Pemain Gitar Klasik Antara Graduan Terbaik UiTM

WHAT ARE YOU MADE OF?

Tees, Sweats, Totes

Pemain Gitar Klasik Antara Graduan Terbaik UiTM

Menukar jurusan dari bidang sains kepada muzik nyata tidak sia-sia apabila Mohamed Shabyl Mohamed Ajmal dipilih sebagai penerima Anugerah Tan Sri Arshad Ayub pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-87.

Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Persembahan) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.79 pada Januari lepas dan menyertai lebih 26,400 graduan diploma dan ijazah pada majlis konvokesyen yang bermula Sabtu sehingga 14 Nov ini.

Memulakan pengajian di sebuah universiti awam dalam asasi sains kesihatan bersekutu, Mohamed Shabyl mengambil keputusan berhenti hanya selepas satu semester dan melanjutkan pelajaran dalam Diploma Seni Muzik di Fakuti Muzik UiTM atas dorongan bapanya.

Keputusan itu nyata tepat apabila beliau bukan hanya cemerlang dalam akademik, malah telah banyak membuat persembahan bersama-sama pemain gitar terkemuka di festival muzik di dalam dan luar negara di sepanjang pengajian di peringkat diploma dan ijazah.

Remaja itu yang diberi pendedahan kepada muzik sejak berusia enam tahun telah membuat persembahan solo sebagai pembukaan bagi konsert di Pusat Seni dan Budaya Rusia di ibu negara pada 2016.

Selain itu, beliau turut bermain ‘cuk’ (alat muzik tradisional mirip ukulele), pernah muncul pada persembahan pembukaan konsert pemain gitar kasik Amerika Syarikat, Andrew Zohn; dan menyertai Festival Gitar Antarabangsa Hong Kong.

Sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Mohamed Shabyl terlebih dahulu menamatkan pengajian dalam Diploma Seni Muzik dengan PNGK 3.88 serta dinobatkan sebagai pelajar terbaik program berkenaan. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More Articles.

GET Notified.

Join Our
Notification
squad

WRITE