melaluinya berjaya selesai dengan jaya.

3. Di Jabatan saya ada yang tamat pengajian setelah 10 tahun melaluinya. Malah, ada yang tak habis dan diam begitu sahaja.

4. Mengapa orang ingin bergelar ‘Doktor’ ini?

Kajian menunjukkan bahawa manusia yang paling dipercayai adalah golongan Doktor ini. Anehnya, golongan Doktor yang dirujuk bukan Doktor Falsafah tetapi Doktor Perubatan.

Masyarakat kita pula pukul rata, janji ada gelaran Doktor semua boleh jadi menantu punya.

5. Satu ‘keistimewaan’ orang kita bila tamat PhD, berebut meminta orang menggelar mereka sebagai Doktor. Jika pelajar tersalah sebut guna nama tanpa Doktor di pangkal nama, mereka memang tidak suka.

6. Di Malaysia, budaya ini luar biasa. Di negara barat, yang digelar Doktor hanya yang boleh menyuntik dan membedah orang sahaja. Doktor Falsafah hanya letak di hujung nama PhD, bukannya di awal namanya Doktor.

7. Maka ramai saudagar yang ingin kaya ini berebut membeli gelaran ini agar mereka dipercayai dan dihormati oleh masyarakat kita. Ini tidak jujur namanya.

8. Jika ada yang kata sumbangan mereka ini besar dan telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya, marilah kita kembali kepada hukum alam, agama tidak menghalalkan penipuan untuk apa tujuan baik sekali pun.

9. Ia bukan soal dengki, ia soal integriti. Saya kagum dengan Universiti Malaya yang pantas mengeluarkan kenyataan akhbar. Sebab itu UM kekal antara 100 universiti terbaik di dunia.

10. Rendahkan hati kita, hidup ini bukan untuk bergelar atau menjadi popular. Ilmu yang kita ada untuk kita kongsikan bersama, bukan minta bayaran yang tidak masuk akal.

11. Janganlah kita pula meraikan pendedahan ini dengan bersorak gembira dan mengeluarkan kata-kata yang tidak manis bahasanya. Tulisan saya sekadar mahu mengingatkan bahawa gelaran palsu itu tidak beretika.

Mohon maaflah secara terbuka akan menjadikan kita lebih mulia. Selagi kita berdiam diri, orang akan terus berkata-kata. Lelaki kacak tak perlukan gelaran hebat. Hidup ini bukan untuk digelar.

Ingatlah petua ‘4P’ ini yang boleh dijadikan panduan sehingga mendapat PhD yang berkualiti dan berintegriti iaitu:

* Perancangan yang konsisten terhadap pembelajaran dan pengajian PhD secara jelas dan ikhlas akan membantu usaha kejayaan.

* Penyeliaan dijalankan dengan berkesan bersama penyelia secara profesional bagi rujukan, panduan dan perbincangan bagi kajian yang dijalankan.

* Penyelidikan yang dijalankan menepati tahap penyelidikan PhD dan relevan serta signifikan dengan kehendak serta keperluan negara mahupun dunia.

* Penulisan pelajar yang perlu yakin diri, tekun dan rajin mencari sumber-sumber rujukan, pembacaan mendalam bagi membantu penulisan mantap serta kukuh bagi menyiapkan tesis hingga berjaya.

Walau apa pun alasan untuk penipuan PhD ini, janganlah kita turut serta kerana ijazah dan kelayakan akademik ini melibatkan maruah serta rasa hormat terhadap diri sendiri.

Pemilikan ijazah asli juga akan memberi implikasi terhadap keyakinan diri, inspirasi dan motivasi diri serta integriti dan reputasi dalam membina kerjaya di masa hadapan.

Janganlah dirosakkan harga diri dengan isu akademik palsu yang menimbulkan implikasi yang sensasi dan kontroversi terhadap reputasi diri.

Sumber –  Azizul Azli Ahmad 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad