Mahasiswa UiTM PG Kongsi Ilmu Pemasaran Bersama Nelayan

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

PONTIAN – Tidak sekadar mengajar golongan nelayan tempatan di daerah ini menceburi ternakan siput sedut secara komersial, kumpulan mahasiswa UiTM Kampus Pasir Gudang bawah program Duta Jauhar 4 turut berkongsi ilmu tentang pemasaran produk.

Pengurus Projek, Mohd Hazif Hazwan Musa berkata, hasrat mahu melihat perubahan ekonomi nelayan tidak memadai hanya dengan memberi mereka kursus ternakan.

Katanya, kepesatan penggunaan teknologi kini menyaksikan perniagaan dijalankan secara terus ke pintu rumah pembeli tanpa melalui orang tengah.

Advertisement

“Kita tidak mahu, nelayan yang dibimbing menerusi projek ternakan siput sedut di sini terikat dengan kaedah tradisi dalam pemasaran produk iaitu masih menggunakan orang tengah.

“Jadi kami beri mereka pencerahan untuk memasarkan sendiri produk mereka dengan kaedah pengurusan kewangan dengan lebih mudah dan betul dalam menjalankan perniagaan,” katanya.

Menurut Hazwan lagi, menerusi kursus selama sehari tersebut, beberapa masalah dihadapi nelayan dalam pemasaran produk turut dikenal pasti dan akan dibantu.

“Para nelayan di sini tidak mempunyai tempat strategik bagi memasarkan hasil laut mereka secara terus.

“Hal ini menyebabkan mereka terpaksa menjual hasil tangkapan mereka melalui orang tengah sekali gus mengakibatkan pulangan balik modal agak sedikit,” katanya ketika ditemui di Kompleks Penghulu Mukim Serkat.

https://www.facebook.com/madeinuitm/posts/2100790510156761

Jelasnya, walaupun tidak dapat menjanjikan pulangan lumayan namun kursus yang diberikan itu diharap dapat inspirasi kepada semua peserta ternakan siput sedut yang hadir untuk bergerak lebih maju dalam bidang keusahawanan.

“Kami juga masih belajar, tetapi kami berminat dalam bidang perniagaan.

“Tidak salah kami berkongsi pengalaman untuk menjadi peniaga yang berjaya jika tahu kaedah pemasaran yang betul,” katanya.

Kursus yang diadakan itu merupakan kesinambungan daripada Projek Komuniti Siput Sedut, mahasiswa UiTM Kampus Pasir Gudang bawah program Duta Jauhar 4.0 di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Durian yang diadakan sebelum ini. – Sinar H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE