Nazirah dinobat Tokoh Siswa UiTM 2016

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

SHAH ALAM – Program bertema ‘Warna-Warni Kegemilangan’ itu menyaksikan Nazirah Ripin yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan, Januari lalu, menerima Anugerah Keseluruhan Tokoh Siswa UiTM.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Sri Budiman UiTM di sini, baru-baru ini, beliau merai kegembiraan berganda apabila turut meraih Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman.

Nazirah memperoleh anugerah atas kejayaan program ilmiah dilaksanakan bersama pasukannya, iaitu ‘Journey To China’ dan ‘Kembara Menjejak Hamka’.

Beliau ketika ditemui menujukan kejayaan itu kepada arwah bapa, Ripin Ismail, yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya untuk mencapai kecemerlangan sebelum meninggal dunia akibat penyakit barah, September lalu.

Martabatkan UiTM

“Saya juga tidak akan mampu melakukannya tanpa kerjasama dan sokongan semua pihak, ter­utama ahli pasukan yang berganding bahu menjayakan program kami,” katanya.

Pada majlis itu, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, menyampaikan Anugerah Keseluruhan Tokoh Siswa UiTM dan Anugerah Khas Naib Canselor. Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Hassan dalam ucapannya berkata, majlis itu adalah pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa pelajar memartabatkan nama UiTM pada peringkat kebangsaan serta global.

“Kecemerlangan akademik seseorang mahasiswa bukan hanya dilihat dari segi pencapaian akademik tetapi juga keupayaan bakat, ” katanya.

Sumber – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

UiTM di ❤ ku

Kantoi Kakak

“Pengalaman sewaktu belajar di universiti merupakan kenangan manis dan pahit yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila” (Made In UiTM, 2017) Tertarik hati saya dengan intro

Read More »

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE