Pelajar Malaysia Berumur 13 Tahun Cipta Aplikasi Buku Teks Digital

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Pelajar Malaysia Berumur 13 Tahun Cipta Aplikasi Buku Teks Digital

Seorang remaja berusia 13 tahun berjaya mencipta sebuah aplikasi buku teks yang bertujuan menggantikan penggunaan buku teks dalam bentuk fizikal.

Hasil bimbingan dan tunjuk ajar daripada Malaysia Global Innovation dan Creative Centre (MaGIC) di Borneo774, Bintawa, Ahmad Zulfadzli Khamidi, 13, berhasil membangunkan aplikasi tersebut dalam tempoh dua minggu.

Menurut Zulfadzli, idea tersebut muncul daripada pengalamannya sendiri yang kurang gemar membaca buku teks kerana berasa cepat bosan dan mengantuk.

“Bagaimanapun, saya menghadapi kesukaran untuk merealisasikan impian itu. Saya ada idea tetapi tidak tahu bagaimana untuk membangunkan aplikasi serta menulis kod untuk perisian itu,” ujarnya.

Ahmad Zulfadzli bersama ibunya yang berkunjung ke Borneo744 bagi meminta pandangan berkenaan hal itu berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa terdapat program untuk mempelajari prinsip asas pengekodan ditawarkan secara percuma di sana.

Jelasnya, guru tidak lagi perlu menanda setiap latihan dan kertas peperiksaan selain dari murid tidak perlu membawa buku ke sekolah dan berdepan dengan masalah kehilangan buku dan alat tulis.

“Aplikasi ini sangat mudah dan sesuai untuk semua golonagan pelajar seperti sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti.

“Untuk permulaan, buku teks subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains sudah diprogramkan dalam aplikasi itu. Subjek lain akan menyusul kemudian,” ujarnya lagi.

Rekaan Zulfadzli itu melayakkan beliau memenangi kategori junior di Hack Weekend KCH iaitu pertandingan hackathon yang dianjurkan sempena Forum Remaja Tegas 2017 di Pusat Konvensyen Borneo pada 14 Oktober lalu.

Zulfadzli kini dalam proses untuk menyiapkan aplikasi keduanya bagi membantu usahawan kecil di Sarawak untuk memasarkan produk merek

Sumber- The Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE