Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Macam Mana Nak Sambung Master di UiTM Walaupun Tidak Ada Ijazah Sarjana Muda atau Diploma

Berminat sambung belajar tetapi tidak cukup syarat kelayakan akademik? Alahai ruginya kalau pakar dalam bidang tertentu tetapi tidak boleh nak upgrade diri kerana tak cukup syarat kelayakan akademik. Maklumlah SPM dulu keputusan kurang memuaskan. Apa perlu buat takkan tidak ada cara untuk dapatkan kelayakan akademik dengan pengalaman sedia ada?

Jangan risau, APEL kan ada. Apa itu APEL? APEL ialah satu proses yang digunakan untuk tujuan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seseorang individu. Untuk perkongsian kali ini, kami kongsikan cara untuk memohon APEL di UiTM. Bagi konteks pengajian di UiTM, APEL boleh digunapakai untuk tujuan kelayakan bagi permohonan kemasukan ke program-program di UiTM dan juga mengakreditasi subjek-subjek kursus berdasarkan pengalaman individu tersebut.

Berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), terdapat dua jenis APEL yang digunapakai oleh UiTM iaitu :

  • APEL(A)
    • Untuk tujuan permohonan kemasukan ke pengajian di UiTM
  • APEL(C)
    • Untuk tujuan pemindahan kredit berdasarkan pengalaman bekerja bagi pelajar-pelajar yang telah berdaftar dengan UiTM.

Apa perbezaan antara APEL (A) dan APEL (C)?

APEL (A) memberi akses atau laluan kepada golongan individu yang sudah mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mencukupi syarat kelayakan akademik minima yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi. UiTM mengiktiraf Sijil APEL (A) bagi tujuan permohonan kemasukan ke program-program yang ditawarkan. Selepas memiliki sijil kelayakan APEL (A) berkenaan, anda boleh menggunakannya untuk membuat permohonan bagi mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh UiTM.

Manakala, APEL (C) ialah satu mekanisma yang membolehkan pelajar UiTM untuk memohon pengecualian kredit untuk subjek berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek pelajaran. Hanya pelajar-pelajar yang telah berdaftar di UiTM layak untuk memohon pengecualian kredit melalui  APEL (C) dan ini berdasarkan pengalaman pembelajaran terdahulu pelajar tersebut.

Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon dengan menggunakan APEL (A)?

Di UiTM, sijil APEL (A) diterima bagi empat (4) kemasukan pengajian:

    • Program Diploma (APEL T-4)
    • Program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6)
    • Program Ijazah Sarjana (APEL T-7)

Fakulti manakah yang menawarkan program dengan menggunakan syarat kemasukan APEL (A)?

Dengan APEL (A), permohonan boleh dibuat untuk mana-mana program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh UiTM kecuali program-program yang melibatkan pengiktirafan dari Badan Professional (Professional Bodies).

Manakala untuk program Ijazah Sarjana, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menetapkan bahawa bidang pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL (A) adalah seperti berikut:

      • Perniagaan;
      • Seni Persembahan;
      • Teknologi Maklumat;
      • Pendidikan;
      • Pengurusan;
      • Sains;
      • Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan;
      • Pengajian Media;
      • Kewartawanan;
      • Komunikasi Visual;
      • Komunikasi Media;
      • Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
      • Kejuruteraan Elektronik;
      • Kejuruteraan Komunikasi;
      • Kejuruteraan Awam;
      • Kejuruteraan Kimia;
      • Kejuruteraan Perisian;
      • Sains Komputer;
      • Sistem Maklumat

Bagaimanakah cara memohon APEL (A)?

Calon boleh membuat permohonan melalui laman web MQA di http://www2.mqa.gov.my/APEL/. Klik pada tab permohonan untuk memohon. Anda boleh memilih untuk menduduki Ujian Aptitude APEL di UITM atau dimana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda. Selepas berjaya dalam ujian APEL, anda boleh gunakan sijil APEL (A) berkenaan untuk memohon masuk ke pengajian di UITM dalam tahap pengajian yang ingin diikuti.

Manakala untuk anda pelajar UiTM yang sedang melanjutkan pengajian tetapi pernah mempunyai pengalaman kerja dalam kursus tertentu anda boleh memohon APEL (C). Apakah kebaikan APEL (C) ini ?. Antara kebaikan APEL (C) adalah :

  • Memungkinkan pelajar menghabiskan pengajian dalam tempoh masa yang singkat.
  • Menggalakkan individu yang bekerja untuk kembali belajar.
  • Mengiktiraf pengalaman pembelajaran individu yang diperoleh di luar aliran formal.
  • Mengelakkan pembelajaran yang berulang.
  • Boleh mengurangkan kos pengajian pelajar.
  • Salah satu kaedah untuk mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menjadikan sistem pendidikan tinggi lebih fleksibel dan setanding dengan negara maju.
  • Mewujudkan masyarat berilmu bagi tujuan meningkatkan ekonomi negara dan pembangunan sosial.
  • Menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara melalui pengiktirafan pekerja berkemahiran.

Peringkat pengajian yang boleh dipohon dengan menggunakan APEL C?

Di UiTM, permohonan pemindahan kredit melalui APEL (C) adalah untuk pelajar-pelajar berdaftar di UiTM yang sedang mengikuti pengajian di peringkat berikut:

  • Program Diploma
  • Program Ijazah Sarjana Muda
  • Program Ijazah Sarjana

Fakulti manakah yang menawarkan program dengan menggunakan syarat kemasukan APEL C?

Bagi permohonan APEL (C), pelajar-pelajar yang telah berdaftar untuk mengikuti program-program pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam mana-mana fakulti layak untuk memohon APEL (C) melainkan program-program yang melibatkan pengiktirafan dari Badan Professional (Professional Bodies).

Bagaimanakah penilaian dibuat bagi APEL (C)?

Penilaian APEL (C) dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak MQA. Secara amnya, penilaian akan melibatkan pemetaan pengalaman pembelajaran terdahulu (experiential learning) pemohon dan hasil pembelajaran kursus (learning outcomes) bagi setiap pengecualian kredit bagi subjek yang dipohon melalui APEL (C). Jenis instrumen penilaian akan ditentukan oleh Penasihat APEL (C) dengan mengambil kira keperluan subjek yang dipohon dan tahap pengajian program tersebut.

Secara amnya terdapat dua jenis instrumen penilaian bagi APEL (C) iaitu Challenge Test dan Portfolio. Contoh-contoh challenge test adalah seperti ujian bertulis, ujian lisan dan uji-bakat, manakala portfolio adalah dokumen formal yang disediakan oleh pemohon bertujuan untuk menunjukkan pengalaman pembelajaran terdahulu setara dengan hasil pembelajaran kursus (course learning outcomes). Portfolio pemohon mengandungi kompilasi bukti-bukti pembelajaran terdahulu dan disediakan mengikut template yang ditetapkan. Klik panduan permohonan dan klik personal statements untuk info lebih lanjut tentang permohonan.

Siapakah yang menguruskan APEL (C) di UiTM?

Pelajar yang berdaftar di UiTM boleh memohon APEL (C) yang diuruskan oleh Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Bilakah pelajar boleh memohon APEL (C)?

Pelajar boleh memohon APEL (C) pada bila-bila masa sepanjang pengajian mereka di UiTM tetapi adalah disarankan agar permohonan APEL (C) dibuat pada tahun pertama pengajian. Pelajar yang telah berdaftar disarankan untuk menyemak pelan pengajian masing-masing dan mengenalpasti mana-mana subjek yang dirasakan boleh diberi pengecualian kredit berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka.

Bagaimanakah cara memohon APEL (C)?

Permohonan untuk APEL (C) adalah terbuka untuk pelajar-pelajar yang telah berdaftar dengan UiTM. Sistem permohonan online untuk APEL (C) boleh didapati di http://iis.ined.uitm.edu.my/.

Siapakah yang boleh dihubungi?

Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai penggunaan sistem APEL di UiTM atau pertanyaan sama ada pengalaman kerja anda sebelum ini menepati syarat untuk permohonan APEL A atau APEL C, anda boleh terus hubungi pegawai berikut di Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengendalikan sijil APEL ini.

Sumber – Afterschool

 

Register.
Enjoy 10% Discount.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

JOIN US.
GET 10% Discount

LATEST POST

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Kantoi Kakak

“Pengalaman sewaktu belajar di universiti merupakan kenangan manis dan pahit yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila” (Made In UiTM, 2017) Tertarik hati saya dengan intro

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad