Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest

Lash D’Sijangkang: Larian 5 Kilometer Yang Penuh Warna-warni

Kuala Langat: Berlari sejauh lima kilometer dengan wajah penuh warna-warni antara kelainan dan tarikan program ‘Lash D’Sijangkang’ anjuran pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam, di sini, semalam.

Peserta melintas garisan penamat dengan seluruh tubuh dipalit pelbagai warna dan program itu disifatkan paling menyeronokkan pernah dianjurkan oleh fakulti berkenaan.

Malah, acara membabitkan beberapa laluan di sektiar kawasan Sijangkang itu turut menarik perhatian penduduk kampung yang turut menyertai beberapa aktiviti lain pada program terbabit.

Seorang peserta, Habibah Husna Zaidi, 21, berkata acara itu memberikan pengalaman yang menyeronokkan terutama dengan pembabitan penduduk sekitar.

“Saya begitu teruja menyertai program ini, larian jadi bertambah seronok apabila kami berpeluang bermain dengan serbuk warna. Setiap satu kilometer, peserta akan dilemparkan dengan serbuk warna-warni oleh kru acara dan kemudian kami juga diberi beberapa paket serbuk itu.

“Walaupun acara sebegini sudah seringkali dibuat, namun ia pengalaman yang amat manis buat saya kerana penuntut juga berpeluang beramah mesra dengan penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Koordinator Korporat fakulti itu, Mohammad Ali Kimik berkata, setiap semester penuntut diwajibkan mengadakan program seumpama ini untuk mempraktikkan pelajaran yang diajar di dalam kelas.

“Selain dapat mempraktikkan ilmu, penuntut juga dapat berinteraksi dengan orang luar. Ini adalah aktiviti yang amat bagus dan saya turut berterima kasih dengan penduduk setempat yang sudi ikut serta acara kami,” katanya.

Selain larian yang berwarna-warni, program itu turut mengadakan acara ‘Ninja Warrior’, pertandingan mewarna dan selain membuka beberapa gerai jualan.

Dalam pada itu, penduduk setempat, Rahimah Sidek, 40, berkata dia dan keluarga hadir untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

“Anak juga seronok sertai program sebegini dan ia sudah cukup membuatkan kami sekeluarga gembira.

“Mereka pun boleh memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang berkualiti,” katanya. – Metro

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad