Mahasiswa UiTM Anjur Aktiviti Pembelajaran bersama kanak-kanak Rohingya

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Gambar AWANI Rangers UiTM.

SHAH ALAM: Budaya kerja sukarelawan dalam kalangan mahasiswa mampu membina kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu berkaitan kemasyarakatan.

Atas kesedaran itu, mahasiswa daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak-kanak Rohingya di Rohingya Education Centre (REC), Klang baru-baru ini

Program itu kata Ketua Projeknya, Amirah Aidel adalah salah satu usaha untuk memberi semangat kepada kanak-kanak Rohingya sekali gus menerapkan soal pendidikan dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, program ini disertai 16 sukarelawan dan 80 kanak-kanak Rohingya.

“Kami mengadakan aktiviti pembelajaran bersama kanak–kanak pelarian Rohingya, bertujuan membantu meluaskan pengetahuan mereka tentang kesihatan serta pendidikan,” katanya.

Selain itu, Amirah berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi pendedahan kepada ilmu kesihatan, pertandingan mewarna, mengeja dan bercerita.

“Aktiviti itu diharap dapat membantu pembangunan pendidikan kanak-kanak itu, walaupun hidup mereka dilanda krisis dan jauh dari negara asal mereka.

“Walaupun terpalit dengan beberapa kenangan pahit, kami mahu mereka tidak melupakan soal pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Pengetua REC Rosmah Tazilah berkata banyak pengalaman yang boleh dipelajari daripada kanak-kanak Rohingya itu.

“Macam mana mereka boleh mampu bertahan dan bangkit kembali. Kita juga dapat bantu membantu sesama muslim dan berharap agar mahasiswa mampu melihat usaha amal jariah ini bukanlah sekadar untuk program saja,” katanya.

_______________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers UiTM Farah Solhi, Taufiq Mahfuzah, Izzatie Shaharum, Ain Yazid, Syamil Khalid dan Ridzuan Anwar.

**Awani Rangers UiTM adalah hasil kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

Amir

MyBrain15 Tak Diteruskan

Sumber : Berita Harian Oleh : Mohd Iskandar Ibrahim KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menegaskan tiada sebarang tawaran baru dibuka untuk mahasiswa memohon menyertai program MyBrain15

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE