Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik yang Menjadi Idaman Ramai Graduan

Kerjaya ini sungguh menjadi satu kerjaya idaman kebanyakan graduan universiti. Tak kiralah anda jurusan apa pun, bahkan ada juga graduan-graduan dari jurusan Kejuruteraan dan Sains memilih untuk bertugas sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Ada juga diantara pemohon yang sudah mempunyai kerja dan gaji stabil tetapi masih memilih untuk pegawai PTD. Hairan juga kan, tapi itulah penangan jawatan ini. ramai juga yang gagal dan sudah berkali-kali mencuba tetapi masih tidak berganjak dan tetap terus mencuba?.

PTD - 1
PTD – 1

Sebenarnya, apakah kelebihan yang diperolehi oleh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ini? Kenapa kerjaya ini menjadi buruan sehingga lebih daripada 70,000 orang calon memohon jawatan ini setiap tahun?

Secara umumnya, bidang tugas seorang pegawai PTD ini berkait rapat dengan proses perancangan, penggubalan dan pengurusan dasar-dasar negara. Peranan seorang PTD sangat penting kerana merekalah yang terlibat dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam meliputi segala aspek sama ada aspek sumber manusia, pengurusan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran negara, merancang pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial serta segala macam lagi.

Menariknya, PTD ini juga terlibat dengan tugas-tugas yang lebih mencabar meliputi hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan dan pertahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. Dengan peranan yang penting itu, mereka turut berpeluang untuk berkidmat sebagai pegawai-pegawai di kedutaan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di luar negara. Hebat bukan!

Maka, tidak hairanlah jika mereka ini mendapat keistimewaan dan dipandang tinggi di mata masyarakat. Hendak tahu apa keistimewaa seorang PTD? Berikut kami kongsikan kepada anda kelebihan seorang pegawai kerajaan terutama yang menjawat jawatan PTD.

Kelebihan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

  • Elaun perumahan
  • Elaun Sara Hidup (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat dengan cepat
  • Peluang melanjutkan pelajaran secara percuma
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
  • Tidak akan diberhentikan kerja sewenang-wenangnya
  • Kemudahan perubatan secara percuma untuk keluarga dan ibu bapa

Itu antara sebahagian kelebihan dan keistimewaan jika anda bekerja dalam sektor awam.  Tidak hairanlah juga, mengapa ramai graduan dan mereka yang sudah pun mempunyai pekerjaan yang stabil masih mencuba nasib memohon jawatan ini yang dibuka pada setiap tahun

Malah, PTD ini merupakan jawatan eksklusif dalam perkhidmatan awam dan tiada had kenaikan pangkat sehingga ke jawatan tertinggi dalam Perkhidmatan Awam iaitu Ketua Setiausaha Negara yang merupakan ketua kepada semua penjawat awam di negara ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berminat hendak memohon?. Sudah semak syarat kelayakan?. Layakkah anda untuk memohon? Bagaimana hendak menyemak kelayakan?. Mudah sahaja, kami kongsikan kepada anda syarat kelayakan jika anda berminat untuk memohon PTD nanti kelak.

Kumpulan (Pengurusan dan Profesional)
Kementerian/Jabatan (Jabatan Perkhidmatan Awam)
Jadual Gaji: RM2,422.00 (Gaji minimum), RM9631.00 (Gaji maksimum), RM225.00 (Kenaikan Gaji Tahunan)

Syarat Lantikan ke Jawatan PTD

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00)
  • Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14)
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48)
  • Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan
  • Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara (INTAN)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
  • Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Bagaimana hendak memohon jika sudah layak nanti?. Jawatan PTD ini dibuka pada setiap tahun, anda hanya perlu mendaftar permohonan di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Klik di sini untuk terus ke portal permohonan. Portal yang dikenali sebagai SPA8i ini adalah portal permohonan untuk semua jawatan yang ditawarkan di bawah sektor awam.

Melihat kepada syarat kelayakan tidaklah memerlukan kelayakan yang tinggi pun tetapi kenapa ramai yang gagal? Kemungkinan proses permohonan bagi pelantikan ke jawatan PTD begitu sukar. Jika anda ingin tahu proses pelantikan ke jawatan PTD. Nantikan perkongsian kami dalam artikel seterusnya mengenai proses pelantikan Pegawai Tadbir Diplomatik.

 

 

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad